BAB 11

Action Completed 2194

Faeza mendengar cerita dari Zura sehingga habis tanpa mencelah.

"So kau faham kan sekarang kenapa kita tak boleh berbual dengan mereka. Apatah lagi bergaduh," jelas Zura.

Faeza faham dengan jalan cerita sebentar tadi. Namun Faeza tidak sepenuhnya setuju dengan syarat perdamaian tersebut.

"Jangan disebabkan orang terdahulu, yang sekarang kena tempiasnya. Apa yang terjadi pada Fawa, kita sepatutnya lebih berhati-hati. Mengingatkan yang lain bahawa jangan jadi seperti Fawa. Bukannya terus menghukum seseorang berdasarkan cerita yang lepas. Jangan samakan dengan sekarang," Faeza masih lagi membantah.

Haira berasa bengang dengan Faeza. Kak Zura sudah panjang lebar menceritakan apa yang berlaku. Ikut sajalah, lagipun ini demi kebaikan kau juga. Marah Haira dalam hati.

"Punca Fawa berlaku demikian kerana mula berbual dengan Kayaki. Dalam erti kata lain. Kami sudah pun mengambil langkah berhati-hati iaitu tidak berbual dengan mana-mana pelajar dari ST.JORAV, simple je kan arahannya?" Zura menanya.

Faeza mengetap giginya. Ini semua tidak masuk akal! Bukan semua pelajar dari ST.JORAV adalah jahat. Faeza kemudiannya teringatkan Hakka yang lemah itu. Pastinya dia tidak suka bergaduh! Sekali lagi hawanya terusik mengingatkan Hakka.

"Kenapa kau beriya-iya membantah ni? Jangan-jangan kau dah terberkenan dengan mana-mana laki dari ST.JORAV tu ke?" Zura melemparkan soalan pedas!

Habis merah muka Faeza secara automatik. Cara cakapnya mula tak betul.

"Tak...taklah...Takde sapa suka pun! Benci adalah! Tapi tentang syarat tadi saya masih tak boleh terima," Faeza terasa mukanya semakin panas.

Zura dapat menghidu apa yang berlaku. Nampaknya jangkaannya betul.

"So siapa nama lelaki yang kau suka tu?"

Faeza semakin kemerahan.

"Tak, takde sapa. Bukannya orang bernama Hakka atau tak. Tak pernah suka mana-mana pun lelaki dari sekolah tu," secara tidak sengaja Faeza menyebut lelaki tersebut.

"Oh Hakka namanya," mudah untuk Zura mendapatkan namanya.

Faeza yang tersebut nama Hakka sebentar tadi lantas mengutuk-ngutuk dirinya kerana bersikap cuai.

"Dengar sini Faeza. Hakka tidak sesuai untuk kau. Kau akan jadi seperti Fawa kalau kau masih lagi terus berkenalan dengannya," ujar Zura dalam nada yang serius.

Keadaan bertambah tegang. Haira hanya memerhatikan dari tepi.

"Tak semua orang camtu," Faeza pula bersuara.

"Besok, aku akan ke ST.JORAV melakukan rundingan. Kalau bukan sebab kau dan kawan kau, tak perlu aku susah-susah nak pergi berunding dengan ketuanya. Harmy sendiri yang meletakkan perjanjian tersebut, dan kita sendiri yang tidak mengikutinya. Mungkin ketua ST.JORAV akan berperang dengan kita esok,"

Faeza terdiam seketika. Esok bukannya waktu yang lama.

"Joinlah kitorang Faeza. Aku dah dengar daripada Haira. Kau memang hebat masa baling karipap tu," Zura memuji Faeza.

"Batalkan syarat tak guna tu baru aku pertimbangkan," Faeza cuba tawar-menawar.

Zura memikir seketika sebelum membuat keputusan.

-----------------------------------------------------

"Kayaki!" panggil Ash dari jauh.

Kayaki hanya termenung di atas buaian. Tidak mendengar Ash memanggilnya berulang-ulang kali.

"Oi Kayaki," Ash berdiri di hadapan Kayaki. Barulah Kayaki tersedar.

"Oh Ash apa khabar? Kenapa datang jumpa aku ni?"

"Kau kenapa termenung jauh ni? Ada masalahkah?" tanya Ash.

Kayaki masih lagi teringat apa yang berlaku 3 tahun lepas.

"Kau masih lagi teringat kat Fawa ke?" Ash membuat andaian.

Kayaki menghelakan nafas seraya mengangguk dengan apa yang diandaikan oleh Ash.

"Benda dah jadi Kayaki, tak perlulah nak ingat balik," pujuk Ash.

"Bukan, kalaulah aku dapat bagitau Fawa perkara sebenarnya. Mungkin sekarang Fawa masih hidup,"

"Kau curang?"

"Bukan, tapi perempuan tu bekas kekasih aku dulu. Dia tau aku dan Fawa dah mula bercinta," terang Kayaki lagi.

"Jadi dia rancang semua ni. Sebab nak kasi kami berpisah,"

Ramai orang awam yang berada di taman permainan itu memandang curiga terhadap Kayaki. Kayaki tidak perasan semua itu.

"Oh Fawa, aku masih tak dapat nak lupakan kau," Kayaki merintih kesedihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience