BAB 16

Action Completed 2194

"Teruknya muka kau Hakka. Ingatkan kuat, hahahaha," gelak Asfad.

"Diamlah! Cekik kau kang," marah Hakka.

"Taa..Baba..Roo...Aakaa..Ya," Bora pun marah.

Hakka teringatkan peristiwa sebentar tadi. Sangkanya dia sudah buat Azra melayang namun dia sendiri yang tumbang. Tumbukannya seperti lemah semula.

"Kenapa aku boleh jadi lemah balik eh Fad? Kau ada sebab tak?" Hakka cuba mengorek rahsia kekuatannya sendiri.

"Aku pun pelik. Tapi kau tumbuk Yaki yang paling kuat kat sekolah tu pun dia boleh menggigil. Sekarang ni tiba-tiba pula kau lembik,"

Hakka masih lagi cuba mencari puncanya.

"Baaa...Taa..Booo...aayaaa," Bora syok sendiri.

Asfad memandang Bora. Kemudian memandang Hakka. Sekali lagi dia memandang Bora dan selepas itu Hakka semula. Berkali-kali juga dia buat macam tu sebelum dia berjaya membuat satu kesimpulan.

"Aku tau!" jerit Asfad.

"Shhh jangan bising sangat. Nanti mak aku dengar." bisik Hakka.

"Okey okey. Macam ni, aku rasakan...kau jadi kuat sebab dia," Asfad menunjukkan jari ke arah Bora.

"Aabaaa?" Bora pelik kerana jari Asfad menunjuk ke arahnya.

"Betul juga tu. Tapi takkanlah budak kecil biasa camtu puncanya. Susahlah nak percaya," Hakka masih lagi susah nak percaya.

Asfad mendapat idea. Diambilnya sebuah kotak kasut dari bawah katil Hakka lalu menyuruhnya untuk mengoyakkan kotak tersebut.

Seperti yang dijangka, Hakka tidak dapat melakukannya.

"Sekarang ni, kau cuba koyakkan dengan Bora ada kat belakang kau," Asfad menyuruhnya.

Hakka kemudiannya menyuruh Bora menaiki di belakangnya. Hakka bersiap sedia untuk mengoyakkan kotak tersebut.

"Yaaargh!"

Hakka berjaya mengoyakkannya kepada beberapa lapisan yang kecil. Benarlah kata Asfad. Bora adalah puncanya.

"Kan? Aku dah cakap kan?"

Hakka akhirnya mengetahui rahsia kekuatannya. Terima kasih kepada Asfad kerana memberitahunya.

"Bora, kau akan ikut aku ke mana sahaja," ujar Hakka pada Bora.

Bora mengangguk. Ertinya dia faham apa yang Hakka cakapkan.

Dari sebalik pintu abangnya, Kunira, adik kepada Hakka dapat mendengar kesemuanya dengan jelas!

-------------------------------------------------------

"Akhirnya kita tak tau siapa pun," Feqa berasa kecewa.

"Tapi aku dah check, yang hensem kat situ lelaki yang kena belasah tadi tu je," Haira membuat kesimpulan.

Haira masih lagi kurang percaya dengan apa yang terjadi. Kalau dia lemah, kenapa dia nak lawan juga? Tunjuk berani? Dicabar?

Feqa yang melihatkan Haira berfikir sebentar tadi cepat-cepat mengusiknya.

"Ooooh, ingatkan lelaki hensem tadi tu ye?"

Muka Haira naik merah.

"Ma..Mana ada! Sukati kau je!" Haira mengetuk kepala Feqa kerana bercakap sesuka hati.

"Adoi sakitlah,"

Haira berjalan semakin laju meninggalkan Feqa. Mukanya semakin panas. Walaupun mempunyai wajah yang anggun, namun disebabkan sifat Haira yang ganas, tiada lelaki yang berani mendekatinya apatah lagi menyukainya.

Betul ke lelaki tadi orang yang kami cari selama ni? Getus Haira dalam hati.

--------------------------------------------------

Faeza tidak dapat tidur akibat memikirkan nasib Hakka sebentar tadi. Faeza juga tertanya-tanya mengapa Hakka berbuat demikian. Hakka sudah menjadi berani tetapi tidak menjadi kuat. Faeza tidak dapat melupakan apa yang telah berlaku petang tadi.

"Tak tidur lagi Faeza?" Ayahnya memanggil dari luar.

Ayahnya memang mempunyai instinct yang hebat. Segala ilmu pertahanan diri Faeza mempelajarinya daripada ayahnya sendiri.

"Belum yah," Faeza bangkit daripada katilnya menuju ke ruang tamu.

"Jarang anak ayah tidur lewat ni, apa yang dipikirkan tu?" tanya Fakari.

"Takde apalah yah. Biasalah sekolah dengan budak-budak nakal,"

"Faeza ada sukakan seseorang ke?" Fakari dapat menebak.

"Bu..Bukanlah," Faeza malu-malu kemudian masuk ke dalam biliknya semula.

Fakari hanya menggeleng-gelengkan kepala.

"Sifat sebenar kamu memang jelas kelihatan apabila soal hati. Dan itu jugalah yang menjadikan kelemahan terbesar kamu," bisik Fakari.

---------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience