BAB 3

Action Completed 2194

Sudah 4 bulan Faeza bersekolah di ST. HARMY. Sekolah ini hanya untuk para pelajar perempuan dan terletak hanya bersebelahan dengan ST. JORAV. Padang di sekolah itu hanya ada satu. Dalam erti kata lain, kedua-dua buah sekolah tersebut terpaksa berkongsi padang.

Faeza, berumur 16 tahun mempunyai ketangkasan yang menakjubkan. Dia persis seorang atlet. Sejak dia berpindah masuk ke sekolah ST. HARMY, dia telah menjadi sungguh popular dikalangan pelajar. Banyak ilmu pertahanan diri yang telah dikuasai oleh Faeza misalnya karate.

Namun begitu, ST. HARMY juga tidak punya banyak bezanya daripada ST. JORAV. Pelajar di situ juga mempunyai kelakuan yang hampir sama dengan pelajar dari ST. JORAV. Cumanya apabila perempuan bergaduh dengan perempuan, memang tidak akan berakhir.

Faeza sedar akan masalah yang melanda di sekolah ST. HARMY dan disebabkan itulah, dia telah menguasai pelbagai ilmu pertahanan diri. Seperti di ST. JORAV, sekolah ini juga mempunyai pelajar perempuan yang terkuat.

"Faeza, jom makan dengan kami," pelawa Sofea dan Haiyani dari jauh.

Faeza hanya tersenyum lalu bergerak ke arah mereka. Mereka bertiga makan di sebuah pondok yang sedikit usang yang diletakkan di belakang kantin. Sofea dan Haiyani membawa bekal masing-masing kerana takut duit mereka dicuri oleh pelajar lain.

"Wah, sedapnya bau makanan korang. Tu bento ke?" tanya Faeza dengan kagumnya. Belum pernah sepanjang hidupnya menghasilkan makanan seperti itu.

"Hehe, haah. Bento ni aku cuba buat kat rumah semalam. Menjadi pula untuk kali pertama," Haiyani tersengih-sengih.

"Bento aku ni Yani yang buatkan, aku bayar kat dia je," Sofea hanya tersenyum.

Faeza hanya memakan karipap yang dibelinya dari kantin.

Tidak semena-mena muncul 3 orang pelajar perempuan yang gengster dan kaki buli di sekolah itu.

"Oi, kat sini rupanya korang dua. Patutlah tak nampak langsung kat kantin. Simpan duit untuk kahwin rupanya," Haira menyindir Sofea dan Haiyani.

"Macam biasa korang, bak sini," Feqa menghulurkan sebelah tangannya.

Haiyani dan Sofea memahami maksud mereka. Mereka inginkan duit!

"Err, kitorang tak bawa duit hari ni, sorry," Sofea memberitahu perkara sebenar.

Faeza hanya memerhatikan mereka dan bersiap sedia untuk bertempur jika berlaku perkara yang tak diingini.

"So kalau tak bawa duit, bak sinilah makanan korang," celah Waty.

"Tapi, kami baru makan sikit,"

"Aku peduli apa! Siapa suruh tak bawa duit? Haa lain kali bawa duit. Kau pikir kitorang takkan ambil bekal korang ke? Such a stupid strategy," Waty mengutuk tindakan Sofea dan Haiyani yang ingin menyimpan duit supaya duit tersebut tidak diberikan kepada mereka.

"Geng, aku rasa bekal pun dia takkan bagi, so apa kita nak buat?" tanya Feqa ingin mendapatkan isyarat bagi melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

"Haih, gelojoh betullah kau ni Feqa. Yala yala dipersilakan," Haira mengerti akan tindakan yang mahu dilakukan Feqa. Baginya Feqa seorang yang kurang penyabar.

Feqa mengeluarkan pembaris panjang diperbuat daripada besi daripada belakangnya. Itu kalau sekali kena hayun, memang boleh cedera!

"So?" tanya Feqa buat kali terakhir.

Haiyani hampir menangis. Baginya ini semua bukan gurauan. Feqa benar-benar akan memukulnya dengan pembaris itu. Sofea hanya berfikir cara melarikan diri daripada mereka.

"Taknak takpe," Feqa menghayunkan pembaris besinya tinggi-tinggi. Siap sedia membuat pukulan.

Belum sempat Feqa menghayunkan pembaris, pembaris besinya terlepas jatuh dari tangannya. Feqa terkejut. Namun Haira dan Waty yang paling terkejut. Mereka menyaksikan sendiri bagaimana Faeza membaling karipapnya dengan pantas ke arah pembaris besi Feqa. Zuuup!! Sepantas kilat!

"Hei, kau pun nak kena dengan kitorang gak ke?" Waty mengancam Faeza.

Faeza hanya mendiamkan diri kemudian menyambung makan karipap.

"Kau ni...," Waty ingin menumbuk Faeza.

Belum sempat tumbukan Waty mengena Faeza, Haira cepat-cepat menahan tangan Waty.

"Kau dah kenapa?! Lepaskan aku! Takkanlah kau bersekongkol dengan pompuan tak guna ni gak?! Lepaskan!" Waty memarahi Haira kerana menghalang tumbukannya.

"Kau takkan boleh menang. Dia kuat. Kita bukan lawan dia," bisik Haira.

Waty begitu terkejut. Belum pernah lagi Haira, yang paling kuat diantara mereka bertiga, berkata sedemikian. Seolah-olah mereka sudah mengaku kalah. Melihatkan muka Haira yang serius pastinya bukan satu gurauan. Waty memandang semula wajah Faeza. Tiada senyuman mahupun respon yang diberikan. Faeza menelan karipap dengan enaknya.

Feqa terkaku seketika. Dia tau Faeza bukan calang-calang perempuan walaupun baru memasuki sekolah ini. Nampaknya mereka memang bukan tandingan Faeza.

"Kau pasti ke? Aku tak cayalah. Setakat karipap nak lawan aku," Waty sengaja menguatkan suaranya supaya Faeza mendengarnya.

Haiyani dan Sofea hanya diam tidak bersuara apa pun. Melihat ketangkasan Faeza menyelamatkan mereka, terbit perasaan gembira dan lega di hati mereka.

"Kau jangan, karipap pun dapat tumbangkan pembaris besi Feqa tu," bisik Haira. Melarang Waty daripada bertempur.

Waty hanya memandang karipap yang berada di tanah itu lalu mengutipnya. Waty kini faham jurang perbezaan antara kekuatan Faeza dan dia.

"Kau ingat sini Faeza, kau dah ganggu kerja kitorang, memang masaklah kau dengan ketua nanti!" ugut Waty.

Mereka bertiga kemudiannya beredar dalam keadaan yang tidak puas hati. Belum pernah lagi ada pelajar yang mampu melawan mereka bertiga semula. Faeza adalah satu-satunya pelajar!

"Wow, sugoi Faeza! Kau dah selamatkan kitorang. Thank you sesangat!" Haiyani mengucapkan terima kasih.

"Thank you, thank you," Sofea pula bersuara.

"Diorang memang selalu camni ke?" tanya Faeza.

"Haah, hampir setiap hari," jawab Sofea.

"Tadi aku ada dengar diorang sebut ketua, siapa ketua tu?"

Haiyani dan Sofea diam. Bagi mereka ketua yang dimaksudkan Waty sebentar tadi adalah sungguh berbahaya. Tidak mempunyai sebarang sifat keperikemanusiaan. Kekuatan yang hampir sama dengan 5 orang manusia dewasa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience