BAB 2

Action Completed 2194

"Hakka, mana Fad?" tanya Ayie yang juga merupakan kawan kepada Hakka dan Asfad.

Hakka hanya mendiamkan diri. Dia berada dalam keadaan yang sungguh gelisah ketika ini. Sikap beraninya yang tidak muncul ketika berhadapan dengan peragut telah membawa padah kepada kawan baiknya, Fad. Dia berasa malu untuk menceritakan perkara sebenar kepada orang lain mahupun keluarga.

Ayie begitu hairan kerana selalunya Asfad dan Hakka akan sentiasa melekat seperti isi dengan kuku ketika berada di sekolah. Namun Ayie tidak melihat kelibat Asfad di sekolah, lebih-lebih lagi Asfad tidak berada di kawasan persekolahan. Jarang Asfad tidak hadir ke sekolah kecuali faktor kesihatan.

"Kenapa ni Hakka? Ada sesuatu berlaku ke?" tanya Ayie.

Ayie dapat mengesan daripada riak wajah Hakka yang seakan-akan gelisah dan takutkan sesuatu itu. Peluh secara tiba-tiba membanjiri baju sekolah yang dipakai oleh Hakka serta seluruh wajahnya. Memang ada sesuatu yang berlaku! Syak Ayie di dalam hati.

"Aku...," Hakka mula bersuara.

"Ya?"

"Aku ni...," Hakka masih lagi menimbulkan pertanyaan kepada Ayie.

"Ye Hakka? Apa dia? Sesuatu berlaku ke? Aku boleh tolong kau," pelawa Ayie menghulurkan bantuannya.

Hakka berdiam untuk seketika sebelum bersuara semula.

"Aku ni...pengecut dan tak berguna ke?" tanya Hakka dalam nada yang rendah.

Ayie tersentak dengan soalan yang diberikan oleh Hakka. Baginya Hakka selalu melarikan diri daripada menyelesaikan masalah. Ada satu peristiwa di mana Hakka secara tidak sengaja terpijak kasut senior di sekolah itu yang juga merupakan kaki buli dan gengster. Hakka berkali-kali meminta maaf tetapi Raka, tidak mengendahkannya. Bagi Raka, sebagai seorang lelaki, cara penyelesaian sesebuah konflik atau masalah adalah dengan bertumbuk atau menggunakan kekerasan. Disebabkan oleh itu, Hakka melarikan diri daripada bertembung dengan Raka yang berusia 17 tahun.

Hakka, berumur 15 tahun berjaya mengelak segala serangan yang dihalakan oleh Raka kepadanya. Hakka tidak mampu membalas balik serangan kerana dia tidak mempunyai kekuatan yang luar biasa seperti Raka.

Di sekolah Hakka bersekolah, SMK ST. JORAV di mana hampir 80% pelajar mempunyai sikap ala-ala gengster. Hakka diletakkan di kelas paling tercorot bersama dengan pembuli yang seusia dengannya. Kerap kali Hakka ponteng sekolah kerana tidak mahu dibuli. Guru di sekolah itu tidak dapat mengawal kelakuan anak muridnya yang sungguh ganas. Hampir keseluruhan guru yang mengajar di sekolah itu dahulu telah pun berhenti. Sekolah ST. JORAV seakan-akan sebuah sekolah juvana.

"Betul ke aku pengecut?" Hakka tanya buat kali kedua.

Ayie tersedar daripada lamunannya lantas memberikan Hakka jawapan.

"Kau bukan pengecut, kau bukan tak berguna. Cuma keyakinan kau je yang tak berani nak berhadapan dengan masalah. Aku tau kau boleh, one day kau akan jadi berani dan berguna juga," Ayie memberikan semangat kepada Hakka sambil tersenyum.

Hakka membalas senyuman Ayie kemudian berjalan menuju ke tandas.

Sudahnya Ayie masih lagi tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Asfad.

-------------------------------------------------------------------

"Bos, kita nak berapa duit untuk hari ini?" tanya Kadem mewakili anak buahnya.

"RM100 cukuplah, dah banyak sangat duit kita simpan," bos menjawab.

"Baiklah. Saya pergi dulu," Kadem berjalan keluar daripada sebuah bilik lantas bercakap-cakap dengan anak buahnya tentang target mereka hari ini.

"Kau tak kisah ke biarkan mereka kumpul duit?" tanya Raka.

"Biar jela, kita tunggu dan lihat je. Kalau diorang takleh pakai, kita buang je mereka," bos menjawab.

Raka hanya mendiamkan diri. Walaupun dia mempunyai pelbagai persoalan yang mahu ditanya, tetapi apabila mengenali perangai dan kekuatan bos, dia cepat-cepat menguncikan mulutnya. Baginya bos dia adalah yang terkuat di sekolah ini.

"Nanti aku hantar kau berunding dengan Akhwa, ok?"

"Baik," Raka mengiyakan saja. Tidak berani untuk membantah apatah lagi melawan.

Sungguh, Sekolah ST. JORAV amat terkenal dengan sikap pelajarnya yang nakal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience