BERDUA

Romance Completed 14608

Ain - abang, esok boleh tak temankan ain jogging dekat taman rekreasi sebelah barat? adik tak pernah sampai sana. Kita selalu dekat timur je kalau nak ke taman.

Abg Arman - ala, abg dah janji nak keluar dengan Megat, Syafiq dan Ahmad.

Ain - Oh macam tu, tak pe lah... Ain tak jadi lah keluar...

Abg Arman - merajuk?

Ain - Tak la, nak merajuk kenapa pula. Dah janji kan tak nak gaduh-gaduh da.

Abg Arman - Macam tu la kesayangan abg. Nanti abg tgk macam mana ya. boleh ke tak minta excuse daripada drg tu.

Ain - ala tak payah la, nanti apa pula kawan abg kata.

Aku mula mencongak dan merencanakan aktiviti esk. Aku memang ingin menemani adik sorang tu tapi kebetulan dah terlanjur berjanji dengan malaun bertiga ni.

"fiq boleh tak kalau esk aku tak join korang. Aku ada hal la" aku cuba untuk mencari jalan keluar.

"pasai pa, ada janji dengan Ain ke?

"Dia minta aku teman pergi sebelah satu tempat. Aku tak sampqi hati pula kata tak" ujarku berterus terang.

"Pegi je la Arm, kesian pula adik sorang tu. Kang nanti tak pasal-pasal jadi apa-apa jalan sorang" Megat memberi komen seketika.

Abg Arman - Esok nak gerak pagi kan, lepas subuh la kita pegi. Abg dah minta izin kat dorang tak ikut jalan.

Ain - yeah... love u abang. jumpa esk.

Ain ni kan balas wasap macam nak luruh jantung aku ni dibuatnya. Kalau la Ain betul- betul jatuh cinta. Dapatkah aku terima dia sepenuhnya.

Aku tidak boleh mementingkan diri sendiri dalam urusan jodoh. Aku masih ada tanggungjawab di sini. Tok dan ibu sangat perlukan aku. Bagaimana pula hubungan aku dengan dia, sedangkan Ain juga anak bongsu. Sepanjang aku mengenalinya, Ain merupakan anak kesayangan ayahnya. Dua negeri yang jauh bakal memisahkan kami. Mampukah Ain berkorban untuk hidup ausah bersama ku kemudian berhijrah meninggalkan keluarganya. Berat sebenarnya untuk difikirkan. Tapi aku yakin Ain hanya menganggap aku sebagai seorang abang. Ain tidak pernah menyatakan cinta atau kasih yang berlebihan samaada melalui perkataan atau perbuatan.

Selesai menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, aku bergerak menemui Ain yang sudah menantiku. Baju bergaris pink dibaluti sweater pink dan tudung hitam, aku pula memakai baju hitam. Kami berjalan membelah dingin subuh untuk menuju ke tempat yang dijanjikan semalam.

"Abang, kak balqish tu teman istimewa abang ? Sejak kita sampai sini, adik tengok dia selalu nak berkepit dengan abang je. Adik yang tengok pun rimas".

"Adik kan tau kak balqish tu kawan abg je la". Abg Arman memberikan senyuman manis kepadaku.

"Abg, kak jannah tu pun sama. adik rasa dia pun suka kat abang. Kata hati adik ni takkan pernah salah, tengok dia pun adik dah tau dia suka abang".

"Entah la dik, apa yang dorang suka kat abang ni. Kaya pun tak, duit pun tak banyak. Tapi Jannah tu abang tak suka la. Dia siap whatsapp abang bagitahu perasaan dia. Hurm abang tak suka la perempuan macam tu".

"Betul ke dia confess perasaan kat abang?. Ya Allah, habis tu abang jawab apa? " tanyaku dengan nada teruja.

"Nak jawab apa lagi sayang oiii, abang cakap la abg dah ada orang lain dalam hati abang ni".

"yela, bagus juga tindakan abang tu, sekurang-kurangnya tak bagi harapan la. terus terang tu baik meskipun ianya pahit". Aku tersenyum melihat wajah kelat abg Arman.

Abang suka adik... Hatiku seolah-olah terhenti apabila mendengar bait-bait yang keluar dari bibir abg Arman.

Abang kan abg ain, mestilah kena suka dan sayang Ain. Ain syukur sangat abg sudi terima Ain jadi adik abang. Aku cuba untuk menutup debaran dan irama jantung yang tengah laju.

Abg tak tahu la dik, kalau takdir adik kawin dengan abang. Adik nak tak ikut abang tinggal dekat kl?. ujarnya.

Jodoh itu ditangan tuhan abg, Adik pasrah je dengan aturan Allah. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab benda belum terjadi. Tapi macam mana abg selesa di tempat abang sendiri, begitu juga adik. Keselesaan adik adalah di tempat adik sendiri.

tinggi-tinggi gunung kinabalu,
tinggi lagi sayang sama kamu

Kami menyanyi serentak dan kemudian ketawa mengingati bait-bait lirik lagi itu. Setelah jogging tiga pusingan, kami mengambil tempat rehat dan mengabadikan kenangan bersama. Gambar aku tersenyum bersama abg Arman begitu mencuit hati.

kami menemui Tugu batu sempena sukan olimpik Beijing. Abg Arman meminta seorang mahasiswa untuk mengambil gambar kami berdua. Abg Arman mengenggam erat tangan ku dan meminta aku fokus kehadapan agar gambar yang diambil cantik dan kemas.

ketika melintas jalan, abg Arman sekali lagi memaut pinggang rampingku agar lebih hampir dan hal ini membuat debaran di hatiku semakin menggila. Abg Arman mungkin tak sengaja pikirku kerana keadaan jalan raya yang sesak membuatkan dia rasa perlu melindungiku daripada bahaya.

Kami masuk ke sebuah restoran muslim dan mencuba dua menu iaitu nasi goreng lembu dan roti bakar kambing. Abg Arman sengaja meminta satu hidangan berat untuk kami kongsi bersama. Kuantiti makanan di sana agak berbeza dan lebih banyak. Kami berdua belum tentu boleh menghabiskan sepinggan nasi goreng. Kadang kadang abg Arman bertindak menyuap nasi goreng ke mulutku.

"adik tengok sini kejap, abg nak ambil nasi kat bawah bibir tu, comot sayang abg ni makan" pandangannya yang redup itu menyebabkan aku seolah-olah dipukau. Aku berdebar sepanjang masa saat bersama dengannya. Hanya kita berdua....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience