BAB 26

Action Completed 2194

Raka, Shad, Kadem, Ayie, Yaki, Zura, Faeza dan Hakka. Nampaknya kelapan-lapan mereka ini sudah bersedia dengan satu misi iaitu menyelamatkan Bora kembali!

"Kau tau kan Akhwa tinggal di mana?" tanya Zura.

"Ya, aku dengan bos tahu. Tapi aku tak sangka bos ada penyakit gila. Huhuhu patutlah asyik tak datang sekolah," kata Raka.

"Dah, tak payah drama. Cepat bawa kitorang," celah Faeza.

"Oi Hakka, pertarungan kita belum selesai!" jerit Yaki.

Hakka buat-buat tak dengar. Ayie cuba menenangkan Yaki.

15 minit akhirnya mereka pun tiba di kawasan Akhwa. Rumah agam yang begitu besar sekali. Masing-masing terpegun kecuali Raka.

"Kita masuk ikut pintu belakang," pesan Raka. Hanya dialah yang lebih tau selok-belok rumah agam ini.

"Ramalan bos memang betullah. Mereka akan masuk ikut pintu belakang," kata Tora.

"Strategi lemah. Biarlah apa pun, diorang takkan menang pun," kata James.

Tora dan James berada di tingkat 2 rumah agam tersebut sambil memerhatikan mereka dari luar tingkap. Rumah agam ini mempunyai 5 tingkat!


*****

Faeza dan Hakka sudah masuk melalui pintu belakang begitu juga dengan yang lain. Faeza merasakan seperti ada mata-mata yang memerhatikan mereka dari jauh.

"Arah ini menuju ke mana Raka?" tanya Faeza.

"Kalau kiri tangga, kalau kanan dapur dan ruang makan,"

"Kita ikut kiri jela," celah Shad.

Masing-masinh tidak membantah. Kata Raka, Akhwa berada di tingkat 5.

Buuum!

Kedengara seperti bunyi letupan. Mercun? Faeza dan lain-lain berundur buat seketika.

"Maaf buat kalian takut, itu cara aku memperkenalkan diri,"

Faeza dan lain-lain memandang seorang lelaki yang sedang berjalan ke arah mereka. Hanya Zura yang mengenali lelaki tersebut.

"Nama saya Sebastian,"

Zura merasakan Sebastian sudah menjadi lebih kuat berbanding dulu.

"Zura, dah lama kita tak berjumpa," Sebastian menyapa.

Shad dan Kadem menyerang Sebastian pada masa yang sama. Mereka fikir jika mereka bergabung tenaga, lelaki tersebut dapat ditumpaskan.

"Korang nanti dulu-" jerit Faeza.

Sebastian menggunakan sebelah tangan untuk menewaskan mereka berdua. Kedua-dua mereka ditumbuk pada muka dan akhirnya pengsan. Tumbukan maut!

"Siapa korang bawa ni? Tak kuat,"

Zura mula menyerang ke arah Sebastian namun Sebastian dapat mengelaknya dengan mudah.

"Korang, naik ke atas. Aku akan uruskan lelaki ni," kata Zura.

"Tapi," belum sempat Faeza
menghabiskan ayatnya, Faeza ditengking dengan kuat oleh Zura.

"Pergi!" jerit Zura.

Yang lain hanya menuruti arahan Zura. Begitu juga Faeza. Semoga kau selamat Kak Zura. Gumam Faeza dalam hati.

"Dulu aku memang takut dengan kau Zura, tapi sekarang dah tak lagi sebab aku lebih kuat dari kau. Aku akan kalahkan kau kali ni," kata Sebastian dalam nada serius.

Zura bersiap sedia untuk bertempur. Sudah lama dirinya tidak berlawan dengan sesiapa.

"Aku serang dulu Zura!" jerit Sebastian sambil berlari ke arah Zura.


*****

"Kali ni tangga sebelah kanan. Rumah ni memang pelik sikit." kata Raka.

Tingkat 2 sudah menjadi ruang yang lebih luas berbanding tingkat 1. Memang sesuai untuk bertarung.

"Dah sampai dah? Cepatnya," kata Tora.

Yaki memandang Tora sebelum terfikirkan sesuatu.

"Kau ni macam orang yang aku kenal," kata Yaki.

"Yaki? Well, tak sangka kita boleh berjumpa. Mana kau menghilang 3 tahun lepas? Demi Fawa kau sanggup tinggalkan kitorang ye,"

"Kau tak layak nak sebut nama dia tak guna!" herdik Yaki sebelum mula menyerang Tora.

"Dulu kaulah kedua terkuat di ST.JORAV, tapi sekarang dah tak lagi," kata Tora sambil mengelak serangan Yaki secara membabi buta itu.

Tora menghalakan penumbuknya ke arah perut Yaki. Yaki tidak perasan serangan itu.

Bush!

Tangan Tora ditahan oleh Raka. Tangan kanan Raka berasa sakit sedikit.

"Ceh," Tora berundur beberapa tapak ke belakang.

"Korang, aku akan berlawan dengan Yaki di sini, nanti naik atas belok kiri semula then kanan," kata Raka.

Yaki memandang anak buahnya. Dia mengenali Raka.

"Ash, kau tak perlu risau, aku boleh uruskan dia ni," kata Yaki.

"Ash? Nama kau Ayie kan?" Hakka pelik.

"Kau memang lembaplah Hakka. Hahaha, nama penuh aku Ashimi Azri. Korang je panggil aku Ayie," kutuk Ayie.

"Mari kita teruskan," kata Faeza.

Mereka bertiga berjalan melepasi Tora.

"Masa untuk kita berseronok Yaki," bisik Raka.

Yaki memandang serius Tora sebelum tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience