BAB 8

Action Completed 2194

-Ahad-

"Hakka, bangun,"

"Bangun, Hakka"

Berkali-kali badan Hakka dikejutkan oleh seseorang namun responnya agak sama. Hakka tidur mati!

Hakka terdengar seperti ada seseorang yang cuba mengejutkannya daripada tidur. Hakka melihat seperti ada bayangan seorang manusia. Matanya sungguh sukar untuk dibuka lalu Hakka mengambil keputusan untuk menutup kelopak matanya semula. Lebih baik tidur!

5 jam kemudian...

"Buuuuu....Baaaa...,"

Hakka seperti terdengar sesuatu yang bising.

"Baaaaa....Bobo....Raa...Taa...,"

Hakka berasa tidurnya terganggu. Bunyi bising tersebut terus-terusan menganggu lenanya.

"Tatatata..Baaaaa,"

Hakka berasa mukanya ditarik-tarik oleh seseorang. Hidungnya ditarik kuat.

"Waargh!" Hakka bangun daripada tidurnya.

Mukanya tertutup oleh sesuatu yang besar dan bergerak.

"Apa? Baby?" Hakka terkejut. Lantas tangannya memegang badan bayi tersebut yang sudah berada di bahagian mukanya.

"Kau ni siapa?" tanya Hakka.

"Buuuuu...Boooo...Tataa...Raaa...Baababa....Ka....," bayi comel itu seperti sedang bergembira.

"Takkanlah, mak aku lahirkan kau?" Hakka membuat keputusan membuta tuli tanpa usul periksa.

"Mak, mak!" jerit Hakka dari atas. Biliknya terletak di atas manakala maknya sedang memasak di dapur.

"Apa?" laung Hatimah dari dapur.

"Jap kita turun," Hakka bergegas mengemas katil lalu menuruni tangga. Dibiarkannya baby tersebut di atas katilnya.

"Mak! Mak!" jerit Hakka.

"Ye apa dia? Mak kau tak pekak lagi ni," marah Hatimah kerana anak lelakinya itu menjerit-jerit pada awal pagi sebegini. Adiknya masih lagi tidur manakala suaminya sudah pun pergi kerja.

"Oooo pandai mak eh, ada baby tak nak gitau," Hakka mengusik maknya.

Hatimah berasa pelik apabila Hakka mengatakan sedemikian. Seolah-olah dia telah mengandung dan melahirkan anak lagi!

"Kenapa kau cakap camtu? Aku hempuk kau ngan sudip ni kang,"

"Eh bukan ke? Dah tu baby yang ada kat atas tu sape punya?" Hakka mempertahankan dirinya.

"Baby? Atas bilik kau?" Hatimah berasa tidak puas hati lalu menaiki tangga menuju ke bilik anaknya.

Pintu dibuka. Namun kelibat bayi tersebut tidak kelihatan.

"Mana baby tu?" tanya Hatimah. Mencari-cari jika bayi tersebut ada di dalam bilik Hakka.

"Tadi ada kat atas katil tu, jap kita cari,"

Hakka mencari-cari namun tidak menjumpai apa-apa. Imaginasi aku kut?

"Haih, kau kalau nak prank mak memang senduklah makannya," Hatimah mengetuk kepala Hakka menggunakan senduk.

"Aduh, sakitlah. Tak tipulah. Tadi ada," Hakka masih tidak mempercayai bayi tersebut telah hilang. Baru seminit dia turun.

"Dahlah jangan kacau mak," Hatimah masuk ke dalam dapur semula untuk menyediakan sarapan.

Pelik. Mustahil aku bermimpi. Hakka memerhatikan setiap penjuru katilnya. Dirasakan ada sesuatu yang bergerak di bawah katilnya.

"Emm, apa tu?" Hakka menunduk untuk melihat ke bawah katil.

"Taaa...Booo...Raraaa..," bayi tersebut keluar daripada katil lalu berlanggar dengan muka Hakka.

"Hadoi, tadi kena kat kepala. Skang kat muka pula," Hakka merungut.

Bayi comel itu keseronokan. Seronok apabila Hakka berada dalam kesakitan.

"Kau wujud rupanya. Mak! Naik sini balik," laung Hakka dari dalam biliknya.

"Jangan kacau mak masaklah,"

"Tapi...," belum sempat Hakka menghabiskan ayatnya, adiknya Kunira menerjah masuk ke dalam bilik abangnya.

"Apa bising-bising ni....," Kunira yang masih dalam keadaan mamai terus segar bugar apabila menyaksikan abangnya duduk di hadapan seorang bayi. Bayi comel!

"Abang...ni baby siapa ni?" Kunira bertanya dalam keadaan yang terkejut.

"Eh jangan salah faham. Abang pun taktau baby ni datang dari mana. Abang bangun je dari tidur baby ni tengah kacau abang," Hakka menjelaskan perkara sebenar.

Kunira cepat-cepat menuruni tangga mendapatkan maknya.

Habislah, jangan fikir yang bukan-bukan sudah," Hakka berharap mak dan adiknya tidak memikirkan yang negatif tentang dia.

Hatimah memasuki dalam bilik Hakka semula. Hatimah sendiri berasa terkejut.

"Ni anak siapa ni Hakka?" Hatimah bertanya.

Hakka menjelaskan semua yang berlaku kepada emaknya. Namun Hatimah seakan-akan susah nak percaya. Ditelefonnya Asfad supaya datang ke rumahnya bagi mengesahkan siapa bayi tersebut.

"Emm makcik, saya pun tak taulah. Semalam takde pun baby ni kat rumah," Asfad menjelaskan.

Hatimah berasa pening kerana kewujudan bayi tersebut di rumahnya tiada siapa yang tahu! Setelah beberapa minit, Hatimah terbau sesuatu yang hangit.

"Ya ampun, ikan gorengku!" Hatimah cepat-cepat memasuki dapur semula.

Kunira juga beredar dari bilik abangnya. Bersiap sedia untuk pergi ke rumah kawannya untuk belajar bersama-sama.

"So Fad, apa yang kau pikir skang ni?" Hakka bertanya.

"Pelik, baby ni takde pun iras muka kau. Ni mesti baby orang lain. Persoalannya siapa pemilik baby ni. Apsal dia hantar kat kau?" Asfad berfikir sejenak.

"Kalau dia hantar kat kau, mesti dia mengenali kau. Tak pun kau ada kaitan dengan dia," sambung Asfad lagi membuat spekulasi.

Ada logiknya juga. Namun siapakah dia?

"Taaaa...Babaa...Boooo....kakaaa..," bayi comel cuba bercakap lagi.

"Emm anyway apa kata kita patut bagi dia nama dulu?" cadang Asfad.

"Baaaa...Bobo...Raaaa,"

"Bora?" tanya Hakka.

"Ya, boleh juga nama tu. Bora. Bora-bora." Asfad mengiyakan cadangan Hakka.

Sekali lagi mereka buntu. Apa yang patut dilakukan? Esok sekolah dah. Hatimah masih lagi dalam keadaan terkejut melihatkan Hakka mempunyai bayi. Hatimah ada juga menelefon suaminya jika suaminya berlaku curang namun hampa. Suaminya tidak mengetahui tentang kewujudan bayi tersebut. Bayi yang berambut hijau!

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience