BAB 13

Action Completed 2194

Faeza berunding dengan Yaki. Yaki tidak mengenali Faeza. Sangkanya Zura yang datang. Yaki merasakan suatu aura yang kuat pada Faeza. Sama seperti Hakka. Melihatkan ramai anak buahnya yang tumbang, Yaki berfikir dua kali sebelum membuat sebarang keputusan.

"Macam mana? Nak teruskan juga esok?" Faeza bertanya. Kedengaran agak tegas.
Ini menandakan Faeza tidak bergurau.

Yaki akhirnya akur dengan kehendak Faeza. Hari ini saja Yaki dikejutkan dengan dua muka baharu yang agak berbahaya. Satu lelaki dan satu perempuan. Yang dimaksudkan adalah Hakka dan Faeza. Bagaimana mereka boleh menjadi pencabar utama untuk sekolah masing-masing? Jarang Zura menghantar anak buahnya kerana dia sendiri tidak yakin dengan kekuatan mereka semasa berlawan. Namun pada hari ini, Zura melakukan keputusan yang drastik dengan menghantar seorang muka baharu, Faeza bagi melakukan rundingan. Ini bermakna Faeza juga merupakan pelajar yang agak kuat di ST.HARMY. Esok tidak akan ada sebarang peperangan! Yaki secara tiba-tiba menjadi tidak yakin dengan keputusan sendiri. Dia berasa risau! Penyakitnya kembali semula.

Maka, hari-hari seterusnya berlalu seperti biasa. Para pelajar ada tempoh seminggu saja lagi sebelum cuti panjang penggal pertama untuk dua minggu. Yaki, tidak menghadiri ke sekolah untuk tempoh 3 hari selepas bersemuka dengan Hakka dan Faeza tempoh hari. Raka mengambil alih untuk seketika. Bosnya sering kali tidak hadir ke sekolah. Boleh dikira dengan jari. 2 kali seminggu atau sekali seminggu dia akan hadir ke sekolah. Katanya dia ada urusan peribadi. Raka tidak mahu bertanya lebih lanjut.

Akhwa tidak jadi menghantar anak buahnya ke ST.JORAV kerana telah dibatalkan. Akhwa memahami perkara yang sedang berlaku dari awal hingga akhir.

"Hakka, aku tau rahsia kekuatan kau," bisik Akhwa. Hanya dia yang mengetahui kekuatan Hakka.

----------------------------------------------------

Sofea dan Haiyani makan bersama-sama dengan Faeza di pondok yang usang. Pembuli-pembuli dan gengster yang ada di sekolah itu sudah semakin berkurangan ekoran Faeza yang bekerjasama dengan Zura.

"Esok last sekolah. Then cuti dua minggu. Korang ada rancang apa-apa aktiviti ke time tu? tanya Faeza.

"Aku pergi bercuti dengan family aku kat Paris nanti. Lusa ni bertolak," Sofea bersuara dahulu.

"Aku pula nak melawat rumah nenek aku. Setiap kali cuti panjang memang aku akan balik melawat nenek," Haiyani memberikan jawapannya.

Faeza tersenyum mendengarkan aktiviti mereka berdua.

"Kau pula?" Sofea dan Haiyani tanya serentak.

"Err, aku nak praktis. Nak mahirkan beberapa ilmu lagi," kata Faeza.

Sofea dan Haiyani sudah dapat mengagak. Orang macam Faeza mesti kurang bersosial dengan dunia luar kerana asyik terperuk dalam rumah.

"Err Faeza, boleh aku tanya sesuatu?" Sofea meminta izin.

"Ya?"

"Kenapa kau sertai dengan Kak Zura? I mean...Ketua?" Sofea bertanya.

Faeza hanya diam. Bukannya tidak tahu nak jawab apa tetapi belum bersedia memberikan sebarang jawapan. Namun disebabkan kawannya sudah bertanya, Faeza memberikan jawapan separuh.

"Nak hentikan pembuli dan gengster kat sekolah ni je," jawab Faeza ringkas.

Sofea dan Haiyani faham. Mereka tidak bertanya lagi. Mujurlah mereka tidak menanyakan dengan lebih terperinci lagi.

Pada waktu yang sama, di dalam kelas...

"Mana boleh!" bantah Feqa.

"Ketua dah cakap camtu. Kau nak buat apa?" balas Haira semula.

"Kau tak tau ke apa dia dah buat kat Waty? Waty jadi tak siuman kau tau?!" marah Feqa.

Kebenciannya terhadap Faeza semakin meluak-luak. Punyalah bermacam-macam cara dia buat untuk menyertai dengan Zura, tapi Faeza hanya perlu bercakap dengannya dan dia sah menjadi sebahagiannya.

"Aku memang bengang dia dapat dengan cara camtu. Tapi aku lagi bengang tentang apa yang dia buat pada Waty! Kau takde rasa kasihan ke kat Waty? Kita patut balas dendam!"

"Walaupun begitu, kita tak setanding dengan Faeza. Kekuatan Faeza lebih kurang sama dengan ketua kau tau," Haira cuba menenangkan Feqa.

"Ilmu dia, ketangkasan dia, kekuatan dia, semuanya berada di atas kita. Kita masih belum berada di tahap dia," sambung Haira lagi.

Feqa menendang kerusi dan meja yang ada di sekitarnya bagi melepaskan segala geram dan kemarahan.

"Aku dengar ada seorang budak lelaki dari ST.JORAV yang jadi kuat secara tiba-tiba sedangkan asalnya dia lemah dan pengecut. Apa kata kita tanya dia?" cadang Haira.

Feqa juga ada mendengar khabar angin tersebut. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat pula dipastikan.

"Esok kita kena tanya,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience