BAB 30

Action Completed 2194

"Kak Zura? Kak okey?" tanya Haira.

Zura hanya terbaring lemah. Didepannya adalah Sebastian yang juga sedang baring.

"Pergi bantu yang lain. Akak ok je," Zura memberikan arahan.

Waty dan Feqa hanya mengangguk.

"Akak rasa, Hakka akan maafkan saya tak?" tanya Haira sedikit risau.

"Kenapa cakap camtu? Mestilah dia maafkan kamu. Tapi kau kena berubahlah." pesan Zura.

Haira hanya mengangguk.

"Dah, pergi tolong yang lain,"

Feqa, Waty dan Haira lekas-lekas menaiki tangga. Zura hanya tersenyum sebelum dia memejamkan mata.


*****

Faeza menyerang Akhwa. Akhwa menumbuk Faeza di perut. Faeza terus terduduk.

"Bora!" Hakka cuba mendapatkan Bora tetapi dihalang Akhwa.

"Ke tepilah," Hakka cuba menumbuk Akhwa di muka.

Akhwa hanya membiarkannya kerana dia tau tumbukan Hakka adalah lemah.

Dush.

Akhwa terpelanting. Dia terkejut. Bagaimana Hakka dapat kekuatan sebegitu?

"Kekuatannya datang kerana sifat ingin melindungi Bora. Dia jadi berani dan kekuatannya bertambah. Semuanya disebabkan sifat melindungi." terang Faeza yang bangkit semula sambil memegang perutnya.

"Bora, tak mau nangis dah ye. Jom kita makan nak?" pujuk Hakka sambil mendukung Bora.

Akhwa terus bangun bagi menyerang Hakka.

Hakka menendang Akhwa sambil memujuk Bora. Akhwa terundur semula.

"Shhh..." Hakka menyuruh Akhwa senyap.

Akhwa berasa dirinya dipermainkan.

"Kau yang patut diam!" jerit Akhwa.

Hakka menumbuk muka Akhwa sehingga tercampak jauh ke dinding. Faeza tercengang melihatnya.

"Aku dah kata senyap kan. Tak paham bahasa ke?"

"Buuuwaaa," Bora masih menangis dengan kuat.

"Nampaknya kau kena bagi dia susu," cadang Faeza.

Hakka memandang Faeza semula. Dari atas hingga bawah. Secara tidak langsung Faeza terlempang Hakka.

"Bukan susu tu yang aku maksudkan!" kata Faeza. Mukanya merah.

"Aduh, jangan lempang aku. Aku tak pandang pun bahagian tu. Aku tengok bahagian yang kau cedera je. Tu kat bahu kau, terkoyak sikit. Ni mesti kena seret," jelas Hakka.

Faeza tersalah faham. Oh gosh.

"Haahlah. Bercakap tentang Bora, dia tak ada lagi ibu," ujar Hakka perlahan.

"Apa maksud kau?" tanya Faeza.

"Sudi tak kalau kau jadi ibu dia? Aku pun tak berapa pandai sangat jaga baby ni," Hakka memberikan cadangan.

"Tak...Taak...Taak...Itu terlalu awal sangat...Bagi saya...Be...Bela...Belajar habis dulu...Aaa...Saya nak turun dululah," Faeza gagap. Malunya tak dapat dibendung lagi.

Adakah itu satu lamaran? Oh my. Bisik Faeza dalam hati. Mukanya panas kerana menahan malu.

Tiba-tiba Faeza terlanggar Haira semasa ingin menuruni tangga.

"Aduh," kata Faeza.

Masing-masing membisu. Faeza hanya pura-pura tak kenal. Ini kerana perbuatan Haira semalam sememangnya tak dapat dimaafkan.

"Aku...Minta maaf," kata Haira sambil memejamkan matanya.

"Bukan aku yang kau patut minta maaf. Tapi Hakka," balas Faeza.

"Aku tau. Aku nak minta maaf dengan kau juga sebab bertindak secara melulu,"

"Takpe. Aku maafkan. Tapi jangan buat lagi. Kau tak tau betapa sedihnya Hakka bila si Bora tu hilang,"

Haira hanya mengangguk.

"Mana Waty dan Feqa?" tanya Faeza.

"Diorang tolong angkat Raka dan Yaki. Tadi aku suruh Ayie tengok-tengokkan kak Zura," jawab Haira.

"Hmm, oklah. Aku turun dulu,"

Kini, tinggal Haira dan Hakka sahaja di tingkat 5 itu. Hakka masih melayani Bora. Bora sedang menarik-narik hidungnya.

Haira berjalan perlahan ke arah Hakka.

"Emm, Hakka,"

"Pergilah," jawab Hakka.

Haira tersentak. Nampaknya Hakka benar-benar marah padanya.

"Saya tahu awak marah saya. Maafkan saya. Saya janji tak akan buatnya lagi," Haira meminta maaf dengan sepenuh hati.

"Pergilah. Adoii," kata Hakka sambil cuba menarik Bora yang sedang menutup seluruh wajahnya ketika ini. Bora sedang menarik-narik pipi dan hidung Hakka.

Haira terus menangis apabila Hakka memarahinya.

"Maafkan saya Hakka,"

"Adoii..Pergilah Bora. Jangan duduk kat muka aku. Aku tak nampak apa-apa. Argh!" jerit Hakka kesakitan.

Haira terbuntang. Rupa-rupanya Hakka sedang bercakap dengan Bora.

Akhirnya Bora melepaskan muka Hakka lalu berpaut di belakang Hakka semula. Hakka melihat Haira sedang menangis di hadapannya sambil terduduk.

"Eh kau kenapa nangis?" tanya Hakka.

"Boooraaaa...Yayayaa," Bora bersuara.

Haira bengang. Punyalah payah dia nak lafazkan ucapan minta maaf. Boleh pula Hakka tak mendengarnya. Maknanya Haira bercakap sorang-soranglah ni ye tadi.

Tanpa sebarang isyarat Haira menendang 'ehem' Hakka.

"Lain kali jangan buat camtu. Huh," Haira berlalu pergi.

"Aduh. Kau dah kenapa. Boleh mandul aku tau tak,"

Hakka yang sedang menahan kesakitan ternampak pergerakan daripada Akhwa. Akhwa mengeluarkan sepucuk pistol. Pistol tersebut dihalakan pada Haira.

"Haira!" jerit Hakka.

Haira menoleh ke arah Hakka.

"Turun cepat! Turun!" jerit Hakka lagi.

Haira pelik. Hakka nak pukul dia ke sebab dia tendang Hakka punya tuuut?

Bam!

Bunyi tembakan bergema di rumah agam tersebut. Semua yang ada di dalam rumah itu terkejut mendengarnya.

Badan Haira berlumuran dengan darah. Hakka tidak dapat selamatkan Haira!

"Engkau ni memang tak reti bersyukur aku kasi kau hidup," herdik Hakka terhadap Akhwa lalu berlari ke arah Akhwa sambil menumbuknya berulang kali. Akhwa ingatkan yang ditembaknya adalah Hakka tetapi malangnya bukan.

"Haira?" Faeza melihat Haira yang sudah terbaring.

"Call ambulans," jerit Hakka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience