BAB 22

Action Completed 2194

-Hari ketujuh-

"Kau tak risau ke Hakka? Esok lelaki bertopeng tu akan datang ambil bayi ni," kata Asfad sedikit risau.

"Booo....Aakakaya," Bora kata tak perlu risau.

"Betul kata Bora. Tak yah risau pun. Lelaki bertopeng ke, lelaki bertoceng ke, aku akan hantar dia melayang dengan tumbukan aku," kata Hakka penuh yakin.

Lupa pula Asfad Hakka seorang yang degil.

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Hakka dan Asfad berkumpul di tempat latihan Faeza. Atau lebih tepat, rumah Faeza. Hakka tidak mahu melibatkan keluarganya. Sebab itu dia ke sini.

"Kita ada 6 jam tinggal. Haira, kau bawa kan bom asap tu?" tanya Faeza.

"Bawa," jawab Haira ringkas.

Haira, Feqa dan Waty berkumpul bersama. Asfad hanya berada di dalam rumah Faeza. Tidak akan keluar bertarung kerana dia seorang yang lemah. Waty dan Feqa jauh lebih kuat darinya.

Masing-masing mempersiapkan diri. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam.

Hakka masih lagi boleh bergurau senda dengan Bora.

Selama mereka tunggu itulah jam terus berdetik. Menunjukkan pukul 8..Kemudiannya 9....selepas itu 10...Dan akhirnya 11.

Faeza sudah memanaskan badannya. Ayahnya, Fakari pulang awal pagi esok atas urusan kerja. Memang sinilah tempat yang paling sesuai untuk Faeza bertarung.

Jam sudah menunjukkan 11.45. 15 minit saja sebelum apa-apa berlaku. Hakka kini sudah berada di tempat latihan Faeza. Tempat latihan Faeza terletak hanya di sebelah rumahnya. Mudah untuk ulang-alik.

"Buuu....Yaa," Bora lapar.

"Alamak, kau nak makan ke? Faeza, aku masuk dalam rumah kau kejap. Nak kasi Bora makan," kata Hakka sebelum berlalu pergi.

"Cepat sikit Hakka. Kita tak ada banyak masa," pesan Faeza.

Waty dan Feqa sudah bersiap sedia di atas pokok. Haira berada di sebelah Faeza.

"Tak sangka kan...Kami akan bekerjasama dengan kau," kata Haira.

"Baguslah tu kan? Kita akan lagi saling mempercayai antara satu sama lain. Mungkin boleh jadi kawan," kata Faeza sambil tersenyum. Kecantikannya terserlah apabila dia senyum.

Haira hanya mengangguk. Memikirkan semula apakah tindakan yang akan dilakukan olehnya.

11.55. Tinggal 5 minit saja. Hakka dan Bora masih belum muncul.

"Haira, kau pergi panggil Hakka,"

Haira hanya menuruti tanpa membantah.

Setibanya Haira di rumah Faeza, kelihatan Asfad sedang menunjukkan Hakka dan Bora yang sedang tidur.

"Wei Hakka, kata 1 minit je tidur. Penipu betul," geram Asfad.

Haira juga cuba untuk mengejutkan Hakka namun yang bangun hanyalah Bora.

"Taa?" Bora mamai.

Haira tiada pilihan melainkan menggunakan sedikit kekerasan.

"Tepi Fad," kata Haira.

Asfad ketepi. Ingin melihat apa yang akan dilakukan oleh Haira.

Haira mengangkat kakinya tinggi-tinggi sebelum mendarat di atas "ehem-ehem" Hakka selama 1 saat sahaja.

"Waaaargh," Hakka menjerit kesakitan. Memang mujarab tekniknya.

"Aduh, kau buat apa?" tanya Hakka geram.

"Buat apa? Kau nak Bora kena culik ke? Cepat ikut aku," pesan Haira.

"Jom Bora, nak tidur pun tak senang," Hakka merungut.

Asfad hanya memandang kasihan terhadap Hakka. Pasti senak tu!

11.59. Seminit sahaja lagi.

"Faeza, Hakka dah datang," kata Haira.

Faeza memandang Hakka yang jalan terkepit-kepit.

"Kau kenapa jalan camtu?" tanya Faeza.

"Takde apalah," Hakka tak nak beritahu. Ini melibatkan soal maruah dia.

Faeza tidak mahu bertanya lanjut. Hanya bersiap sedia.

"Bom asap ready Haira?"

"Sudah,"

Jam menunjukkan pukul 12. Faeza lebih berhati-hati kali ini.

Secara tidak semena-mena Haira sudah membaling bom asapnya. Musuh sudah munculkah? Gumam Faeza dalam hati.

"Akaaayaaya," Bora tak suka asap.

"Bertahan Bora. Kita akan letupkan kepala musuh," ujar Hakka memberikan semangat kepada Bora untuk terus bertahan.

"Letupkan? Takutnya," suara misteri menyapa gegendang telinga Hakka. Hakka terkejut. Bunyi tu datang dari arah belakangnya.

"Siapa tu?" tanya Hakka. Seakan-akan suara seorang perempuan.

Hakka cuba untuk menumbuk secara rambang. Namun disebabkan asap yang terlalu tebal, tumbukan Hakka tidak mengena.

"Faeza, kau boleh dengar tak?" jerit Hakka.

Tiada respon.

Hakka semakin tak menentu. Kelihatan asap ini bukan sembarangan asap. Hakka merasakan ada seseorang cuba menumbuk dari sebelahnya. Hakka dapat mengelak dengan mudah.

"Haira, ni asap apa?" jerit Hakka sambil cuba untuk menutup hidungnya.

"Yaa," Bora semakin mengantuk akibat asap tersebut.

"Bora? Gas tidur ke ni?" bisik Hakka.

Asap terlalu tebal. Hakka tidak dapat berbuat apa-apa. Hakka kembali berundur ke dalam rumah Faeza. Namun pintunya terkunci.

"Fad, buka pintu ni!" jerit Hakka dari luar.

"Nak ke mana tu Hakka?" seseorang menyapa dari belakangnya lagi.

Hakka cuba menumbuknya. Tiada siapa di situ. Hakka semakin buntu. Apa yang sudah terjadi pada Faeza dan Haira?

Bertahan Bora. Gumam Hakka.

Hakka cuba untuk memanjat satu pokok yang besar namun kakinya ditarik oleh seseorang. Hakka terjatuh.

Hakka bangun semula. Namun dirasakan badannya sedikit ringan. Hakka melihat ke belakang. Bora sudah hilang.

"BORA!" jerit Hakka sekuat hati.

Badan Hakka ditumbuk oleh seseorang dengan kuat. Hakka terus terduduk.

Sial. Sial. Sial. Carut Hakka dalam hati.

Kata Haira asap ni cuma bertahan selama 3 minit, namun asap ini sudah melebihi had.

Hakka berasa semakin mengantuk. Matanya amat berat ketika ini.

"Bora, Bora," panggil Hakka sebelum gas tidur tadi hilang secara perlahan-lahan.

Hakka terbaring. Dilihatnya di hadapan ada sesosok tubuh wanita yang dikenalinya sedang memegang bayi tersebut.

"Haira?" tanya Hakka sedikit lemah.

Dilihatnya juga Faeza sudah terbaring di hadapannya.

"Maafkan aku Hakka,"

Perlahan-lahan kelopak mata Hakka terkatup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience