BAB 24

Action Completed 2194

"Kita dua tak cukup. Lagipun kau lemah macam dulu," terang Faeza.

"Siapa je nak join kita? Asfad tak boleh," kata Hakka.

"Aku akan pergi sekolah aku dulu. Kut-kut Kak Zura ada. Kita boleh minta dia tolong kita,"

"Siapa pula Kak Zura ni?" Hakka pelik.

"Ikut jela. Nanti kau tanyalah dia macam-macam," Faeza menarik tangan Hakka. Faeza tidak sedar tindakannya itu.

Fakari yang melihat anaknya menarik tangan Hakka, lantas tersenyum.

"Haaih, dah besar dah anakku ni,"


*****

"Apa? Tolong?" tanya Zura yang sedang bermain permainan Mobile Legend.

Kedengaran 'The enemy has been slained,".

"Oh yea!" jerit Zura.

"Kenapa kau duk sekolah? Tak cuti ke?" tanya Hakka.

Zura sedang menyimpan telefonnya di dalam beg sandangnya yang kecil itu.

"Sekolah ni dah macam rumah aku. Apa salahnya aku lepak sini," kata Zura.

Di sekolah ini. Hanya Zura saja yang ada. Para pelajar perempuan yang lain sedang bercuti.

"Kak Zura, boleh tolong tak?" tanya Faeza lagi.

Zura hanya menguap. Sikapnya ini tidak nampak seperti ketua yang matang.

"Kak Zura....."

"Ye ye aku dengar,"

"Boleh tak tolong?"

Zura memandang serius terhadap Faeza. Lawan mereka ini bukanlah mudah.

"Kau kenal ke Akhwa?" tanya Zura.

Faeza hanya mengangguk.

"Aku memang tak setanding dia. Dia amat kuat. Nak kalahkan dia korang kena bekerjasama. Kalian berdua sahaja tidak akan menang lawan Akhwa. Apatah lagi orang bawahannya," terang Zura.

"Jadi apa yang kami perlu buat?" tanya Faeza.

"Dapatkan seberapa ramai orang yang hebat-hebat dari segi kekuatan. Tak perlu bawa ramai-ramai,"

"Jadi Kak Zura akan bantu kami?," tanya Hakka.

"Untuk orang hensem macam kamu mestilah saya tolong," usik Zura.

Faeza tidak senang mendengarnya. Namun syukurlah Zura sudi membantunya.

"Sekarang ni apa kata kita pergi sekolah aku pula. Memang ramai budak jahat lepak situ time cuti sekolah ni," kata Hakka lagi.

"Apa salahnya, jom," ajak Zura.


******

"Raka, ketua ST.HARMY datang sini," kata Kadem.

Raka terkejut mendengarnya. Perang lagi?

Hakka membawa Zura dan Faeza berjumpa dengan Raka di dalam pejabat pengetua.

"Kenapa kamu datang sini? Kamu berpihak pada perempuan ke Hakka?" tanya Raka.

"Maaf, ini bukan soal belot atau perang. Kami di sini datang nak minta pertolongan kau," terang Faeza.

Pertolongan? Tak pernah ST.JORAV dan ST.HARMY bekerjasama.

"Pertolongan apa?"

Faeza menceritakan tentang apa yang berlaku. Misi mereka adalah untuk mendapatkan Bora semula. Seboleh-bolehnya ingin mengelakkan diri daripada bertarung dengan Akhwa.

"Akhwa bukan calang-calang orang, anak buahnya juga hebat. Azra kalau kau kenal, budak yang kalahkan Hakka tempoh hari,"

Jadi Raka sudah tahu budak bernama Azra sudah bekerja dengan Akhwa.

"Apa benefit aku dapat?" tanya Raka lagi.

"Kami akan benarkan korang berbual dengan pelajar kami. Nak bercinta pun takde masalah," terang Zura.

Raka berasa syarat tersebut amat berbaloi. Dia sudah bosan asyik bergaul dengan lelaki je. Kini tibalah masanya untuk dia mencari cinta sejati.

"Ok deal," ujar Raka.

"Ok, jumpa kami kat depan pagar sekolah ST.HARMY besok. Kita kena rancang strategi dengan segera," ujar Faeza pula.

Raka hanya mengangguk.

"Bawa ahli yang kau rasa hebat. Lagi satu, kalau boleh suruh bos kau join sekali," pesan Faeza.

Raka seperti seorang anak yang patuh akan arahan ibu bapanya. Bengang pula dia.

Hakka, Faeza dan Zura berlalu keluar dari situ dengan segera. Lantas Raka memanggil Kadem dan Shad yang tidak jauh darinya. Mereka berdua segera masuk ke dalam pejabat.

"Esok, korang ikut aku. Kita akan lawan anak buah Akhwa,"

Shad memandang Kadem tanda terkejut. Mereka tahu lawannya ini bukan sembarangan orang!


*****

"Si Raka tu mungkin sama hebat dengan Haira. Tapi Feqa dan Waty lebih hebat dari Kadem dan Shad. Secara logiknya, Raka mungkin kalah dengan Haira jika Waty dan Feqa join sekali," kata Zura.

"Masih tak cukup. Kak Zura tahu ke siapa selain Azra yang bekerja di bawah Akhwa?" tanya Faeza.

"Aku cuma ingat 5 orang je. James, Sebastian dan Tora. Tak taulah kalau ada sebarang penambahan ahli baharu,"

Faeza berfikir semula. Tora? Sebastian? James? Mereka semua anak buah Jorav kalau tak silap 3 tahun lepas. Kenapa mereka ikut Akhwa pula?

"Aku tau apa yang bermain di kepala kau, 3 orang tu mesti kau pernah dengar kan? Sebab tu kita kena ada ahli lagi. Mereka sudah bukan macam dulu. Sekarang mereka sudah makin bertambah kuat," Zura meneka apa yang bermain di fikiran Faeza.

Faeza kagum. Memang mereka akan berperang! Raka, Shad dan Kadem masih belum mencukupi!

"Maaf kalau ganggu, tapi rasanya aku tau siapa lagi yang boleh diajak," celah Hakka.

Mata Faeza dan Zura memandang Hakka dengan tepat. Siapa?

"Err tak tau pula nama diorang. Tapi aku jumpa diorang haritu kat taman permainan. So kalau nasib kita baik, kita boleh pergi taman tu dan terserempak dengan mereka," terang Hakka lagi.

Zura dan Faeza langsung tidak membantah. Memang mereka perlukan seberapa ramai ahli yang kuat secepat mungkin!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience