BAB 23

Action Completed 2194

"Bora! Bora!" panggil Hakka.

Bora sedang tidur dengan nyenyaknya. Tidak mendengar suara Hakka.

Hakka berlari menuju ke arah Bora sebelum dia terjatuh ke dalam satu lubang.

"Tak guna, Bora!!"

"Bora!"

Hakka terjaga daripada tidurnya. Hakka bermimpi Hakka. Sebelahnya adalah Asfad. Sedang berdengkur.

"Dah bangun?" Kata Faeza.

"Emm," jawab Hakka ringkas.

"Mari makan dulu," pelawa Faeza.

"Mana Bora?"

"Makan du-"

"Mana Bora?!" Hakka meninggikan suaranya. Faeza terkejut.

Fakari yang mendengar Hakka menjerit terus masuk ke dalam bilik.

"Makan dulu anak muda," kata Fakari.

Hakka berasa kecewa kerana membiarkan penjahat tersebut mengambil Bora.

"Makan dulu jom dengan kami," ajak Faeza lagi.

Hakka tidak membantah. Langkahnya begitu longlai.

Namun begitu selera makannya sungguh tinggi. Hakka sudah menambah 4 pinggan nasi yang berlaukkan ayam masak kicap. Pergh! Untuk pertama kalinya Hakka lupa masalahnya buat seketika.

"Sedapnya, siapa masak?" tanya Hakka.

"Mestilah orang perempuan," kata Fakari menjeling ke arah Faeza.

"Ish ayah ni. Ayah pun ada tolong," Faeza kemerahan semula.

"Siapa yang dapat si Faeza ni memang untunglah suami dia," usik Fakari.

"Ayah!" Faeza semakin malu dan merah. Ayahnya cakap tanpa berlapik.

"Maaf kalau mengganggu, tapi semalam apa yang berlaku?" tanya Hakka apabila makanannya sudah habis.

Fakari menyuruh Faeza menjelaskan apa yang berlaku.

"Macam ni,"


*****

Asap? Musuh sudah muncul ke? Gumam Faeza dalam hati.

Faeza tidak merasakan kehadiran musuh. Adakah Haira salah jangka?

Waty dan Feqa melompat dari pokok ke arahnya dengan memakai topeng. Faeza dapat mengelak serangan mereka. Melihatkan mereka memakai topeng, nampaknya asap ini bukan asap biasa! Faeza menutup mukanya menggunakan sapu tangan yang ada di dalam poket bajunya. Nampaknya Faeza terpaksa bertarung menggunakan sebelah tangan.

Walaupun begitu, Waty dan Feqa bukan lawannya.

"Kenapa dengan korang ni?" tanya Faeza. Sangkanya Waty dan Feqa salah faham.

Waty dan Feqa tidak menjawab soalan Faeza. Mereka terus menyerang Faeza bertubi-tubi. Faeza memukul Feqa di bahagian perut dan Feqa tersembam ke tanah.

Waty masih lagi terus menyerang Faeza. Tiba-tiba Faeza merasakan seseorang di belakangnya. Faeza cepat-cepat berundur.
Mata Faeza menunjukkan dia terkejut. Haira?!

"Kenapa?" tanya Faeza.

"Maaf, kami akan ambil bayi tu," kata Haira.

"Faeza, kau boleh dengar tak?!" jerit Hakka dari jauh.

Belum sempat Faeza menjawab, dirinya sudah dipukul oleh seseorang yang amat kuat. Faeza rebah.

Faeza nampak seseorang yang dikenalinya, sebelum dia pengsan sepenuhnya.


****

"Siapa dia?" tanya Hakka berdebar.

"Budak yang kau kalah kat padang dulu,"

Hakka baru teringat. Ya, disebabkan dia Hakka kalah.

"Aku tak rasa Akhwa muncul. Dia yakin dengan kekuatan anak buahnya. Aku syak Haira, Feqa dan Waty bersekongkol." Faeza sedikit kecewa.

Suasana sunyi untuk seketika sebelum Fakari bersuara.

"Korang tak boleh tewaskan Akhwa dengan kekuatan. Korang kena ada strategi kalau nak kalahkan dia. Korang kena tricky sikit. Ada helah,"

"Helah macam mana tu?" tanya Hakka.

"Fikirlah,"

Hakka mencebik. Otaknya malas untuk bergerak.

"Takpe. Kau pulang dulu, cakap dengan mak kau, kau nak pergi camping dengan kawan. Kalau mak kau tanya mana Bora, cakap dia ada dengan aku," kata Faeza.

"Bawa Asfad pulang sekali, dia pengsan kena tetak dengan seseorang semalam,"

"Ok,"

Hakka membawa Asfad pulang. Ibu bapa Asfad ketika itu masih lagi tidur. Hakka senyap-senyap masuk dalam rumah dan membaringkan Asfad di atas katilnya.

"Maaf Fad. Aku tak nak kau terkorban untuk kali kedua," bisik Hakka.

Hakka kemudiannya pulang ke rumahnya dan memberitahu keluarganya tentang camping tersebut. Hatimah dan Helman tidak membantah malah mereka bersetuju.

"Abang, mana Bora?" tanya Kunira.

Hakka ketika itu sedang menyimpan pakaiannya di dalam sebuah beg yang sedikit besar.

"Oh, ada dengan kawan,"

"Pelik. Abang kan susah nak bagi baby tu kat orang lain,"

"Shh jangan banyak tanya. Pi buat kerja sekolah tu,"

Kunira mencebik. Tak kuasa dia nak melayan abangnya. Kunira masuk ke dalam biliknya semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience