BAB 15

Action Completed 2194

"Sedia....Mula!" jerit Kadem.

Azra memulakan serangan terlebih dahulu. Macky mengelak dengan mudah.

"Oho, dah bermula. Kau rasa siapa menang Bora?" tanya Hakka sambil diikuti oleh Asfad.

"Mmm..Mm...Bo...Aataaa...Yaa..," Bora menunjukkan jarinya ke arah Azra.

"Ouh, budak tu akan menang. Ok kita lihat," Hakka mengiyakan Bora.

Asfad tidak faham dengan Hakka. Bagaimanalah dia dapat berkomunikasi baik dengan Bora tu.

Macky menumbuk perut Azra. Azra terbatuk-batuk. Langkahnya terundur.

"Mari, takkanlah cepat sangat habis," provok Macky.

Azra berasa tercabar. Sudah tiba masanya dia menggunakan 'skill'nya.

Hakka yang melihat dari jauh dapat merasakan sesuatu yang hebat tentang teknik yang bakal digunakan oleh Azra.

Faeza dan Zura juga tidak akan melepaskan peluang tersebut.

Faeza melihat dari bangunan sekolahnya kalau-kalau dia ternampak lelaki yang dijumpainya di taman permainan tempoh hari.

"Siapa yang bawa baby tu?" Tanya seorang pelajar perempuan. Faeza dapat mendengarnya.

Faeza cepat-cepat mencari sosok tubuh yang dikatakan tadi.

Eh, bukan ke itu Hakka? Faeza berkata dalam hati.

"Marilah!" jerit Macky sambil menuju ke arah Azra.

Azra menarik nafas seketika sebelum menunjukkan tekniknya.

"Teknik Pembawa Maut: Potongan Daun!" jerit Azra.

Tangannya begitu pantas untuk dilihat. Kadem dan Shad terkejut melihatkan teknik tersebut. Faeza dan Zura hanya melihatnya tanpa sebarang reaksi.

Macky tumbang sekelip mata. Azra mendapat satu kemenangan.

"Pemenangnya Azra!"

"Sekarang giliran siapa?" Tanya Azra dengan angkuhnya. Seolah-olah teknik tersebut adalah paling hebat di dunia.

"Giliran saya," kata Shad yang juga ingin bertanding.

Para pelajar yang lain terdiam. Ada yang berbisik, kalahlah Azra tu.

"Ready...Go!" jerit Kadem.

Shad melancarkan beberapa tumbukan ke arah muka Azra. Azra menahannya dengan tangan.

Tumbukan bertubi-tubi Shad menyebabkan Azra tiada masa yang mencukupi untuk melakukan tekniknya.

Hakka memerhatikan tangan Azra.

Tumbukan Shad akhirnya sedikit lemah akibat keletihan untuk beberapa minit, Azra akhirnya mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan teknik tersebut.

Baam! Shad terpelanting jauh. Tidak sempat Shad nak bangkit semula Azra sudah berada di atasnya.

Azra menumbuk muka Shad sehingga dia pengsan. Ramai yang terkejut dengan kehebatan Azra dapat menewaskan Shad. Kadem terkejut melihatnya.

"Kamu semua...Bukan lawan aku. Termasuk kau sendiri Kadem," cabar Azra.

Shad yang lebih hebat dari Kadem pun tumbang, inikan pula dia.

Faeza memerhatikan Hakka dari jauh. Tidak memandang langsung pertarungan Azra sebentar tadi.

"Siapa seterusnya?" cabar Azra lagi.

"Bora, nak tengok aku berlawan tak?" tanya Hakka.

"Booo...Akakaka...Yaaa," Bora berkata mahu. Hanya Hakka yang faham.

"Saya," Hakka mengangkat tangan lalu menyerahkan Bora kepada Asfad.

Hakka merasakan kekuatannya masih ada lagi.

Ramai yang bergosip tentang kehebatan Hakka sejak akhir-akhir ini. Ada yang mengatakan Shad ditewas olehnya hanya dengan satu tumbukan.

Azra menantikan Hakka. Faeza terkejut melihat Hakka berani untuk bertarung. Bukankah Hakka seorang yang lemah? Faeza semakin risau.

"Siapa lelaki tu?" tanya Feqa.

"Aku pun tak tau...Tapi...Dia hensem," kata Haira tanpa sedar.

"Eleh gedik. Pantang tengok laki hensem," Feqa berfikir seketika.

Bukankah seseorang yang lemah menjadi kuat dan orang tersebut adalah hensem. Adakah lelaki tersebut orang yang mereka cari selama ni?

"Ready...Go!" jerit Kadem.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience