Hitler vs Si sopan

Romance Completed 14608

"Ain, apa khabar? mesti ain sibuk kan sebab tak lama lagi nak gerak ke China da. Kalau ada apa-apa yang Ash boleh bantu nanti Ain chat saja ya. Jaga kesihatan dan jaga diri di situ. Maafkan Ash ya atas segala kesalahan yang Ash telah lakukan pada Ain". -Ash Haikal

Aku membiarkan saja pesanan itu tanpa jawaban. Apabila ku amati kembali Ash memang seorang insan yang baik dan berbudi bahasa. Tidak pernah sekalipun menengking, melemparkan kata-kata kesat. Jauh sekali memberikan tekanan. Dia dari dulu seorang yang sangat memahami, bukan penyemburu bahkan sangat pengertian. Dia memang seorang pendiam, chinese look tapi tetap punya adab dan sopan.

Jauh berbeza dengan Abg Arman yang kadang kala menunjukkan kasih sayang yang besar. tetapi ada masanya masam dan tegang sehingga raut wajahnya menggerunkan. Dia seorang yang baik hati dan ambil berat, tidak mampu dinafikan sikapnya yang possesif dan terlalu menjaga. Ada masanya aku rasa disayangi, namun ada ketikanya aku berkecil hati.

hurm macam-macam dunia ni... yang satu sopan sangat sampai kepala dipijak orang, yang sorang mcm hitler, nak org dengar je apa dia kata. Biarlah... satu hari aku berharap Allah kirimkan aku seorang yang mampu menyenangkan minda dan sanubariku.

Pagi ini aku ke kuliah bersama Izzah dan Ela. Dikejauhan aku ternampak geng abg-abg sekalian. Aku terus berjalan dan segera berlalu tanpa melemparkan pandangan kepada sesiapa juga. Biarlah apa yang mereka fikirkan asalkan aku tidak sakit hati mendengar pergaduhan dan kata-kata yang meyebabkan aku menjadi sensitif.

Setahu aku urusan kerja bersama team ke China sudah aku selesaikan. Hanya menunggu tarikh pergi sahaja. Festival pula hanya tinggal dua hari lagi. Malam ini kami semua akan duduk di fakulti menyiapkan dewan dan kawasan gerai.

"Semua AJK boleh makan dan solat dulu, selepas asar kita akan berkumpul di bilik mesyuarat. Hari ini kawasan dewan, booth dan gerai perlu siap sedia. Saya akan buat check list semua perkara dan ketua bahagian akan bagi penerangan. Malam ini kita semua mungkin terpaksa balik lewat memandangkan tenaga kita diperlukan.

Kami bertiga menunaikan solat asar sebelum bergegas ke cafe untuk memesan makanan. Belum sempat aku membungkus makanan yang dikehendaki. Mataku menangkap susuk tubuh yang tidak ingin aku lihat buat masa sekarang.

"ela, korang tapau je la makanan. Aku tak rasa nak makan lagi. Aku gerak dulu tau..jumpa korang di bilik mesyuarat". aku terus saja berlalu dengan wajah yang sebal. tak ingin aku bertembung dengan nya.

"eh, ain tu pegi mana? ujar abg Megat kepada Izzah. "tak tau la bang, ain cakap tak rsa nak makan, sedangkan kami tak makan lagi dari pagi tadi". Nah, abg dah belikan utk dia...nanti korang bagi je suru dia makan. Ela menyambut huluran plastik berisi makanan yang diberikan oleh abg Arman. Coca cola tin diambil lalu dimasukkan ke dalam plastik ditangan Ela.

"hurm, tau pun risau kat adik dia sorang tu. Ingatkan dah tak mau peduli. Siap belikan minuman kegemaran budak tu lagi". ujar abg Syafiq berbisik kepada ela dan Izzah.

Abg Yus dah berada di dalam bilik mesyuarat. Kami berbincang seketika sebelum semua ajk berada di dalam. Aku enggan melihat kehadapan kerana malas bertemu pandang dengan si hitler... "sesuai juga dia dengan panggilan hitler tu, abg hitler".

Setiap ketua memberikan respon dan kerjasama yang baik. Kami sangat berpuas hati kerana persediaan sudah 80% dan baju semua telah siap diedarkan.

Saya ada satu perkara yang ingin disuarakan untuk mendapatkan keputusan semua. Pengerusi Majlis kita sepertimana perbincangan awal ialah Amran dan Helena. Saat akhir ni, Helena kurang sihat dan berada di dalam wad. Jadi kita perlu mencari pengganti.

Abg Yus berbisik kepadaku untuk bertanya pendapat. Aku mengesyorkan agar tempat tersebut segera di tukarkan tanpa perlu menunggu tahap kesihatan Helena. semua bersetuju dan mencadangkan kak balqis atau perempuan yang ku fikir adalah kekasih abg arman.
."balqis dan arman, teks semua kena jumpa dengan Ain ya untuk mengesahkan. Latihan dalam sehari dua ni juga atas pengawasan Ain".

Aku acuh tak acuh saja dan malas untuk ambil port...teks semua aku dah sediakan terpulang pada mereka untuk latihan.

Malam ni aku perlu berhadapan dengan semua ajk. insayallah aku akan buat yang terbaik...be professional.

Izzah memberikan makanan tapau kepadaku, nah makanlah. Kami dah makan tadi dengan ela. Ketika itu kami mengambil tempat di sudut luar surau yang tidak berbumbung. Mahu mengambil udara segar.

Tq izzah dan ela..koranglah sahabat paling aku sayangi. Aku membuka makanan, macam tau-tau aja lauk ikan kegemaranku, wah ada sotong dan sayur. Pandai korang pilih siap dengan coca cola lagi. Mereka berpandangan dan kemudian tersenyum penuh makna.

Izzah dan ela berlalu untuk mengambil surat jemputan yang telah siap dicetak bersama tentatif. Aku leka menghabiskan makanan yang mereka berikan.

"Lapar, sedap tak makanan tu?" abg Arman mengambil tempat duduk dihadapanku. Aku tidak membalas hanya menyuap makanan saja sambil membelek telefon bimbit. Mungkin panas hati sebab aku tidak mahu bercakap, dia mengambil telefon bimbit ku dan diletakkan di poket seluarnya.

"Bak sini telefon ain, abg nak apa ni?". ujarku marah

Abg tanya ain kan, tapi kenapa tak nak jawab. dah jadi bisu ke? sampai tak boleh jawab bila orang bertanya?.

ya sedap, kenapa? apa kena mengena dengan abg. aku menjawab dengan yakin.

mestilah sedap sebab abg yang pilih makanan tu...ni air coca cola ni abg la yang belikan minta ela bagi kat ain.

Aku termanggu seketika dan rasa segan menerpa kembali. ya Allah dugaan apa lagi ni....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience