BAB 5

Action Completed 2194

"Tata bubu baba....Aaaa kakaa...Baaaa,"

"Apa kita nak buat dengan baby ni?" tanya Kayaki.

"Buang dalam sungai?" Ash memberikan pendapatnya.

"Ish kau ni kejamlah,"

Bayi ini dijumpai di dalam beg sekolah Kayaki ketika pengawas sedang melakukan spotcheck. Sekali gus, menimbulkan syak wasangka terhadap rakan sekelas sendiri. Ada yang mengatakan Kayaki berfoya-foya dengan wanita lain di luar sekolah. Kontroversi yang melanda diri Kayaki menyebabkan dia berasa tertekan. Ada yang mengatakan Kayaki menghamilkan wanita dan tidak mahu menjaga bayi lalu wanita tersebut meletakkan bayi tersebut di dalam begnya.

Apabila pulang ke rumah, keluarga Kayaki terutama ibu bapa terlalu kecewa dengan berita tentang anak luar nikah milik anak lelaki sulungnya, Kayaki. Walaupun Kayaki menidakkan berkali-kali tetapi ibu bapanya tetap memandang serong terhadapnya.

"Kau lagi kejam. Buat dia pastu nak buang dia pula," Ash menyindir.

"Aku dah cakapkan bukan aku. Aku pun taktau dari mana baby ni datang!" Kayaki membela dirinya.

"So skang ni camna? Aku taknak jaga dia,"

"Hmmm hanya ada satu cara,"

"Apa dia?" Ash bertanya.

"Kita kasi orang lain jaga,"

Ash terkejut dengan cadangan Kayaki. Namun hanya itu sajalah cara yang tinggal. Ash merasa kasihan melihatkan Kayaki terpaksa menanggung beban bersama bayi ini seorang diri.

"Macam ni la, kau nak orang lain jaga kan? Aku boleh hantarkannya kat sepupu aku. Ok?" Ash menawarkan diri untuk menolong.

"Thank you Ash! Kau memang terbaik bro!"

Ash gembira apabila berjaya membantu rakannya menyelesaikan masalah. Ash memandang bayi tersebut berulang kali. Insan yang tidak berdosa dilahirkan di atas muka bumi ini. Di manalah asal-usul dia agaknya. Gumam Ash di dalam hati.

"Ba....Bobobo......Raaaa...Taaaaa...Ba....," bayi comel itu seperti ingin mengatakan sesuatu.

Walaupun ingin membela nasib bayi ini, tetap ini bukanlah masanya sekarang. Ash hanya mengeluh.

"Lusa aku hantar dia,"

--------------------------------------------------------------------

"Waaa bush!! Karipap hebat!" Haiyani memuji Faeza.

"Power gila karipap tu. Ada besi ke dalam tu? Tak sangka dapat jatuhkan pembaris besi si Feqa tu, hahaha tulah berlagak lagi," Sofea seakan-akan telah berjaya membalas dendam kepada pembuli tersebut.

Faeza hanya tersengih tersipu malu. Baginya dia tidaklah layak untuk dipuji. Banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari olehnya. Faeza merupakan seorang yang sangat merendah diri.

"Ajarlah aku Faeza, sekurang-kurangnya adalah juga untuk aku lindungi diri aku daripada orang cam dorang tu," Haiyani merayu untuk diajar.

"Yala, kau hebat sangat tadi. Ajarlah kitorang...Please?" Sofea membuat muka comel.

Faeza tau mereka berdua tidak akan lepaskan dia jika dia tidak sudi mengajar mereka. Apa yang boleh dilakukan? Aku banyak lagi benda kena belajar. Takde masa sangat nak ajar diorang. Gumam Faeza.

"Camna?" tanya Sofea.

"Esok aku bagitau,"

Sofea dan Haiyani melonjak kegembiraan. Ikut firasat mereka, Faeza akan mengajar mereka nanti.

RIIIIIING...

"Oh dah waktu balik. Jom Yani," pelawa Sofea.

"Ingat tau Faeza, esok tau," Haiyani mengingatkan.

Faeza diletakkan di kelas paling tercorot kerana kelas di hadapan sudah penuh. Hanya Faeza, Haiyani dan Sofea yang berada di dalam kelas tercorot tersebut sebagai orang yang baik. Selebihnya adalah gengster. Guru-guru di ST.HARMY juga hampir separuh yang berhenti kerana tidak tahan dengan serangan psikologi walaupun mereka hanyalah perempuan. Pengetua di sekolah itu pun tidak dapat melakukan apa-apa. Dia berasa ingin sahaja bersara daripada mengajar.

Baru saja Faeza hendak melangkah keluar daripada kelas, terdapat beberapa orang pelajar perempuan yang berkumpul di hadapannya.

"Korang nak apa?" Faeza bertanya.

"Ingat aku lagi tak?" tanya Waty.

"Tak" spontan Faeza menjawab.

Waty berang dengan sikap acuh tak acuh Faeza. Waty kemudiannya mengarahkan anak buahnya supaya menyerang Faeza.

Kesemua anak buah Waty menyerbu ke arah Faeza secara berkumpulan. Faeza tidak mempunyai pilihan selain melindungi dirinya.

"Huu..Haa...," Faeza menarik nafas sekuat hati lalu memejamkan matanya.

Waty seakan-akan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku! Mulutnya terlopong luas. Menakjubkan.

Faeza hanya menghentak kepala mereka menggunakan tangan kosong dan kesemuanya rebah. Yang paling dahsyat, Faeza menewaskan kira-kira 20 pelajar sambil memejamkan matanya hanya dalam masa 20 saat! Waty seakan-akan kaku. Dia dapat merasakan seperti ada aura membunuh pada Faeza.

Faeza kemudian membuka matanya semula. Faeza memandang Waty dengan tajam. Inilah kali pertama Waty berasa gerun selepas ketuanya.

Faeza berjalan dengan perlahan ke arahnya. Waty masih lagi kaku.

Faeza melepasi Waty disebelahnya sahaja. Terasa angin kencang yang lalu disebelahnya.

Waty memandang anak buahnya yang kecundang satu persatu. Kesemuanya pengsan. Waty kemudiannya tersengih.

"Lembap betul aku ni. Sikit lagi aku nak mati," Waty mengutuk diri sendiri.


--------------------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience