EPILOG

Action Completed 2194

Cuti persekolahan akhirnya berakhir.

Cikgu-cikgu semua kembali semangat untuk mengajar di ST.JORAV dan ST.HARMY. Untuk pertama kalinya, peratusan kedatangan cikgu ke dua buah sekolah ini adalah 100%.

"Baiklah murid-murid, apa formula untuk isipadu kon?" tanya Cikgu Nawas.

"Carilah jawapan sendiri," jawab seorang pelajar lelaki.

"Apa? Cari jawapan sendiri?" Hakka berada di sebelahnya.

"Baaa....Kaa...," Bora turut memarahi pelajar tersebut.

Pelajar tersebut terkejut. Hakka? Bos baru di sekolah ini dan yang paling terkuat.

"Ma..Maaf cikgu. Saya tak ingat formulanya," pelajar tersebut berpeluh dan meminta maaf pada cikgu Nawas.

"Tak mengapa. Sila salin formula ni ye,"

Semua pelajar di dalam kelas tersebut tidak berani melawan. Hakka telah meletakkan undang-undang baru di sekolah itu iaitu 'Belajar bersungguh-sungguh'.

"Ingat, dengar cakap cikgu. Hehehe," Hakka membuat muka yang seram.

Pelajar yang lain hanya terdiam tanda takut. Begitu juga Azra yang duduk di hujung belakang kelas.

Hakka kembali semula ke kelasnya.

"Hahaha, macam pengawaslah kau ni. Ronda sana sini," Asfad memuji Hakka.

"Jangan lupa jasa aku," Ayie mencelah.

"Yaaaatata,"

Hakka hanya tersenyum. Dia berjaya mengubah sekolah ini. Yaki sudah pun berhenti sekolah dan dipindahkan ke wad sakit mental.

-ST.HARMY-

"Sila beratur!" jerit Faeza dari jauh apabila melihat ada pelajar yang cuba memotong barisan.

"Garangnya akak kita ni," kata Sofea.

"Yala, sejak jadi ketua kat sekolah ni, macam-macam arahan dia kasi," Haiyani pula bersuara.

Faeza kini menjadi ketua baharu di sekolah itu. Zura kini mahu sambung belajar di tempat lain. Keluarganya akan berpindah jauh.

"Faeza, Faeza!" panggil Feqa.

Faeza menoleh ke arah Feqa.

"Kenapa ni? Tercungap-cungap je," tanya Faeza.

"Waty mengamuk dalam kelas," jawab Feqa.

Faeza cepat-cepat mengekori Feqa. Sofea dan Haiyani menyambung makan semula.

Keadaan di dalam kelas tidak ubah seperti gempa bumi. Faeza dan Feqa terkejut Waty melakukan sedemikian rupa.

"Waty, kenapa ni? Bertenang. Sekarang dah waktu rehat. Jom makan," Faeza cuba menenangkan Waty.

Waty duduk di atas kerusinya semula kemudian menangis semahunya.

"Waty, kenapa ni?" tanya Faeza yang cuba memujuk Waty.

"Aku rindu dia," kata Waty.

"Aku tak boleh nak buat apa, Faeza," kata Feqa.

Faeza memahami perasaan Waty. Ya, tidak mudah untuk melupakan orang yang kita sayang. Namun ia sudah pun berlaku. Nak atau tidak, kita terpaksa redha.

"Waty. Makan sikit kat kantin jom. Nanti rehat habis," pujuk Faeza lagi supaya Waty turun makan.

Waty menggeleng tandanya dia tidak mahu.

"Waty, kalau kau makan. Aku akan ajar kau teknik yang aku ada. Cun?" Faeza memberikan cadangan. Terus mata Waty terbuka besar.

"Betul?" tanya Waty.

"Iyaaa," jawab Faeza.

Waty mengesat air matanya. Faeza menemani Waty ke kantin.

"Maaf, siapa nak kemas kelas ni?" tanya Feqa.

Faeza mengenyitkan sebelah matanya. Fahamlah Feqa akan maksudnya.

Akulah tu. Rungut Feqa.

Jauh di sudut hati Feqa, dia masih merindukan Haira. Air matanya secara tiba-tiba membasahi pipi.

"I miss you Haira,"

------------------------------------------------------

"Aik? Ambil balik baby tu?" tanya wanita tersebut.

"Aku ada dengar dia beri kekuatan yang luar biasa kepada salah seorang pelajar kat ST.JORAV tu," jawab lelaki tersebut.

"Bukan kau dah taknak dia ke? Sebab tu kau buang dia dulu,"

"Aku pun tak sangka baby tu ada keistimewaan sebegitu. Jadi, aku perlukannya semula," terang lelaki itu yang memakai cermin mata.

"Camna kita nak ambil balik? Baby tu mungkin--," belum sempat wanita tersebut menghabiskan ayatnya, lelaki berkaca mata itu mencelah.

"Pasti boleh. Sebab aku ayahnya,"

Wanita tersebut dapat menghidu rancangan lelaki berkaca mata itu. Pastinya bukan sesuatu yang baik.

"Dan engkau maknya. Takkanlah tak nak jumpa anak kau semula?" lelaki berkaca mata itu berkata lagi.

Wanita tersebut sudah masak dengan perangai lelaki tersebut. Mereka masih lagi pelajar tetapi mereka sudah ada seorang anak. Sekolah mereka dan ST.JORAV tidaklah jauh mana.

"Ikut kaulah," jawab wanita itu yang malas hendak melayan kerenah lelaki itu.

Lelaki berkaca mata itu sudah menyusun segala rancangan di dalam kepalanya.

~Tamat~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience