BAB 6

Action Completed 2194

Hari Sabtu menjelma. Kini masanya untuk para pelajar bercuti pada hujung minggu. Walaupun hanya sekejap, tetapi itulah nikmat dan kegembiraan seorang pelajar.

Asfad telah dikeluarkan dari hospital. Kecederaannya tidaklah serius mana. Asfad kini sedang melepak di rumah Hakka.

"Betul ke kau ok ni? Kalau tak ok baik kau balik rehat kat rumah kau dulu," Hakka berkata.

"Takdelah. Aku ok je. Doktor pun dah kasi aku keluar," Asfad membalas.

"Fad, sorry tau pasal semalam,"

"Emm? Takde hallah. Aku ok je ni. Lagi pun aku kenal kau camna," pujuk Asfad.

Asfad merasakan keyakinan Hakka semakin rendah akibat insiden yang berlaku pada dirinya semalam.

"Hakka, apa kata time cuti ni kau praktis sesuatu tentang kebolehan kau ni?"

"Maksud kau?"

"Aku akan ajar kau jadi berani. Cun tak?" Asfad menghulurkan bantuan.

Hakka terharu mendengarnya. Inilah gunanya sahabat kan?

"Cun sangat tu! Bila nak mula?" tanya Hakka keriangan.

"Sekarang juga kita start! Ayuh! Pi mandi dulu, kau ni bushuklah," ejek Asfad.

Hakka menunjukkan jari kelingkingnya pada Asfad. Menukar jari daripada menggunakan jari hantu. Jari kelingking dianggap lebih sopan.

"Fad, jomlah breakfast ngan kitorang sekali," Hatimah menjerit memanggil Asfad supaya menyertai mereka sekeluarga bersarapan.

"Yes mom, I'm coming," Asfad cepat-cepat menuruni tangga.

Mereka sekeluarga berkumpul di meja kecuali Hakka.

"Mana abang?" tanya Kunira. Adik kepada Hakka yang berusia 14 tahun.

"Dia mandi dulu," Asfad membalas pertanyaan Kunira.

Helman, ayah kepada Kunira dan Hakka membuka televisyen supaya dapat menontonnya sambil makan.

"Berita terkini, seorang peniaga maut ditikam oleh seorang peragut yang cuba meragut seorang wanita. Peragut tersebut dikatakan masih lagi bebas di sekitar Bandar Jormy. Peragut yang mempunyai motor berwarna merah itu dikhabarkan adalah salah seorang pelajar sekolah menengah di ST.JORAV,"

Asfad tersentak. Dia tidak salah dengar. Salah seorang dari ST.JORAV?

"ST.JORAV ni bukan sekolah abang ke?" tanya Kunira.

"Takdelah, maybe reporter ni silap. Mana mungkin pelajar nak meragut. Jahat-jahat dorang pun diorang pergi sekolah gak," Asfad cuba berdalih.

"Ouh....,"

Asfad menarik nafas lega. Dia merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Adakah pemimpin terkuat ST.JORAV telah memulakan langkahnya?

Tak. Tak. Dia tak boleh. Kalau tak, hancur bandar ni. Asfad menggumam di dalam hati. Kerisauannya semakin berganda. Begitu jugalah selera makannya. Dia menghabiskan makanan yang dimasak Hatimah dalam masa yang singkat. Ayam masak merah. Merecik!


*****

"Aduh, latihan apa ni Fad?" Hakka tidak berpuas hati. Baginya latihan ini tidak masuk akal.

"Apa pula? Ini pun kau kene tunjukkan keberanian tau! Dah takyah banyak cakap. Cepat minta nombor awek tu. Kalau kau minta mesti diorang kasi. Dahlah hensem. Fuyoo," Asfad memuji Hakka.

"Kau nak masuk hospital balik ke? Taknak aku. Kalau keberanian pukul kau aku berani,"

"Ceh. Orang nak tolong pun tak nak," Asfad tidak berpuas hati.

Sedang mereka bertengkar, ada seseorang yang memerhatikan mereka dari jauh. Stalker tersebut kemudiannya mengambil gambar Hakka secara curi-curi dari dalam semak. Mereka kini berada di kawasan taman permainan yang dikelilingi pokok-pokok dan semak-samun.

"Oklah camni. Aku nak kau koyakkan kertas A4 ni,"

Hakka mengangkat kening. Baginya cabaran ini tidaklah sesusah mana.

Kraaak!

Kertas A4 koyak dengan mudahnya.

"Bagus, sekarang giliran kadbod pula,"

Hakka mencuba untuk mengoyaknya tetapi hampa. Kadbod tersebut dikatanya amat keras seperti besi.

"Kau tak boleh koyak takpe. Cuba kau bengkokkannya," Asfad memberikan cadangan lain.

Namun seperti itu juga. Kadbod tersebut kelihatan amat cantik seperti tidak diusik. Hampa, Hakka tidak berjaya membengkokkannya.

"Memang kritikal masalah kau ni. Kadbod pun tak boleh nak bengkok," Asfad memberikan komen sambil memikirkan cara yang lain yang lebih efisien bagi membantu Hakka.

"Nak saya tolong?"

Hakka dan Asfad terkejut.

"Eh awak ni siapa?" tanya Asfad.

"Nama saya Faeza,"

"Ouh, lawanya. Sekolah mana? Umur berapa?" Asfad seakan-akan telah jatuh cinta pada pandangan pertama.

"Sekolah di ST.HARMY. Umur 16 tahun. Baru sahaja berpindah ke sini,"

Sedang asyik Asfad dan Faeza leka berborak, Hakka mengambil kesempatan yang ada untuk curi-curi tidur.

"Dia ni siapa pula?" tanya Faeza.

"Oh nama dia Hakka. Dia memang kaki tidur," Asfad cuba mengejutkan Hakka.

"Comelnya muka dia time tidur," kata Faeza secara bisik.

"Haa comel?" Asfad seperti tersalah dengar. Terkejut dibuatnya!

"Eh eh taklah, saya cuma errmm...Errmm...Nak tolong awak berdua...Emm...Tentang latihan yang korang buat ni.....errr tingkatkan keberanian kan?" Faeza tergagap-gagap sambil mukanya semakin kemerah-merahan.

"Oh ya. Hakka ni ada masalah sikit tentang tumbukannya," jelas Asfad.

"Tumbukan?"

"Macam ni, dia ada masalah dari segi kekuatan. Kalau bab elak-mengelak, memang dia hebat. Even orang nak tikam dia pakai pisau pun dia dapat elak. Tapi tulah, kekuatannya saja yang tak seberapa seperti budak darjah 1,2 camtu," Asfad menerang kepada Faeza dengan panjang lebar.

"Pelik. Lelaki tapi kekuatan tak seberapa,"

"Apa boleh buat. Dah tu nasib dia," Asfad menjelaskan pada Faeza.

"Apa kata korang ikut aku?" pelawa Faeza.

"Pergi mana?"

"Tempat latihan aku, jom,"

Asfad mengejutkan Hakka. Hakka yang masih dalam keadaan mamai mengikuti langkah Asfad dan Faeza dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience