BAB 27

Action Completed 2194

Jam menunjukkan 5 petang. Haira baru bangun daripada pengsannya. Feqa dan Waty masih terbaring. Haira mengangkat Feqa dan Waty baring di atas katil sebelum meninggalkan nota kecil.

'Aku akan selamatkan baby dan Hakka'

Sebelum keluar, Haira memasak sarapan dan meletakkan tudung saji di atasnya jika mereka berdua kelaparan.

Haira menukar pakaiannya sebelum menaiki basikal memecut laju ke rumah agam Akhwa.

Maafkan aku Hakka. Bisik Haira.


*****

Faeza, Haira dan Ayie terserempak pula dengan James.

"Maaf kami mahu cepat, jika kamu menghalang, kami tak akan berlembut," ujar Faeza.

"Hahaha, kau nak berlembut? Memang taklah,"

"Walaupun aku paling lemah berbanding yang lain. Tapi kalau lawan korang ni aku boleh pejam sebelah mata je," James riak.

"Memang mata kau akan tertutup sebelah pun sebab lebam nanti," Ayie loyar buruk lagi.

James bengang. Sikap marahnya tak dapat dikawal. Dia menyerbu ke arah mereka.

"Tengok aku berlawan camna," pesan Ayie.

"Aku bagi tempoh 2 minit," sambung Ayie lagi.

James sudah bersiap untuk mendaratkan penumbuknya ke arah Ayie. Faeza dan Hakka hanya memerhati.

Ayie mengelak serangan James sambil kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket.

"Wow," Hakka kagum.

1 minit berlalu, Ayie masih mengelak dengan cara yang sama. James semakin kepenatan.

"Aih? Penat dah? Tak sampai 2 minit," provok Ayie.

"Ayie, cepatlah habiskan dia. Kalau tak aku tolong habiskan," Faeza tidak ingin membuang masa.

"Yala, yala,"

James mengeluarkan kukunya yang tajam. Ayie melangkah ke belakang untuk seketika.

"Aik? Tu bukan elak dah. Tu lari," James pula memprovok Ayie. Kuku James seakan-akan dicampurkan sesuatu dengan bahan kimia.

"Racun?" Faeza membuat tekaan.

"Kau memang mata tajam perempuan," James memuji kehebatan Faeza.

"Racun? Wow, kau memang nak bunuh aku ni. Nampaknya aku kena serius ni," kata Ayie.

James menunggu tindakan Ayie. Ayie mengeluarkan sebelah tangannya dari poket.

"Maaf salah cakap. Aku akan separuh serius saja," ujar Ayie.

James mula menghalakan kukunya ke arah Ayie.

"Mati!" jerit James.

Ayie memegang kedua-dua lengan James hanya menggunakan sebelah tangan. James terkejut. Kini kedua tangannya bagaikan digari.

"Aku tak perlu bazirkan masa lawan orang yang lemah macam kau,"

Tiba-tiba Ayie menghantukkan kepalanya ke kepala James. James berpinar untuk sementara.

Ayie hantuk buat kali kedua. James rebah akhirnya.

"Fuh, main-main racun pula. Kalau tak senang kerja aku," kata Ayie dengan lega.

"Fuyo, power Ayie. Hahaha, diam-diam ubi berisi eh. Patutlah kat sekolah kau pendiam semacam," puji Hakka.

"Dia memang lemah pun. Faeza lawan pun Faeza boleh menang. Cabaran kita yang seterusnya adalah tingkat atas. Aku dapat rasakan something yang hebat kat tingkat atas ni. Kau rasa something juga tak Faeza?" tanya Ayie sambil mendongak melihat ke atas.

"Ya," Faeza juga mendongak melihat ke atas.

Hakka tak rasa apa-apa. Rasa seperti dia orang luar pula.

"Dah, dah jom naik. Pandang atas tapi tak naik buat apa. Jom," Hakka tak sabar nak dapatkan Bora kembali.


*****

"Zura, kau makin lemah," kata Sebastian.

Zura tercungap-cungap. Nampaknya Sebastian memang sudah menjadi kuat!

"Kenapa kau bekerja dengan Akhwa? Tak malu ke? Ni kalau Jorav tahu, memang malu dia dapat anak buah macam korang,"

"Jangan risau. Jorav takkan tahu," kata Sebastian dengan tenangnya.

Zura tidak memahami maksud Sebastian.

"Dia dah takde kat dunia. Kau fahamkan maksud aku?" tanya Sebastian.

"Takde? Mati? Apa yang korang dah buat?" Zura menyalahkan Sebastian juga.

"Wowo, rilek. Aku tak buat apa-apa pun. Ini semua disebabkan Akhwa. Dan sebab Akhwa jugalah, Harmy juga dah takde kat dunia ni," terang Sebastian.

Harmy dan Jorav sudah mati? Tetapi bagaimana? Zura tertanya-tanya.

"Ini semua kerja Akhwa?" tanya Zura sambil kepalanya ditundukkan.

"Who know?"

"Ini memang kerja Akhwa?!" tanya Zura sambil menengking Sebastian.

Sebastian terkejut melihatkan perubahan pada bebola mata Zura. Sebastian dapat merasakan kemarahan yang tercetus dalam diri Zura. Sebastian merasakan perlawanan mereka akan mengambil masa yang lebih lama berbanding tadi.

"Kalahkan aku dan aku akan bagitau semuanya kat kau," kata Sebastian.


*****

"Raka!" jerit Yaki.

"Dia hanya mengganggu perlawanan kita. Jadi aku kasi dia tidur untuk sementara," kata Tora.

Yaki memandang tajam ke arah Tora. Nampaknya penyakit Yaki seperti kembali semula.

"Naik gila dah? Ke dah gila? Marilah," Tora sudah bersiap sedia menerima segala serangan daripada Yaki.

Yaki menyerang secara bertubi-tubi tetapi berstrategi. Sekejap serang di muka, sekejap serang di perut, kemudian kaki dan bahagian-bahagian anggota badan yang lain. Tora terpaksa berundur sekali lagi.

"Lain macam serangan kau Yaki," puji Tora.

"Itu 20% saja. Mari, aku kasi 50%,"

Gerakan Yaki semakin pantas. Makin lama kepantasan Yaki setanding dengan Tora. Tora beberapa kali ditumbuk oleh Yaki dengan kuat di seluruh badan.

Tora berjaya menumbuk Yaki di bahagian perut akhirnya. Namun tumbukan tersebut masih belum cukup kuat untuk tumpaskan Yaki.

"Degil macam dulu," bisik Tora.

Tora menggunakan teknik rahsia yang dipelajarinya daripada Akhwa.

"Teknik Pembawa Maut: Tora's Rampage!" tumbukannya dihalakan ke Yaki yang sedang berdiri kaku itu.

"Aku akan hantar kau ke tempat yang sama macam Fawa!" jerit Tora.

Yaki terbeliak. Tiada sesiapa pun yang layak menyebut nama Fawa dihadapannya. Kalau tidak, Yaki akan naik gila!

"Jangan kau berani sebut!!" penyakit Yaki melanda semula. Skizofrenia!


*****

Faeza, Hakka dan Ayie berundur untuk beberapa langkah. Tangga untuk menaiki ke tingkat 5 hanya berada di depan mata sahaja. Namun, kelibat Azra sedang duduk di atas tangga sambil menunggu kedatangan mereka.

"Lambat," kata Azra.

"Azra, kau muda lagi tapi kau dah join dengan mereka. Masa depan kau boleh musnah kau tau?" kata Ayie.

"Aku tak kisah asalkan aku dapat duit," jawab Azra.

Alamak. Azra merupakan lawan yang sukar. Pastinya memakan masa yang lama. Gumam Ayie.

"Korang, pergi naik dulu. Biar aku uruskan dia,"

"Kau tak apa-apa ke?" tanya Hakka sedikit risau.

Ayie memandang Hakka sambil tersenyum.

"Risaukan Bora baru aku,"

Hakka hanya tersenyum mendengarnya. Mereka berdua menaiki tangga ke tingkat 5.

"Kita sebaya. Mari kita lihat siapa yang lebih hebat," kata Ayie.

"Suka hati kaulah,"

Faeza dan Hakka sudah pun menaiki ke tingkat 5. Tingkat 5 lebih luas daripada tingkat 2. Tiada bilik atau tandas. Boleh melihat segala penjuru di tingkat tersebut. Memang sesuai untuk dijadikan tempat melepak atau adakan parti.

Dari tangga, Faeza dan Hakka dapat melihat dengan jelas Akhwa dan seorang wanita di sebelahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience