BAB 29

Action Completed 2194

"Huu...Haa..,"

Yaki dan Tora kepenatan. Masing-masing sudah hilang tenaga. Raka masih lagi terbaring tidak sedarkan diri.

"Kau kuat rupanya selepas 3 tahun," kata Tora.

"Pulangkan Fawa balik!" jerit Yaki.

Tora tersentak. Tak sangka selepas 3 tahun, Yaki masih mengingati Fawa. Nampaknya Yaki tak boleh move on.

"Aku tau dia bekerja dengan Akhwa. Aku pernah nampak dia,"

"Tak penting pun bagi aku. Cepat habiskan pertarungan kita," ajak Tora.

Yaki terus menyerang Tora seperti tadi. Bertubi-tubi tetapi berstrategi. Tora cuba menahan segala serangan Yaki.

Tak boleh jadi ni. Gumam Tora.

Tora cepat-cepat mengeluarkan sebilah pisaunya. Yaki cepat-cepat berundur.

"Kau hebat Yaki. Nampaknya aku kena guna pisau. Kau tau, aku dah hasilkan banyak teknik dengan pisau ni. Aku akan cuba teknik ni kat kau," kata Tora.

Tora menuju ke arah Yaki.

"Teknik Libasan: Katana Slash!"

Yaki pelik. Guna pisau tapi nama skill katana. Katana adalah sejenis pedang.

Yaki dapat mengelak dengan sempurna. Tora betul-betul ingin membunuh Yaki. Yaki mengelak untuk tempoh yang agak lama, tetapi Yaki melakukan satu kesilapan.

"Hahaha," Tora cepat-cepat menghunuskan pisaunya ke perut Yaki.

Darah memercik dengan banyak. Pisau tersebut telah berjaya menikam seseorang!
Namun yang rebah adalah Tora. Yaki berjaya memusingkan tangan Tora sehingga Tora tertikam diri sendiri.

"Maaf, Tora,"


*****

"Come on, come on, aku masih bertenaga," ejek Azra.

Ayie terduduk untuk seketika. Kemudian dia gelak.

"Hahahahaha,"

Azra memandang pelik terhadap Ayie. Ayie sudah menjadi gila ke?

"Adoi. Teknik kau tu agak sakit jugalah. Menyesal aku guna satu tangan je,"

"Itu salah kau sendiri. Lain kali gunalah dua-dua tangan kalau dah tahu diri tu lemah," provok Azra.

"Hehe. Tak bolehlah camtu. Nanti pertarungan kita cepat sangat habis. Tak feel nanti. Tapi disebabkan aku dah tengok semua skill kau, sekarang ni kau pula tengok skill aku," ujar Ayie.

Ayie akhirnya mengeluarkan kedua-dua tangannya daripada poket. Azra merasakan Ayie sudah menjadi lebih kuat dari tadi.

"Come on, come on, aku tak habis tenaga lagi," Ayie menganjing Azra.

Azra bengang. Azra menyerang semula Ayie menggunakan teknik mautnya. Namun begitu, kedua-dua tangan Azra berjaya ditangkap oleh Ayie menggunakan kedua belah tangannya.

"Aduh, nak tangkap tangan kau pun sakit," kata Ayie penuh sindiran.

Azra cuba melepaskan daripada cengkaman Ayie. Namun tidak berjaya.

"Mimpi indah ye, tak pun mimpi basah," kata Ayie sebelum menghantukkan kepalanya ke kepala Azra.

Azra pening untuk seketika. Ayie dengan peluang yang ada terus menumbuk Azra bertubi-tubi sehingga pengsan.

"Fuh, 30 minit," kata Ayie.


*****

Hakka tercampak jauh. Faeza tidak dapat menolong Hakka kerana dihalang oleh Laila.

"Aku tau kau adalah Laila. Tak payah berpura-pura dengan aku." kata Faeza.

"Aku ada dengar kau hebat baling karipap. Tunjukkanlah kat aku," Laila cuba menukar topik.

Faeza memandang Hakka yang sedang terbaring jauh. Faeza ingin menolong tetapi tidak boleh.

"Hmm? Risaukan boyfriend?," usik Laila.

Muka Faeza merah semula.

"Bu...Bukanlah. Dia kawan saya," Faeza seperti keanak-anakan.

Laila mengambil peluang ini untuk menumpaskan Faeza.

Faeza terseret jauh. Nampaknya Laila benar-benar menumbuk Faeza menggunakan sepenuh tenaga.

"Kelemahan kau senang je aku nak kesan," kata Laila.

Faeza terbaring sekali lagi. Nampaknya dia perlu lupakan Hakka seketika supaya dia dapat fokus pada pertarungannya.

"Cuba lupakan dia? Ohoo, mana boleh. Kau tak sayangkan dia ke?"

Muka Faeza panas dan merah semula. Dia cuba memejam matanya tetapi Laila menendangnya sehingga dia merintih kesakitan.

"Kelemahan kau ni memang membuatkan kau lemah Faeza. Jangan risau, lepas kau mati nanti, aku akan jaga Hakka macam aku jaga Kayaki dulu," bisik Laila pada telinga Faeza.

Faeza terkejut. Jadi selama ini, Lailalah punca Fawa menggantung diri? Tak guna!

"Emm, Hakka tu hensem. Memang syok siapa dapat--"

Belum sempat Laila menghabiskan ayatnya, Faeza telah menumbuk pipi Laila dengan kuat sehingga Laila terjatuh.

"Perempuan macam kau tak layak untuk Hakka!" Faeza menjerit. Kemarahan Faeza meletus!

Laila terkejut dengan perubahan Faeza. Dia sudah menjadi lebih kuat! Mulut Laila mula berdarah.

Faeza terus menyiku muka Laila. Faeza kemudian menendang perut Laila. Laila terbaring akhirnya.

"Haa...Haa...," Faeza menarik nafas sekuat hati. Kudratnya telah kehabisan.

"Hakka," kata Faeza dengan nada yang perlahan.

Akhwa melihat Laila sudah terbaring. Nampaknya Faeza hebat.

"Buuububu..Waaa," Bora lapar.

"Eh? Kau kenapa nangis? Lapar ke?" Akhwa pelik. Tadi sudah diberinya makan.

Hakka bangun semula apabila mendengar suara Bora.

"Bora," panggil Hakka.

"Taaa...Abababayaa," Bora seperti mengenali Hakka.

Akhwa perasan Bora ingin mendapatkan Hakka semula. Justeru itu, Akhwa perlu menewaskan Hakka dengan cepat.

"Aku akan hapuskan kau dulu!"

Serangan Akhwa kali ini lebih kepada gelabah. Tidak kreatif. Mudah untuk Hakka mengelak serangan daripada Akhwa dengan mudah.

"Bora! Bora! Ni aku!" panggil Hakka lagi.

"Kaaa...Aa....Yaa..," Bora ingin Hakka mendukungnya. Bora tidak memaut belakang Akhwa lagi.

"Sial, kau nak Hakka si lembik ni juga?!" Akhwa secara tak sengaja tertendang Bora.

Hakka dan Faeza terkejut dengan tindakan Akhwa yang biadap itu. Bora terpelanting jauh.

"Huwaaaawaaa," Bora menangis dengan kuat.

"TAK GUNA!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience