BAB 12

Action Completed 2194

"Apa kamu nak?" tanya Asfad pada bos. Agak menggerunkan. Wajahnya dipenuhi parut.

Di dalam pejabat hanya ada bos, Hakka, Asfad dan Bora! Yang lain tidak dibenarkan masuk.

"Taaa...Akakaka...Boooo...Rarara..," Bora bercakap. Tiada siapa pun yang faham.

"Aku dengar kalian berbual dengan pelajar dari ST.HARMY, betul ke?" tanya bos.

Asfad terkejut. Sangkanya tiada siapa yang perasan mereka berdua berada di atas bukit bagi melatih Hakka.

"Jadi betullah ye. Kedua, siapa empunya bayi tu? Kau ke Hakka?"

"Err, baby ni dijumpai kat dalam bilik Hakka. Tapi-" belum sempat Asfad menghabiskan ayatnya. Bos sudah mencelah.

"Ok Hakka punya. Last question, betul ke kau dah semakin kuat Hakka? Dengar citer kau berlatih atas bukit dengan pelajar ST.HARMY bagi meningkatkan kekuatan dan keberanian,"

"Macam ni, Hakka-," Asfad belum sempat menghabiskan ayatnya tetapi bos sudah melemparkan kasutnya ke perut Asfad. Senak.

"Aku nak Hakka yang jawab,"

Asfad memegang perutnya. Seperti sebuah tong gas yang dibaling ke arahnya tetapi objek tersebut hanyalah kasut biasa.

"Ya, aku jadi kuat kerana itu," Hakka menjawab.

Bos ketawa terkekek-kekek persis atuk tua punya gelak.

"Jadi memang betullah pelajar tu dah buat sesuatu dengan kau yang lemah ni. Memang tak boleh dimaafkan," bos bangun daripada tempat duduknya.

Asfad dan Hakka berasa gerun untuk seketika. Hakka dapat merasakan bosnya itu merupakan lawan yang sukar kalau dia bertarung.

"Selamat berkenalan. Nama aku Yaki. Esok kita akan menyerang ST.HARMY kerana melanggar syarat perjanjian dan yang paling penting, mengubah seseorang," Yaki bercakap dalam nada yang serius.

Hakka hanya mendiamkan diri. Tidak mahu melakukan sebarang keputusan yang membahayakan kerana Yaki bukan lawan yang mudah.

"Siapa yang pergi berperang esok?" tanya Hakka sedikit ragu.

"Aku, kau, Akhwa, Raka, Shad dan Kadem. Aku ambil kau sebab kau hebat berjaya menewaskan Shad dengan hanya satu tumbukan. Impressive,"

"Kalau aku tak nak join?" Hakka cuba mengugut Yaki.

"Aaakkaa...Babaaa...Aaaa," Bora pun ingin mengugut.

"Heh, tak padan dengan kecil. Kalau kau tak nak, aku ada dua pilihan. Lawan dengan aku, atau kawan kau menjadi mangsa,"

Ketika Yaki berkata demikian, Hakka dapat merasakan sesuatu mengalir di dalam badannya. Sesuatu yang sama ketika dia bertarung dengan Shad sebentar tadi.

"Baaa....Aaakakaa...Taaa..,"

Hakka tiba-tiba rasa bersemangat untuk berlawan. Pada ketika itu, Raka menyerbu masuk ke dalam bilik Yaki apabila mendapat satu berita.

"Kenapa Raka?" tanya Yaki.

"Ada seorang perempuan yang datang nak berunding dengan kita. Dia tak nak tunggu esok," Raka menjelaskan apa yang terjadi sambil tercungap-cungap.

"Seorang je?" Yaki seakan-akan tidak percaya.

Raka mengangguk.

"Hakka. Aku nak kau uruskan," arah Yaki.

"Tak nak," spontan Hakka menjawab.

Raka terkejut melihat Hakka berani melawan Yaki. Setahu Raka, Hakka tidak berani pun mencari pasal dengannya. Inikan pula bos! Sekarang, apakah reaksi bosnya?

"Hakka, Hakka. Inilah peluang kau untuk tunjukkan kehebatan. Kau memang tak sayang nyawa ke?"

"Baaaa.....Akakakak...Atatata...," Bora memarahi Yaki.

Yaki memandang Bora. Yaki mendapat satu idea.

"Kalau kau tak nak, aku akan ambil budak rambut hijau tu," ugut Yaki.

Baaaam!

Raka terkejut. Asfad pun terkejut. Yaki pun terkejut. Genggaman tangan Hakka sudah pun berada di perut Yaki. Yaki kemudiannya berundur untuk beberapa langkah.

Kekuatannya. Setaraf dengan Akhwa. Yaki berbisik di dalam hati.

"Jangan buat benda bodoh, kalau aku kata tak nak so aku tak nak," Hakka menegaskan lagi.

"Yaaa...Ataaaa...," Bora setuju dengan Hakka.

Raka terkaku seketika melihat kekuatan Hakka menewaskan bosnya. Bosnya terduduk di atas lantai.

"Jom Fad. Kita pergi dari sini," ajak Hakka.

"Oi oi oi. Nak gi mana tu? Perlawanan belum habis!" Yaki meluru ke arah Hakka.

Hakka yang leka itu tidak sempat untuk mengelak tumbukan Yaki dan mengenai tepat ke wajahnya. Sungguh laju! Hakka terbaring jauh. Bora tidak apa-apa.

Raka hanya memerhatikan perkara yang sedang berlaku. Tidak mahu masuk campur.

"Fuh, tumbukan yang hebat. Memang sama taraf dengan Akhwa. Kau tau, aku dapat jadi yang terkuat kat sekolah pun sebab Akhwa sendiri yang mengaku kalah. Dia tak nak pun bertarung dengan aku," Yaki menceritakan perkara sebenar.

"Kalau kau tak nak takpe. Kau masih mentah lagi. Tapi ingat kalau kau menentang aku lagi, aku akan hantar kau ke hospital," Yaki mengugut.

Hakka bangkit semula. Hakka tidak mengendahkan ugutan Yaki. Hakka tidak berasa takut. Namun pergelangan tangan Hakka ditarik Asfad supaya beredar dari situ.

"Kau dah kenapa? Kasi aku tumbuk si parut ni sampai terbang,"

"Kau yang terbang adalah. Dah. Aku tak nak kau timbulkan masalah lagi," Asfad menghalang Hakka.

Yaki hanya memerhatikan mereka berdua sehingga lesap daripada pandangan.

"Mana perempuan tu? Tunjukkan," Yaki mengarahkan Raka supaya menunjukkan arah.

Raka hanya menuruti tanpa membantah. Namun perkara yang berlaku sebentar tadi amat mengejutkan Raka. Hakka yang lemah dan pengecut secara tiba-tiba menjadi kuat dan berani.

Sial. Tumbukan dia amat kuat. Sepertinya lebih kuat dari Akhwa. Yaki menyumpah dalam hati. Hakka sudah menjadi semakin bahaya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience