BAB 9

Action Completed 2194

Waktu persekolahan sudah pun tiba. Isnin. Semua pelajar akan bersekolah seperti biasa. Tiada cuti khas.

"Kak Zura, ada orang nak jumpa," Haira meminta izin.

"Oh? Ada tetamu. Ok silakan," Zura mempelawa.

Faeza berjalan perlahan-lahan melepasi kira-kira 40 orang anak buah yang berkumpul di depan bilik ketua! Kak Zura. Faeza membuka pintu sambil menunjukkan mukanya yang garang.

"Faeza. Nama yang sedang melonjak naik di sekolah ni. Sangat berbakat dalam seni mempertahankan diri. Kekuatan juga amat luar biasa. Boleh saya tahu apa hajat kamu ke sini?" Kak Zura bertanya.

"Apa syarat perjanjian mengarut yang kau dengan ST.JORAV dah buat?" tanya Faeza dengan tegas.

Haira terkejut cara Faeza bercakap dengan ketuanya. Belum pernah lagi ada yang berani berkata sedemikian.

"Emm? Perjanjian? Maksud kau? Perjanjian perdamaian?" Kak Zura berpura-pura tidak mengerti.

"Ya, kenapa kami tak boleh berbual pula?"

Kak Zura bangkit daripada kerusinya dengan lemah lembut.

"Fawa, student kat sekolah ni. Telah jatuh cinta dengan seorang lelaki di ST.JORAV bernama Kayaki. Kira-kira 3 tahun lepas," Kak Zura menerangkan dengan lebih lanjut.

"Mereka berdua berkenalan apabila terlanggar antara satu sama lain semasa berada di taman permainan. Start dari situ, mereka mula berbual dan akhirnya jatuh cinta.

"Harmy, pemilik sekolah ni, juga student sekolah ni. Tidak melarang perkara tersebut asalkan tidak mencetuskan huru-hara dalam kalangan pelajar. Begitu juga dengan Jorav. Mereka berdua bersikap terbuka.

"Sehinggalah satu hari, Kayaki dan Fawa bergaduh. Fawa mengatakan Kayaki berlaku curang. Kayaki cuba membela dirinya. Namun Fawa tidak mempercayainya. Fawa berasa sungguh sedih dan kecewa kerana dikhianati oleh Kayaki.

Faeza mendengar dengan tekun.

"Sehinggalah Fawa tidak hadir ke sekolah untuk beberapa hari. Aku, Harmy dan beberapa student lain melawatnya di rumah. Kalaulah kami mengetahuinya dengan lebih awal....." Kak Zura berhenti seketika.

"Apa yang berlaku?" Faeza tidak sabar mngetahui penghujung ceritanya.

"Fawa menggantung dirinya di siling. Ibu
bapanya ketika itu bercuti di luar negara. Dia merupakan anak tunggal. Kami membaca notanya sebelum dia digantung, dia mengatakan semuanya adalah disebabkan Kayaki.

"Waktu itulah Harmy sedar, ST.JORAV adalah puncanya," Kak Zura menjelaskan lebih lanjut.

"Then, apa berlaku?" tanya Faeza.

Kak Zura mengangkat kening kanannya sebelum bersuara.

"Harmy melancarkan serangan. Ramai yang cedera parah. Ada juga yang maut tetapi Jorav berkeras untuk berunding. Katanya Kayaki tidak bersalah. Ini semua adalah salah faham. Mereka berdua tidak mencapai kesefahaman."

Kak Zura menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyambung ceritanya.

"What happen next?"


******

-3 tahun lepas-

"Fawa!" Zura nenjerit nama Fawa yang sudah tidak bernyawa itu.

Harmy membawa turun Fawa. Harmy memeriksa nadinya namun seperti yang dijangka, tiada sebarang denyutan.

"Kita terlewat 3 hari. Dia mati kelmarin," ujar Harmy.

Zura berasa kecewa kerana tidak sempat menyelamatkan Fawa. Kalaulah dia menghalang Fawa daripada bergaul dengan Kayaki, semua ini tidak akan berlaku!

Kekwa membaca nota yang ditinggalkan oleh Fawa.

"Ke hadapan Kayaki, apa yang kau telah buat selama ni memang melukakan hati aku. Aku sangkakan kau lelaki yang baik, tapi kenapa kau..kau curang...," Kekwa berhenti seketika sebelum membaca perenggan yang lain.

"Aku sendiri nampak kau dengan perempuan lain. Jangan nak menipu aku. Aku tau semuanya. Sampai hati kau. Mungkin aku bukan yang terbaik untuk kau. Maafkan aku tapi aku akan pergi dari hidup kau untuk.....SELAMANYA," Kekwa menoktahkan ayatnya. Itulah penghujung nota yang ditinggalkan oleh Fawa.

Harmy yang mendengarnya segera bangkit dari situ.

"Kita tanam dia petang ni nanti. Esok kumpulkan geng yang lain, kita akan adakan mesyuarat tergempar," ujar Harmy dalam keadaan berang.

Zura dan Kekwa memahami maksudnya. War!

Esoknya...

,"Zura, Kekwa, Masturi, Syajiyah dan Laila, kumpulkan seberapa banyak anak buah yang korang ada. Esok pagi kita akan serang ST.JORAV," Harmy memberikan arahan.

Mereka berlima terkejut mendengarnya. Sudah lama mereka tidak pernah berlawan dengan mana-mana lelaki. Yang paling teruja hanyalah Laila.

Laila ketika itu berumur 17 tahun, wanita kedua terkuat selepas Harmy. Tidak membantah segala arahan yang diberikan oleh Harmy.

"Kita tak nak berunding dengan Jorav ke? Mana tau ini semua salah faham," Syajiyah cuba membantah.

"Tiada rundingan kalau sudah melibatkan nyawa," Harmy bersuara semula. Tegas nadanya.


******

"Wei, ada ramai pelajar perempuan berkumpul di sekolah kita. Apa yang mereka nak time cuti-cuti gini ni?" Raka berasa hairan.

Walaupun sedang berlangsungnya cuti sekolah, namun para pelajar ST.JORAV akan berkumpul juga di sekolah. Namun kelibat perempuan di luar pagar sekolah dengan bilangan yang ramai, pastinya bukan satu petanda yang baik.

"Jorav, bagaimana ni? Kayaki dah menghilangkan diri. Dia tak nak bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku," Gaider ingin mendengarkan arahan Jorav.

"Sebastian, Tora, Gaider dan James, aku nak korang dapatkan seberapa banyak anak buah yang boleh. Walaupun mereka perempuan, keupayaannya kita tak boleh nak pandang rendah," pesan Jorav.

Harmy menyerbu masuk ke dalam pagar sekolah yang tidak berkunci. Dijeritnya nama Jorav berulang-ulang kali.

"Jorav! Jorav! Jorav! Keluarlah kau!"

Jorav dan beberapa konconya mula berkumpul secara beramai-ramai di hadapan Harmy.

"Harmy, dengar sini. Kekerasan bukanlah jalan penyelesaiannya. Mari kita bertenang dan bawa berbincang," Jorav cuba menenangkan situasi.

"Mana budak bernama Kayaki tu? Aku nak jumpa dia," Harmy tidak mempedulikan tawaran Jorav.

"Dia tidak ada di sini. Dia ada cakap dengan aku yang semuanya adalah salah faham,"

"Tak guna! Nyawa kawan aku terpaksa jadi korbannya kalau bukan sebab budak bernama Kayaki tu! Sekarang ni mana dia?!" Harmy sudah mula hilang sabar.

"Begini, aku cadang supaya-" belum sempat Jorav menghabiskan ayatnya Harmy telah melontarkan seketul batu kecil ke arahnya.

Situasi semakin tegang. Gaider, Tora, James dan Sebastian terkejut melihat pergerakan pantas Harmy yang melontar seketul batu kecil pada kelajuan yang amat laju!

"Nyaris betul," bisik Jorav.

Tangannya menangkap seketul batu kecil. Memang tidak dapat dinafikan, Jorav sememangnya layak memimpin sekolah ini.

"Serahkan Kayaki atau kami tidak akan berlembut," Harmy memberikan amaran keras.

Tora merasakan wanita bernama Harmy ini sungguh berbahaya walaupun dia lelaki ketiga terkuat di ST.JORAV.

"1..," Harmy mula mengira.

Jorav masih lagi cuba memujuk agar dapat berbincang dengan baik.

"2"

Semua ahli masing-masing mempersiapkan diri.

"3"
"Korang, serang!" Harmy memberikan arahan.

Tanpa ditangguh lagi, pertarungan pun bermula. Pertarungan ini bakal menunjukkan siapa yang paling berkuasa di Bandar Jormy.

Harmy seakan-akan tiada masalah menentang Tora dan anak buahnya. Kesemuanya tewas! Manakala Jorav berjaya menewaskan Syajirah dan anak buahnya dalam masa yang singkat!

Pertarungan semakin sengit, satu-satu tumbang.

"Zura. Mari kita berlawan," pelawa Gaider.

Zura dengan senang hati menerima cabaran tersebut. Inilah masa yang sesuai untuk Zura menunjukkan kehebatannya.

Tumbukan silih ganti ke arah Zura berjaya ditepis. Nampaknya Gaider bukanlah lawan yang susah bagi Zura.

2 jam berlalu, bilangan ahli semakin berkurang. Ada yang cedera parah dan pengsan. Yang berdiri hanyalah Jorav, James, Sebastian, Harmy, Laila dan Zura. Selebihnya sudah tewas!

"Dengarlah sini Harmy, Kayaki tidak bersalah. Ini semua salah faham. Mari kita berunding!" Jorav masih cuba untuk memujuk.

"Laila, kau urus si James," arah Harmy.

James merupakan lelaki keempat terkuat. Melihatkan Tora tewas, James seperti tiada keyakinan untuk menang.

"Harmy!" Jorav menjerit.

"Aku akan ikut segala cakap kau. Tapi lepaskan anak buah aku. Mari kita berunding,"

Harmy memikirkan semula tawaran tersebut. Apa saja?

"Aku boleh tetapkan satu perjanjian perdamaian antara kita berdasarkan syarat-syarat kau sendiri. Kalau kau tak nak kami berbual dengan korang pun tiada masalah. Kami akan ikut,"

"Baiklah kalau begitu," Harmy akhirnya bersetuju.

James dan Sebastian terselamat daripada ditewaskan oleh perempuan. Sebastian merupakan lelaki keenam terkuat. Pastinya pertarungan tidak akan memihak kepada mereka kerana lawannya itu sungguh hebat.

Pada malam berdarah itu jugalah, satu perjanjian termeterai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience