BAB 4

Action Completed 2194

"Saya dah balik,"

Hakka membuka kasutnya lalu diletakkan ke dalam rak. Usai sahaja Hakka menyimpan kasut, secara tidak langsung kelibat maknya sudah pun berdiri di hadapannya sambil merenung tajam ke arahnya. Seram!

"Yes mother?" Hakka acah-acah speaking walaupun selama ni tak pernah berbuat demikian.

"Apa yang kamu dah buat pada Asfad?" tanya Hatimah.

Jantung Hakka bagai direntap dengan kuat. Soalan yang ditanya oleh maknya amat menggelisahkan Hakka. Dia tidak berani untuk bercerita tentang apa yang telah berlaku.

"Errr, mak masak apa hari ni?" tanya Hakka cuba menukar topik.

"Hmm, takyah nak tukar topik. Mak tau dia ada kat hospital skang ni," Hatimah bersuara semula.

Hakka semakin banyak berpeluh. Nampaknya, dia tidak dapat berselindung lagi.

"Ya iya mak,"

"Skang ni cuba cerita apa yang berlaku?"

Hakka menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia kalau boleh tidak mahu menceritakan kepada sesiapa pun, tetapi apakan daya, maknya sudah pun mengetahui kebenaran.

-------------------------------------------------------------------

"Sudah dapat bos, RM1000 hari ni! Kita kaya!" Kadem bersorak.

"Bukan ke aku pesan RM100 saja?" bos tersebut menyoal perbuatan Kadem dan anak buahnya yang disifatkan sebagai tidak mengikut peraturan.

Kadem terdiam seketika. Dia tau dia yang menginginkan duit lebihan. Disebabkan sifat tamaknya, dia mendapatkan duit melebihi target mereka.

"Tapi bos, RM1000 kan...." belum sempat Kadem menghabiskan ayatnya, Kadem telah ditendang sehingga jauh. Badan Kadem yang kurus itu memang mudah untuk melayang.

"Aku pesan RM100, 100 sajalah. Jangan nak tunjuk pandai atau hebat kat sini, paham?" bos bersuara lemah lembut sambil memperbetulkan kedudukan kakinya semula.

"Ba...Baik bos," Kadem tergagap-gagap.

Darah mula keluar daripada hidung Kadem dan mulutnya. Tendangan bos sebentar tadi amat berat. Bagaikan ditendang oleh kerbau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience