BAB 25

Action Completed 2194

"Kayaki, makanlah dulu," kata Ash.

"Pulangkan Fawa dulu baru aku makan," Kayaki memberontak. Persis anak kecil.

"Kau tau, mungkin budak yang kau nak tumbuk tempoh hari nanti dia datang melawat kau," teka Ash.

"Biarlah dia datang. Aku boleh belasah dia," Kayaki menggenggam penumbuknya.

Ash hanya menggeleng. Tau benar perangai Kayaki ni.

Ash memandang tiga orang dari jauh sedang bergerak ke arah mereka. 2 lelaki dan 1 perempuan.

"Hakka?" kata Ash.

"Maaf kalau kami mengganggu, tapi kami nak cepat ni. Boleh tak kalian tolong kami?" Faeza meminta bantuan.

"Bantuan? Bantuan apa?" tanya Ash.

Zura menerangkan dari awal hingga akhir tentang musuh mereka tu. Akhwa.

"Oh, baby Hakka kena culik. Then kita nak kena selamatkan dialah ni. Emm lawan kita Akhwa. Anak buahnya mungkin boleh ditewaskan. Tapi ketuanya mungkin sukar sikit," terang Ash.

"Eh kau, pertarungan kita belum selesai," kata Kayaki apabila ternampak Hakka.

Hakka berundur ke belakang. Tanpa Bora, Hakka tiada sebarang kekuatan yang boleh dibanggakan.

"Eh Yaki? Apsal ada kat sini?" Faeza baru perasan wajah Yaki.

Pakaian Kayaki ketika ini amat buruk dan koyak sana sini persis orang gila.

Ash yang memakai spek mata hitam lantas membukanya. Faeza dan Zura tiada sebarang reaksi kerana tidak pernah berjumpa dengan Ash. Namun Hakkalah yang paling teruja sekali.

"Ayie?!" jerit Hakka.

"Kau memang lembap dari dulu Hakka. Hahaha, aku pakai spek pun kau tak boleh nak cam," perli Ayie.

"Bukan kau pergi bercuti ke?"

"Yela. Cuti duduk dalam rumah jela," Ayie loyar buruk.

"Maaf kalau ganggu persahabatan korang ni, apa jadi dengan Yaki?" tanya Faeza.

Ash menerangkan bahawa Kayaki menjadi begini disebabkan ketiadaan Fawa. Dia terlalu mencintai Fawa sehinggakan pada suatu hari dia hampir membunuh dirinya dengan menghantuk berulang kali kepalanya pada dinding.

"Kayaki jadi gila sejak hari tu. Ada masa dia matang, ada masa dia bengap. Akhwa banyak kali pergunakan dia dalam sesuatu urusan. Kayaki menghidap skizofrenia," terang Ayie panjang lebar.

"Kenapa kau ambil tau tentang Yaki ni Ayie?" tanya Hakka pelik.

"Aku kenal dia sejak kecil lagi. So kami memang dah rapat. Cuma sejak insiden tu je, perangai dia dah berubah. Dia punya memori pun lebih kurang sama dengan kau Hakka," usik Ayie.

"Belasah kau kang,"

"Hahaha, by the way, aku yang letakkan baby tu kat rumah kau Hakka,"

Hakka terkejut. Faeza lega. Jadi memang itu bukan anak Hakka rupanya. Yes ada peluang lagi! Gumam Faeza dalam hati.

"Laa, apsal kau buat camtu? Dahlah tak bagitau aku. Then pura-pura tak kenal baby tu masa aku bawa dia untuk first day sekolah tu. Pandai kau berlakon ek,"

"Kau tau ke siapa ibu dan ayahnya?" tanya Zura pula.

"Itu aku tak tau. Kayaki dapat daripada begnya masa dia sekolah kat SMK Tijuana. Tahun lepas.

"Puas kitorang menjaganya namun aku dan Yaki memang tak sesuai jadi ayah buat sementara waktu. Sebab tu aku kasi kau Hakka, maaflah aku curi senyap-senyap masuk dalam bilik kau ikut tingkap," terang Ayie sambil memohon maaf.

Hakka mencebik. Namun dia berasa bersyukur dengan kehadiran Bora yang sedikit sebanyak menceriakan hidupnya.

"Boleh kau bantu kitorang?" tanya Zura.

"Aku takkan tinggalkan Kayaki. Tapi aku akan sertai korang kalau Kayaki join juga,"

Sememangnya Hakka memerlukan seberapa banyak orang kuat yang boleh. Dia mesti bawa pulang Bora esok!

-----------------------------------------------------

"Waty, aku pun nak dukung dia," kata Feqa.

Bora masih lagi nyenyak. Nampaknya gas tidur Haira benar-benar kuat.

Haira masih dilanda resah. Apa benar tindakannya ini?

"Takyah fikir sangatlah Haira, kita dah dapat bayi ni dah," ujar Waty.

Mereka perlu berikan Bora kepada Akhwa petang nanti. Itulah perjanjiannya jika mereka tidak mahu tercedera.

"Kau risau si Azra akan menyerang kita? Kita dah ada baby ni dah beb. Kita boleh tumpaskan dia," Waty bercakap dengan nada yang bongkak.

Haira masih lagi diam seribu bahasa. Tiada jaminan bahawa mereka akan menang menentang Azra.

"Maaf mengganggu, tapi aku nak baby tu balik boleh?" Azra muncul dari tepi pintu rumah Waty yang tidak bertutup itu.

"Bukan kau kata petang ke? Sekarang baru pukul 10, nanti aku bagilah," herdik Feqa.

Azra mengeluh sebelum menyambung katanya.

"Akhwa nak sekarang, aku tak boleh buat apa. Kalau kau tak nak kasi juga, aku akan ambil secara paksa,"

Waty yang sedang mendukung bayi tersebut lantas menyuruh mereka senyap.

"Shhhh..."

"Haih, aku dah bagi korang peluang untuk pegang, kau nak ambil dia pula. Bukan senang tau nak pujuk Akhwa supaya kasi korang jaga untuk sehari," kata Akhwa.

"Sebelum tu bagitau kami, apa yang Akhwa nak buat dengan baby ni? Takkanlah dia tak cukup kuat lagi?" tanya Haira.

"Fikir aku tau. Aku dengar perkataan tawan bandar je. Maybe dia nak tawan bandar ni? Untuk apa aku tak tau dan tak nak tau," terang Azra.

"Sekarang....Boleh serahkan baby tu?" Azra bersiap sedia untuk berlawan.

Bora yang sedang lena kini terjaga akhirnya.

"Huuu...Babababa," Bora masih mamai.

"Budak, naik atas aku," arah Waty.

Bora terus naik ke belakang Waty. Sangkanya Hakka kerana dia masih dalam keadaan mamai.

"Cis," Azra mula menyerang Waty.

Haira menendang Azra di perut sehingga dia jatuh. Tak sangka Haira akan melawan semula.

Feqa mengeluarkan pembaris besinya yang kini lebih keras berbanding dahulu. Feqa menyerang Azra tanpa henti.

Waty dapat merasakan sesuatu mengalir di dalam badannya. Akhirnya, aku sudah jadi kuat!

Feqa ditendang. Dia terduduk atas tanah. Sepakan Azra sungguh kuat.

Haira mula menyerang Azra. Segala ilmu yang pernah dipelajari dari Faeza dia keluarkan.

Namun serangan demi serangan berjaya dipatahkan oleh Azra dengan mudah. Giliran Haira pula ditendang.

Azra tidak sempat mengelak tamparan daripada Waty. Darah mula keluar daripada mulut Azra. Baru tampar tapi sudah begitu kuat.

Azra cuba mengelak serangan Waty tapi hampa. Waty lebih kuat bersama Bora. Nampaknya Azra perlu gunakan tekniknya!

"Teknik Pembawa Maut: Potongan Daun!" jerit Azra.

Waty terkejut kerana Azra lebih tangkas.

Boom!

Waty tersembam ke tanah. Azra tercungap-cungap.

"Boooowaaa...Raa," Bora lapar.

"Kamu lapar ye? Jom ikut aku," Azra mengambil Bora lalu beredar dari situ meninggalkan Haira, Feqa dan Waty yang rebah di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience