BAB 17

Action Completed 2194

Maka cuti persekolahan pun bermula, ada yang bercuti, ada yang menuntut ilmu, ada yang goyang-goyang kaki. Ada juga yang tak nak cuti tapi pergi sekolah buat macam sekolah bapanya sendiri.

Hakka hanya bermain permainan video di dalam rumahnya bersama Bora. Asfad bercuti bersama keluarganya di Hawaii selama 5 hari. Ayie sudah pun melancong ke luar negara sejak semalam. Tak tau bila dia mau pulang.

"Gol! 7-0! Hahaha," Hakka menjerit kegembiraan.

Bora main gerak saja. Tidak tahu untuk kawal.

"Aaataaa yayaya...," Bora geram kerana kalah.

Sudah 10 pusingan mereka bermain. Kesemuanya dimenangi oleh Hakka dengan mudah.

"Satu lagi pusingan jom," ajak Hakka.

"Akakaka...baaa..Yayaaa," Bora menyahut cabaran.

Tok tok!

Rumah Hakka diketuk oleh seseorang. Ibu bapanya melawat ke rumah sepupunya kecuali Kunira dan Hakka yang tidak mahu ikut. Kunira keluar rumah melepak di rumah kawannya. Maka tinggallah Hakka dan Bora sahaja di dalam rumah.

Hakka melihat dari tingkapnya. Tiada sesiapa pun di depan pintu. Hakka malas berfikir lalu sambung bermain Fifa dengan Bora.

Tok tok!

Sekali lagi pintu rumah Hakka diketuk. Rasanya seperti ada seseorang yang sengaja mempermainkannya.

"Bora, naik atas badan. Kita akan check siapa kat luar," kata Hakka.

Bora menaiki badan Hakka tanpa bantahan.

"Baaaa...Raaa...Aataaayyaa..,"

Tok tok!

Sekali lagi pintu diketuk. Hakka menuju perlahan-lahan ke arah pintu. Hakka memegang tombol pintu dan bersiap sedia untuk membukanya.

"Ready Bora?"

"Ayaaayaya," jawab Bora.

Hakka menunggu ketukan yang seterusnya baru dia membuka pintu. Pada waktu petang begini pun kena kacau.

Tok tok!

Tanpa berlengah lagi Hakka terus membuka pintunya dengan pantas. Namun Hakka tidak dapat mengesan sesiapa. Luar rumahnya kosong! Siapa yang mengetuknya sebentar tadi?

Hakka masih memerhatikan keadaan persekitarannya.

Tiada apa-apa pun.

Hakka merasakan ada mata-mata yang memerhatikannya. Tapi tidak tau di mana.

"Bora, kita keluar jalan-jalan jom,"

"Aiiiyayaya...kaaa,"

Hakka menguncikan pintunya sebelum keluar. Dengan cara ini, Hakka lebih mudah untuk mengesan orang yang mengekorinya.

Hakka berjalan bersama Bora menuju ke taman permainan. Namun tidak ada sebarang pergerakan yang mencurigakan. Hakka masih mengawasi.

"Akaaa...Yayaya...Taaa," Bora menunjuk sesuatu pada semak samun yang berada di hadapan Hakka.

Hakka juga merasakan ada sesuatu yang mencurigakan pada semak samun tersebut. Hakka menghampirinya secara senyap-senyap.

Hakka kemudian menyelak semak tersebut. Tiada sesiapa pun di situ. Orang awam yang berada di taman tersebut memandang curiga terhadap Hakka.

Hakka kemudian duduk di atas sebuah bangku yang disediakan di taman permainan tersebut. Sebelahnya ada seorang wanita cantik.

"Huwaaa," Hakka dan Bora menguap serentak.

"Uhm, hai," tegur wanita di sebelahnya.

Hakka memandang ke sebelahnya. Ada seorang wanita. Tapi Hakka tidak dapat mengecam bahawa wanita tersebut adalah Faeza.

"Kenal aku tak?" tanya Faeza.

Hakka cuba memikir semula. Sepertinya pernah berjumpa. Tetapi dia tidak dapat ingat. Hakka mempunyai memori seperti ikan emas.

"Akaaa...Dadada....Yaaa,"

"Saya Faezalah. Takkan lupa kut? Saya pernah ajak awak berlatih kat atas bukit tu minggu lepas. Ingat tak?" tanya Faeza lagi.

"Oooo awak rupanya. Ingat-ingat. Patutlah macam pernah jumpa," kata Hakka dalam nada yang tak bersalah.

Pada waktu petang itu Hakka dan Faeza berbual untuk tempoh yang lama. Biasa untuk Hakka tapi special untuk Faeza. Waaaah! Getus Faeza dalam hati.

Haira yang melihat kemesraan mereka berdua dari jauh terus merasakan cemburu. Kawannya, Feqa melawat Waty pada waktu itu meninggalkan Haira keseorangan di taman tersebut.

"Oh nak tanya. Kau ke yang ketuk pintu rumah aku tadi?" tanya Hakka sedikit serius.

"Huh? Tak adalah. Saya kat taman je dari tadi," sangkal Faeza.

Pelik. Pintu tak akan berbunyi dengan sendiri kalau tiada siapa yang ketuk. Argh lupakanlah. Maybe aku banyak berfikir.

"Bora, kau nak main taman permainan tak?"

"Ayayayaya...Atatata," jawab Bora nak.

"Alright, jom main buaian,"

"Saya pergi dulu ye," kata Hakka kepada Faeza.

Faeza hanya tersenyum. Dilihatnya Hakka bermain buaian bersama Bora. Seperti ayah dan anak. Anak? Hakka dah kahwin ke? Faeza baru terfikir. Terasa sedikit gelisah di kalbunya.

"Yaaaa...Kabababooo," Bora meminta buainnya dilajukan.

"Of course! Pegang kuat-kuat!" pesan Hakka sebelum membuaikan Bora dengan lebih laju.

Dua wanita berbeza memandang Hakka dengan satu rasa yang sama. Cinta!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience