BAB 21

Action Completed 2194

-Hari keenam cuti sekolah-

"Ni ke rumah Hakka?" tanya Faeza.

"Ya," jawab Haira ringkas.

"Mari masuk,"

Tok tok tok!

"Ye, siapa tu?" Laung Hatimah dari dapur. Ada orang datang pada waktu pagi-lagi begini.

"Kami kawan Hakka puan," jawab Faeza.

Hatimah membuka pintu lalu menjemput Faeza dan Haira masuk ke rumah.

"Hakka, kawan kamu datang ni," jerit Hatimah dari ruang tamu.

Bora ketika itu masih lagi tidur. Hakka sedang membaca komik. Sebaik sahaja mendengar kawannya datang, Hakka turun ke ruang tamu.

"Eh siapa korang eh?" tanya Hakka pelik. Ingatkan Asfad.

"Laa, masih lagi tak ingat aku? Aku ni, Faeza. Ni kawan aku, Haira," terang Faeza.

"Ooooo! Ya ya ya. Baru ingat," kata Hakka.

Faeza terus menerangkan sebab utama mereka datang ke rumahnya.

"Emm, kita citer kat bilik aku jom,"

Faeza dan Haira tidak membantah. Mereka berdua naik ke atas. Mereka lihat Bora sedang tidur nyenyak.

"Lelaki bertopeng? Ya aku ada ingat," kata Hakka. Hakka mengingati seseorang jika seseorang tu penting atau menarik perhatiannya.

"Lusa, mereka akan cuba ambil Bora. Kita akan menghalangnya,"

"Kenapa nak halang? Biarlah dia datang. Aku akan tumbuk dia kat muka," Hakka membayangkan dia sedang menumbuk lelaki bertopeng tersebut.

"Kau pikir lelaki bertopeng tu lemah macam Yaki ke? Dia 5 kali lagi kuat kau tau," kata Faeza.

"Samalah aku," Hakka tak mahu mengalah.

Faeza dan Haira hanya menggelengkan kepala.

"Yang aku tau, cuma ada sorang saja yang lebih kuat dari Yaki, iaitu Akhwa. Aku ingat lagi khabar angin yang mengatakan dia tewaskan hampir 50 orang sendiri dan hampir tewaskan Jorav." terang Faeza panjang lebar.

"Siapa Jorav?" tanya Hakka.

Faeza meminta Haira untuk terangkan bagi pihaknya.

10 minit berlalu, barulah Hakka faham tentang Jorav.

"So sekarang ni kita nak buat apa?"

"Buuu...Waaa," Bora seakan-akan ingin terjaga daripada tidurnya. Tetapi tidak.

"Akhwa pasti akan hantar orang yang hebat-hebat untuk mendapatkannya. Walaupun kau kuat, kau takkan dapat menumpaskannya seorang diri. Sebab tu kami akan tolong kau," kata Faeza.

Tiba-tiba ada orang membuka pintu bilik Hakka.

"Tadaaa, aku dah balik," kata Asfad.

Asfad terkejut ada Faeza dan seorang lagi wanita di dalam bilik Hakka.

"Uish, mesyuarat apa kat sini? Haaa," kata Asfad.

"Duduk sebelah aku, kita dengar sekali," pelawa Hakka.

Asfad terus duduk di sebelah Hakka. Asfad mendengar dengan teliti tentang kejadian lelaki bertopeng tersebut dan cara menanganinya.

"Aku akan cuba ajak Feqa nanti," kata Haira.

Selepas berbincang, Haira dan Faeza meminta diri untuk pulang. Esok mereka akan bersiap sedia!

Hakka memandang Bora. Masih lagi nyenyak tidur. Jarang dia tidur lama sebegini.


******

"Kalau boleh kau cuba dapatkan bom asap sebanyak yang mungkin. Aku mahir kalau berlawan dalam asap," ujar Faeza meminta bantuan Haira.

Haira hanya mengangguk.

"Err boleh aku lawat Waty?" tanya Faeza serba salah.

Sudah lama dia ingin mengatakan sedemikian.

"Oh, sure. Jom,"

Mereka berdua pergi ke rumah Waty. Faeza ingin melihat keadaan Waty.

"Eh Haira dan...," Waty tiba-tiba senyap.

"Dia nak lawat kau," kata Haira.

"Emm, Waty, maafkan aku," Faeza memohon maaf.

Waty hanya memandang di tempat lain. Alergik melihat wajah Faeza!

"Waty, jangan camtu. Faeza datang dari jauh semata-mata nak minta maaf dengan kau,"

"Takpe tak nak maafkan. Yang penting aku ikhlas minta maaf. Salah aku buat kau trauma,"

Faeza kemudiannya beredar dari situ pulang ke rumah. Tidak mahu lama-lama berada di situ kerana Waty masih memarahinya.

"Haira,"

"Ye Waty?"

"Aku nak bayi tu,"

Haira terkejut mendengarnya. Bagaimana Waty tahu tentangnya?

"Feqa dah bagitau semuanya. Semua sekali. Termasuk lelaki bertopeng,"

Feqa tahu tentang itu? Haira belum memberitahunya lagi.

"Ini bukan masalah kita Haira. Kita nak jadi lebih kuat bukan? Kita mesti dapatkan bayi tu dulu sebelum lelaki bertopeng tu dapat," jelas Waty.

Haira kini buntu. Tidak tahu mana satu perlu diikutinya. Perlukah Haira mengkhianati Faeza dan Hakka? Jika ya, rasa cintanya perlu dibuang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience