BAB 1

Action Completed 2194

"Huwaaa, ngantuknya," kata Hakka sambil menguap.

"Kau tiap-tiap hari ngantuk, apa kau buat malam-malam pun aku tak taulah," jawab Asfad dengan nada sindiran.

Namun Hakka tidak mendengarnya kerana dia terlalu mengantuk. Berjalan dari rumah ke sekolah mengambil masa selama 10 minit untuk sampai. Hakka berasa bosan kerana berjalan lama.

"Asfad, nak tanya ni,"

"Apa dia?"

"Tadi kau kata apa?" tanya Hakka.

Asfad berasa geram. Punyalah bersebelahan sahaja, tetapi Hakka tidak mendengarnya. Memang begitulah perangai Hakka setiap kali mahu pergi ke sekolah. Apa yang dibualkan sepanjang perjalanannya menuju ke sekolah, Hakka memang tidak akan mendengarnya melainkan pada waktu balik sekolah. Balik sekolah baru ada semangat! Memang begitulah perangai semua pelajar.

"Takde papelah, jalan je sampai sekolah," Asfad malas mahu berbual lagi. Baginya ia hanya membuang masa dan air liur.

Hakka masih terus menguap. Matanya kini berair dan merah. Menandakan dia kurang tidur. Walaupun Asfad sudah berulang-ulang kali menasihatinya supaya tidur awal namun Hakka tetap begitu juga. Cuti sekolah atau tak, memang rutinnya tidur lewat.

Sepanjang dalam perjalanan mereka menuju ke sekolah, mereka kemudiannya terserempak dengan seorang peragut yang cuba meragut beg tangan seorang wanita berusia dalam 40-an.

"Tolong! Tolong! Jangan ambil beg tangan aku," jerit wanita berumur itu dengan lantangnya.

Hakka dan Asfad terkaku seketika. Di kawasan yang mereka lalui ini adalah kawasan yang senyap sunyi dah hanya ada mereka berdua sahaja yang mampu membantu wanita berusia tersebut.

Peragut tersebut menolak wanita berumur itu dengan kasar. Wanita tua itu terjelopok jatuh ke tanah. Peragut tersebut kemudiannya menghidupkan motor. Dia hanya berseorangan melakukan kerja terkutuk tersebut.

"Hakka, cepat. Kita kena dapatkan beg tangan pompuan tua tu semula," kata Asfad.

Hakka hanya mendiamkan diri. Bukan kerana takut. Tetapi kerana keyakinannya yang goyah. Hakka handal dalam mengelak segala serangan baik pisau atau pun tangan kosong. Namun Hakka mempunyai satu kelemahan yang paling nyata, iaitu tumbukannya yang tidak kuat seakan-akan tumbukan budak darjah 2.

Peragut tersebut menekan minyak bagi melarikan diri. Namun Hakka masih lagi mendiamkan diri.

"Tak apalah kalau kau tak nak, aku tau masalah kau. Biar aku setel sesorang," jawab Asfad. Dia tahu mengapa Hakka berperangai sedemikian. Ini kerana tumbukannya mahupun tendangannya memang tidak seberapa kuat.

Asfad menghalang laluan peragut tersebut.

"Sial anak muda, mau matikah? Marilah," jawab peragut tersebut sambil bergerak laju ke arah Asfad.

Asfad mengenggam beg sekolahnya. Bersiap sedia bertempur dari jarak dekat.

Kebom!

Hakka terpinga-pinga. Motor peragut tersebut berjaya dijatuhkan, namun Asfad berada dalam keadaan yang agak parah. Perlanggaran motor dan badannya amat kuat. Kesannya, banyak darah keluar daripada badan Asfad di bahagian pinggang.

Peragut tersebut cuba untuk mengangkat motornya semula.

Hakka yang melihatkan kawannya cedera, terus mengambil begnya lalu dilemparkan ke arah peragut tersebut. Namun sayang seribu kali sayang, peragut tersebut tidak berasa apa-apa. Ini kerana Hakka membawa beg yang ringan atau dalam erti kata lain, tidak membawa buku ke sekolah. Ini menyebabkan Hakka baru sedar akan kepentingan membawa buku.

"Goodbye si lembik, hahaha," kutuk peragut tersebut terhadap Hakka yang disifatkannya sebagai seorang yang penakut dan lembik lalu beredar dari situ bersama motornya yang berwarna merah.

Hakka merasa terkesan dengan ejekan daripada peragut tersebut. Ada benar cakapnya itu. Namun apa yang penting sekarang ini adalah keselamatan kawan baiknya. Hakka terus meluru ke arah Asfad.

"Kau ok tak Fad? Cakap ngan aku. Kau hidup lagi tak?"

"Nak, dia cedera parah tu. Bawa dia pi hospital, bukannya bercakap," jawab wanita tua yang diragut tadi.

Hakka merasakan dirinya patut dipersalahkan kerana bersikap pengecut walaupun kawan baiknya, Fad meluru untuk menghalang peragut tersebut. Asfad sungguh berani walaupun dia tiada pengalaman menentang mana-mana orang.

"Ini semua salah aku," bisik Hakka di dalam hati. Air matanya hampir terjatuh. Selang 5 minit, ambulan pun tiba membawa Asfad ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience