BAB 7

Action Completed 2194

"Hu....Haa....Huu...Ha...," Hakka tercungap-cungap.

"Lagi Hakka. Pukul pokok tu sekuat hati," Faeza memberikan arahan.

Tangan Hakka semakin merah. Tiada sebarang perubahan pada pokok. Malah kulit pokok tersebut juga tidak terkupas.

Asfad, Haiyani dan Sofea berasa sedikit kasihan melihatkan latihan yang agak 'ekstrem' bagi Hakka. Sepatutnya kasilah tumbuk punching bag ke, ini tidak. Disuruhnya tumbuk batang pokok.

Faeza duduk di sebelah Haiyani sambil memberikan arahan kepada Hakka.

"Kau tak rasa kejam ke Faeza? Kau tau kan problem dia camna. Aku rasa memang sampai bila-bila pokok tu takkan terkupas," Haiyani memberikan pendapatnya tentang latihan bagi Hakka.

Hakka masih lagi cuba menumbuk pokok tersebut sekuat hati.

"Jangan risau. Lambat laun boleh juga nanti," Faeza yakin.

"Errr tumpang tanya. Kenapa kau sudi tolong kitorang eh?" Asfad menanya.

Faeza memandang wajah Asfad berulang kali kemudiannya Hakka.

"Aku dapat rasakan sesuatu yang special tentang korang,"

Asfad tidak berapa faham apa yang dikatakan Faeza. Bahagian mana je yang special? Sebab aku hensem? Uhuuuu. Asfad berasa gembira di dalam hati.

"Korang ni dari sekolah mana? Macam masih remaja lagi je," tanya Sofea.

"Ouh kami bersekolah di ST.JORAV. Bersebelahan dengan ST.HARMY je. Umur kami 15 tahun. Korang 16 kan? Kiranya korang senior kamilah ni," Asfad menerangkan.

Haiyani, Sofea dan Faeza terkesima. ST.JORAV? Itu sekolah yang boleh dikatakan agal berbahaya. Bukan sahaja bertindak ganas di dalam sekolah, tetapi di luar sekolah juga. Baru saja masuk berita pagi tadi tentang tindakan liar pelajar ST.JORAV yang mencederakan seorang peniaga di luar sekolah.

"Err tapi jangan risau. Kami tak jahat," Asfad dapat mengesan riak wajah mereka.

"Faeza, lebih baik kau halau diorang," ujar Haiyani

"Kenapa nak halau pula?" Asfad seakan-akan tidak berpuas hati.

"Kau tak tahu ke? ST.JORAV dengan ST.HARMY dah buat satu perjanjian perdamaian di mana syaratnya kitorang takleh bersemuka atau berbual dengan korang," Sofea memberikan penerangan.

"Eh yeke? Aku tak tau pun," Faeza berkata.

Asfad juga bingung. Perjanjian perdamaian? Tak pernah pula dengar sepanjang dia bersekolah di sini.

"Kau faham kan sekolah kau camna. Kalau kau tak nak kene pukul, baik korang pergi dari sini sebelum ada sesiapa nampak,"

Asfad berjalan ke arah Hakka lalu menarik lengannya.

"Oi oi. Nak ke mana ni? Aku tak habis lagilah," Hakka memberontak.

"Nanti aku terangkan,"

Akhirnya Asfad dan Hakka meninggalkan tempat latihan Faeza dengan segera. Dikhuatiri ada mata-mata yang memerhatikan mereka.

Walaupun begitu, stalker tadi telah berjaya menangkap gambar mereka semua dengan sempurna. Nampaknya satu perjanjian perdamaian bakal terputus!

"Yani, Sofea. Get ready. Latihan kali ini agak lebih keras daripada Hakka punya. Sedia?" tanya Faeza.

"Ready"! jawab Haiyani dan Sofea bersama-sama.

Faeza masih lagi memikirkan tentang perjanjian tadi. Tempat latihannya yang terletak di atas bukit sambil dikelilingi oleh hutan, memang mudah untuk sesiapa menyerang hendap mereka. Tak boleh bercakap dengan pelajar ST.JORAV? Mengarut!

----------------------------------------------------------

"Bagaimana dengan rundingan tu Raka?" tanya bos.

"Akhwa kata dia tidak mahu menyertai kita tetapi akan dipertimbangkan semula jika kita beri dia RM1,000,000,"

"Aku dah agak dia tu memang mata duitan. Nasib baik kita sudah ada duit yang hampir mencecah 1 bilion. Sejuta eh? Kau ambik duit tu dalam peti besi belakang aku ni je,"

"Baik," Raka tidak banyak menyoal.

Bilik yang digunakan bos sebagai tempat menyimpan duit tersebut adalah di pejabat pengetua sendiri. Pengetua di sekolah ST.JORAV tidak dapat memasuki pejabatnya kerana telah diambil alih oleh pelajar terkuat ST.JORAV sendiri. Pengetua kini berada di bilik guru sahaja.

"Raka," bos memanggil.

"Ye?"

"Siap sedia sebelum minggu depan. Kita akan berperang,"

Raka terkejut mendengarnya. Berperang dengan siapa? Raka memerhatikan meja bosnya itu yang dipenuhi dengan gambar-gambar seorang pelajar Tingkatan 3. Pelajar tersebut amat dikenali Raka.

"Budak ni?" tanya Raka.

"Budak ni telah melanggar syarat perjanjian sekolah kita dengan ST.HARMY. Ada 3 orang pelajar perempuan dari ST.HARMY yang berbual dengan mereka,"

"Berbual? Bukan bergaduh ke syaratnya?" Raka mempersoalkan tindakan bosnya.

Bosnya merenung tajam ke arah Raka. Raka menyedari kesilapannya mengingkari arahan bosnya itu. Cepat-cepat Raka menundukkan pandangannya.

"Gaduh nombor 1. Berbual nombor 2. Aku yang berunding aku taulah," bos menerangkan kepada Raka.

Raka hanya mendengar setiap bait-bait perkataan bosnya dengan teliti. Kadang-kala Raka terfikir juga, takkanlah berbual pun salah?

"Pergaduhan tercetus apabila dua pelajar dari sekolah yang berbeza berbual antara satu sama lain. Pada mulanya memang mereka berbual seperti biasa tetapi lama-kelamaan, mereka mula bergaduh."

Raka masih mendengar tanpa mencelah.

"Jorav, pemilik sekolah ST.JORAV yang melakukan sendiri perjanjian tersebut dengan Harmy dari ST.HARMY. Student mereka sendiri yang buat kacau, lama kelamaan, merebak sehingga seluruh tingkatan. 3 tahun lepas, kau ingat kan?"

"Ya," jawab Raka.

"Itulah perang besar-besaran sekolah kita dengan ST.HARMY. Masing-masing suka pergaduhan,"

"Apa yang mereka bualkan sehingga bergaduh?" tanya Raka.

"Rasis. Lelaki tak suka perempuan. Perempuan tak suka lelaki," bos menjawab.

Raka faham. Mereka berbual kerana ingin menentukan jantina mana yang paling kuat.

Sekarang. Apa tindakan kau, Zura. Bos menggumam di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience