BAB 19

Action Completed 2194

3 hari cuti persekolahan sudah berlalu. Aktiviti harian Hakka dan Bora masih lagi sama iaitu bermain game dan melepak di taman permainan. Hatimah dan Helman sudah boleh menerima kehadiran Bora ke dalam keluarga mereka walaupun bukannya darah daging mereka. Adiknya, Kunira berkurung di dalam bilik bermain laptop. Game Slenderman. Terjerit-jerit dia seperti histeria.

Hakka sudah melupai tentang lelaki bertopeng tersebut. Memang memorinya sama seperti ikan emas.

"Aayaaaaakakaka," Bora gembira kerana berjaya menjaringkan gol buat kali pertama walaupun kedudukan sekarang 10-1.

Hakka kagum. Bora memang cepat belajar.

"Hoho, satu game lagi, satu lagi," ajak Hakka.

"Atatatayaa ....Abaaaaka," Bora menyahut cabaran.

Malam itu, Hakka dan Bora tidur di atas katil yang sama. Nyenyak saja mereka tidur. Hatimah mengesan satu perubahan ketara pada anaknya. Hakka menjadi semakin berani dan berkeyakinan. Sudah tidak takut apa lagi. Kalau tak, Hakka tidur sambil membuka lampu.

"Agaga...Kaa...Hmm," Bora bercakap sambil tidur.

Sebab itulah Hatimah menerima bayi tersebut walaupun tidak mengetahui asal usulnya.

-----------------------------------------------

"Kenapa ni Faeza? Kamu tak fokus," kata Fakari.

Faeza tidak dapat fokus pada latihannya kerana masih memikirkan empunya bayi tersebut.

"Sebab si Hakka tu ke?" usik Fakari.

Faeza semakin merah mukanya. Bagaimana bapanya tau nama lelaki tersebut? Argh!

"Kamu mesti terkejut sebab ayah tau namanya kan? Hahaha, semalam kamu mengigau nama dia. Ayah dengar jela,"

Muka Faeza semakin panas. Aku mengigau? Oh my god. Faeza malu habis. Rahsianya terbongkar sudah.

"Faeza, tak salah pun kamu menyukai seseorang tapi tak bolehlah disebabkan dia kamu menjadi lemah," pesan Fakari.

Faeza hanya mendengar kata ayahnya tanpa mencelah. Kata ayahnya ada betulnya. Kadang-kadang Faeza hampir terlupa semua ilmu yang dia pernah belajar apabila teringatkan Hakka. Faeza perlu melatih diri memperbaiki kelemahannya.


*******

Keesokannya...

Ding Dong.

Faeza bangun dari tidur. Ada orang bertandang ke rumahnya. Ayahnya pagi-pagi lagi sudah keluar untuk bekerja. Maka hanya Faeza yang berada di rumah selaku anak tunggal.

Ding Dong.

"Ya, ya saya datang ni," kata Faeza sambil menuju ke arah pintu.

Faeza membuka pintu. Haira dan Feqa sedang berdiri di hadapannya.

"Err, jemputlah masuk," kata Faeza sedikit segan.

Feqa dan Haira masuk ke rumah Faeza yang serba besar. Sangka mereka Faeza adalah anak yang biasa-biasa.

Faeza menghidangkan air milo ais kepada Haira dan Feqa.

"Apa hajat korang datang ke sini?" tanya Faeza berlemah-lembut.

Feqa memandang Haira menyuruhnya menjawab soalan Faeza.

"Err macam ni, kau kenal tak Hakka?" tanya Haira.

Faeza yang ketika itu sedang minum tersembur mendengarnya. Haira dan Feqa rasa terkejut lalu berundur sedikit.

"Ma...Maaf, saya ambil kain lap kejap," Faeza masuk ke dapur sebelum membawa sehelai kain buruk lalu mengelapnya sehingga kering di atas meja.

"Err dah ok?" tanya Feqa.

Faeza tidak boleh lari daripada menjawab soalan tersebut.

"Kenal," jawab Faeza ringkas.

"Macam mana korang boleh kenal?" tanya Feqa.

Faeza menceritakan dari awal apa yang berlaku tentang dia melatih Hakka. Faeza tidak menceritakan tentang perasaannya terhadap Hakka.

"Kenapa korang tanya tentang Hakka?" Faeza sedikit curiga.

"Wowowo, jangan pandang kami ni macam nak culik dia pula. Sebenarnya camni, kami nak jadi lebih kuat je. Setahu saya Hakka dulunya seorang yang lemah. Tiba-tiba sekarang ni boleh jadi kuat pula. Naklah juga belajar darinya," ujar Feqa tentang hajatnya ke mari.

Haira masih belum beritahu tentang rahsia kekuatan Hakka kepada Feqa dan apa yang berlaku malam semalam. Misteri lelaki bertopeng.

"Oh pasal tu saya tak tau pula. Mungkin dia berlatih di rumahnya, siapa tau kan?"

Mereka bertiga berbual lebih kurang selama 1 jam sebelum Feqa meminta diri untuk pulang.

"Nak pergi mana?" tanya Haira.

"Nak pergi melawat Waty jap," Feqa meminta izin untuk pulang.

Faeza serba salah kerana membuat Waty sedikit trauma walaupun dia tidak menyentuh Waty pada hari itu. Faeza ingin melawat Waty pada satu hari nanti!

"Faeza, aku nak tanya soalan privasi sikit boleh?" tanya Haira sedikit perlahan.

"Apa dia?" Faeza semakin gugup.

"Kau suka Hakka ke?"

Faeza kemerahan. Habislah perangai sebenarnya akan muncul. Faeza cuba mengawal perasaannya.

"B..Bukanlah..K...Kami kawan je," Faeza sedikit gagap.

Benar tekaan Haira. Faeza ada menyimpan perasaan yang sama dengannya terhadap Hakka.

"Faeza, aku tau kekuatan Hakka datang dari mana,"

Faeza kembali seperti biasa. Haira bukan calang-calang orang kerana dapat mengorek rahsia Hakka daripadanya. Adakah Haira juga menyimpan perasaan yang sama dengannya terhadap Hakka? Faeza menjadi panas untuk seketika.

Haira menceritakan apa yang berlaku kepada Faeza tentang kejadian semalam. Lelaki bertopeng. Faeza mendengar dengan teliti. Tidak mahu melepaskan sebarang maklumat penting.

"Seminggu lagi? Sekarang dah hari yang keempat...Lusalah mereka akan bertindak," Faeza membuat analisis.

"Ya, aku tau kau suka Hakka. Tapi kita kena selamatkan Hakka sebelum lelaki bertopeng tu menculik bayi tersebut," saran Haira.

Faeza merah semula. Nampaknya rahsianya pecah lagi. Kali ini Haira yang mendapat tahu. Tapi dia perlu ketepikan perasaan itu untuk sementara. Apa yang penting sekarang ini adalah keselamatan Hakka dan Bora! Dan yang paling penting siapakah lelaki bertopeng tersebut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience