BAB 28

Action Completed 2194

Haira akhirnya tiba di rumah agam Akhwa yang sangat besar itu. Haira melihat jam tangannya, sudah pukul 7 malam. Tayar basikalnya pancit di tengah jalan. Sebab itulah dia terpaksa berjalan kaki ke rumah Akhwa.

Haira cuba memasuki rumah tersebut melalui pintu depan tetapi telah dikunci dari dalam. Haira berfikir sejenak sebelum mengambil keputusan untuk memeriksa seluruh bahagian rumah jika-jika ada pintu yang lain.

Handphone Haira berbunyi. Menandakan ada panggilan.

"Hello?" sapa Haira.

"Haira, kami akan ikut kau. Tunggu dulu," kata Feqa yang menggunakan handphone Waty.

"Tapi kalian-"

"Kita tetap akan bekerjasama walau apapun terjadi. Jangan bergerak sendirian. Kami akan teman kau. Itulah gunanya kawan kan?" giliran Waty pula bercakap.

Haira terharu mendengarnya. Nampaknya sejak berkenalan dengan Faeza dan Hakka telah membuatkan mereka sedikit sebanyak banyak berubah.

"Terima kasih korang. Aku akan tunggu," jawab Haira dengan nada yang sedikit sebak.

"Hei hei kau nangiskah? Hahaha, buli orang tak nak nangis pula," perli Waty.

Haira ketawa kecil. Nampaknya mereka akan berubah sedikit demi sedikit.

"Ok, sambunglah nangis. Tapi tunggu kitorang tau," kata Feqa pula.

"Emm. Ok," balas Haira ringkas sebelum mematikan handphonenya.

Tatkala ini Haira teringatkan memori mereka bertiga bersama-sama.


*****

"Tahniah, pukul 7 baru sampai," kata Akhwa.

Faeza bergerak perlahan ke arahnya tetapi Hakka sedikit laju.

"Mana Bora?" tanya Hakka dalam nada yang tinggi.

"Jangan risau dia selamat. Dia kat belakang aku je. Nampak?"

Hakka memandang Bora yang sedang berpaut di belakang Akhwa.

"Bora! Kau boleh dengar tak? Ni aku, Hakka!" Hakka cuba memanggil Bora.

Bora seakan-akan lupa siapa Hakka.

"Taatata...Yaaa...Booo," Bora bersuara.

"Dia tak kenal siapa pun kau, Hakka," balas Akhwa.

Hakka bengang. Apa yang sudah berlaku pada Bora? Bora seakan-akan sudah lupa namanya.

"La, pergi uruskan perempuan tu. Aku boleh uruskan Hakka," arah Akhwa.

La? Siapa perempuan ni? Bisik Faeza.

"Baik,"

Perempuan tersebut berlari laju ke arah Faeza manakalaHakka berlari ke arah Akhwa. Mereka berdua terpisah.

Faeza bersiap sedia menggunakan tekniknya. Namun, pergerakan La lebih pantas. Tangan dan leher Faeza diletakkan ke tanah serta merta. Faeza rebah.

"Siapa kau ni?" tanya Faeza sambil cuba untuk melepaskan dirinya.

"La," jawabnya pendek.

Tangan Faeza seakan-akan ingin dipatahkan olehnya. Faeza cepat-cepat menendang belakang La menggunakan kaki kanannya. Cengkaman tadi terlepas.

"Kau Laila?" Faeza meneka.

"Kau tak perlu tahu," jawabnya.

Sekali lagi serangan daripada La amat laju sehinggakan Faeza tidak mempunyai masa untuk melindungi diri. Pukulan demi pukulan hinggap pada tubuh badan Faeza.

Manakala bagi Hakka, jaraknya dengan Akhwa sudah 5 meter sahaja. Hakka masih cuba untuk menyedarkan Bora.

"Bora! Bangun Bora! Ni aku Bora! Hakka!" Hakka tidak berputus asa.

"Yaaaa...Waaaa...Bububu," jawab Bora.

Hakka tidak faham. Adakah Bora memahami maksudnya?

"Maaflah Hakka, tapi Bora ni dah sukakan aku," jawab Akhwa sebelum bergerak ke arah Hakka.

Serangan pertama Akhwa, Hakka berjaya mengelak namun serangan kedua Akhwa, Hakka terpelanting jauh. Kekuatan, ketangkasan, amat hebat! Hakka terbaring untuk seketika.

"Bora....." kata Hakka lagi.

"Bu..Bobobo....Raaa...Ataa," Bora sudah semakin rapat dengan Akhwa. Nampaknya Bora sudah tidak mengenali siapa Hakka.

"Hakka, bayi ni akan jadikan aku yang paling terkuat kat bandar Jormy ni. Tidak akan ada lagi sekolah-sekolah lain yang berani kacau aku,"

Hakka tercungap-cungap. Cuba bangkit. Tangannya diletakkan di atas lutut.

"Nak tengok kekuatan aku dengan budak ni? Aku akan tunjukkan," Akhwa menggenggam penumbuk.

Hakka tidak dapat berbuat apa-apa selain mengelak. Memang tanpa Bora, Hakka hanyalah seorang yang lemah!


*****

Zura semakin agresif. Sebastian masih mengelak. Kedua-dua mereka tercungap-cungap dan cedera.

Sebastian sudah kehilangan daripada separuh kekuatannya. Dia kini sama kuat dengan Zura.

Ngeri kalau buat dia marah ni. Gumam Sebastian. Nampaknya kemarahan Zura memakan diri Sebastian sendiri.

"Letih ke?" tanya Zura sambil tersenyum seakan-akan psiko.

Sebastian hanya tersenyum.

"Risaukan diri sendiri dulu baru aku,"

Sebastian terus menyerang Zura dengan segala ilmu yang dia ada. Namun begitu, Zura berjaya mencederakan Sebastian sekali lagi.

Zura melompat ke arah Sebastian. Sebastian cuba menendang Zura tetapi Zura dapat mengelak dan akhirnya Zura menumbuk bertubi-tubi ke muka Sebastian.

Sebastian rebah akhirnya. Zura keletihan.

"Aku menang," kata Zura dalam nada yang perlahan.

"Sekarang bagitau aku semuanya,"

Sebastian sudah lemah longlai. Nampaknya Zura masih hebat macam dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience