BAB 14

Action Completed 2194

"Kenapa ni Kayaki? Sedih semacam je," tanya Ash.

"Aku dapat rasakan roh Fawa menghantui akulah," ujar Kayaki sedikit gentar.

"Kenapa kau kata camtu pula?" Ash pelik.

"Aku dapat rasakan...Sesuatu yang menakutkan...Tak syak lagi memang roh Fawa!" Kayaki menutup kedua belah telinganya.

Rasa ketakutan yang menjalar ke tubuh Kayaki tidak dapat disorokkan. Roh Fawa masih lagi mengganggu-ganggunya.

Ash sungguh bersimpati tentang apa yang terjadi. Kalau melibatkan hal mistik, memang Ash tidak dapat membantu.

"Kayaki, aku rasa kau kena banyakkan rest,"

Kayaki memandang Ash dengan mata yang tajam. Ash sedikit gerun melihat perubahan Kayaki.

"Kau fikir aku berhalusinasi ke?" tanya Kayaki sambil menjegilkan matanya.

"Eh bukan, cumanya- " Ash tidak sempat menghabiskan ayatnya, Kayaki menjerit.

"Ash, jangan risau. Aku tak gila lagi. Cumanya aku risau kalau-kalau roh Fawa mengganggu aku lagi," sambung Kayaki.

Ash hanya menghembuskan ayatnya. Nampaknya Fawa tidak akan melepaskan Kayaki dengan begitu mudah! Dendam?

----------------------------------------------------

Hari terakhir sebelum cuti persekolahan penggal pertama, ada segelintir pelajar sahaja yang sudah mula bercuti awal. Nama yang tidak asing di sekolah tersebut, Raka dan Yaki sudah membuat cuti sendiri.
Ini meninggalkan Shad dan Kadem selaku kuasa besar di sekolah tersebut. Guru-guru yang mengajar di situ sudah mula bercuti serta beberapa pelajar yang belajar di kelas depan.

Masa inilah bagi Shad dan Kadem berkuasa dengan melakukan aktiviti mereka sendiri yang telah dirancang oleh mereka bersama.

"Semua student tak dibenarkan balik petang nanti, kita akan adakan satu perlawanan one by one. Minimum 3 kali menang baru boleh balik. Sesiapa yang balik secara senyap-senyap akan dipukul oleh Shad," ujar Kadem sambil memberikan ugutan.

"Perlawanan ni terbuka untuk semua. Kita akan berlawan di padang sekolah nanti. Sesiapa yang kalah melebihi 3 kali akan dipaksa untuk mengemas seluruh sekolah ni, hahaha," sambung Kadem.

"Baiklah, kami tunggu pukul 2 nanti, Shad akan berjaga di pagar sekolah untuk mengelakkan sesiapa melarikan diri,"

Kadem menyerah semula mikrofon kepada anak buahnya. Mereka sudah mula memanaskan badan. Para pelajar nakal yang lain memang teruja untuk bertarung bagi menentukan siapa yang paling kuat di antara mereka.

"Hakka, kau nak pergi berlawan ke?" tanya Asfad.

Ayie sudah mula bercuti walaupun waktu persekolahan belum habis.

"Baaa...Booo..bobo...Yaaa," Bora bersuara.

"Kenapa Bora? Kau nak join sekali ke tengok diorang berlawan kat padang nanti?" tanya Hakka pada Bora tanpa mempedulikan pertanyaan Asfad.

Bora menunjukkan isyarat bagus seakan-akan memahami apa yang dikatakan oleh Hakka.

"Oho kau pun nak join? Ok lepas sekolah kita pergi padang," ajak Hakka.

Asfad seakan-akan halimunan bagi Hakka.

"Oi, kau nak join buat apa? Balik jela,"

"Hmm? Oh Asfad baru perasan. Sorry sorry. Bora ni nak pergi tengok, so aku bawalah dia nanti," kata Hakka.

"Kau biar betul. Dia budak lagi, kau dah dedahkan dia dengan keganasan," bantah Asfad.

"Kau jangan risau, dia takkan jadi gengster bila besar nanti," jamin Hakka.

Asfad hanya menggelengkan kepala. Cakap dengan Hakka memang tidak akan menang. Lagipun kelihatan Bora sudah pun biasa dengan semua ni.


*****

"Baiklah, siapa yang nak mulakan dahulu?" Kadem bertanya.

Seorang pelajar Tingkatan 3 menawarkan diri untuk bertarung.

"Saya," seorang pelajar dari Tingkatan 4 pula menawarkan diri.

"Sila perkenalkan diri,"

"Nama saya Azra," pelajar Tingkatan 3 bersuara.

"Saya Macky," pelajar Tingkatan 4 bersuara.

"Ok tak perlu bersalam, silakan berada di posisi masing-masing," arah Kadem.

Azra dan Macky memanaskan badan.

Para pelajar dari ST.HARMY dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku di padang sekolah kerana kelas mereka terletak bersebelahan dengan padang sekolah. Nama-nama besar di sekolah tersebut juga tidak akan melepaskan peluang untuk melihatnya.

"Apa kau buat tu Haira? Kata nak cari budak yang lemah tu," marah Feqa apabila melihatkan Haira terjenguk-jenguk ke luar tingkap bersama beberapa pelajar.

"Aku tengah cam wajah dialah ni. Kalau kita pergi tapi kita taktau pun mana satu dia pun tak guna gak," Haira memberikan penjelasan.

Feqa yang tadi nak keluar dari kelas tidak jadi. Feqa akhirnya turut serta dengan Haira.

"Kau rasa mana satu dia?" tanya Feqa.

"Kalau ikutkan maklumat yang aku dapat, dia hensem,"

"Ceh, hensem juga kau nak," perli Feqa.

"Di...Diamlah. Cari je," Haira merasakan mukanya seperti kemerah-merahan. Haira sedang membayangkan rupa lelaki tersebut yang kacak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience