MH 306 membawa kami ke ruang udara dan perjalanan memakan masa 6 jam. Aku, izaah dan ela pasti duduk berhampiran dan ada sebuah lagi kerusi kosong bersebelahan dengan ku. Aku melirik ke barisan hadapan apabila terlihat abg arman duduk bersebelahan dengan kak Balqish. Entah kenapa hatiku rasa sakit sangat. Bukankah dia dah berjanji untuk meluangkan masa dengan ku. Dia ada menoleh untuk melihat kedudukan ku, dan aku dengan sengaja pamerkan wajah sedih semoga dia akan berpindah untuk duduk disebelahku. Hampa kerana dia hanya melihat kemudian sambung berbual dengan kak balqish.
Ketika aku bangun dari terlelap seketika, sudah ada air apple juice di sediakan dan kacang favourite ku. Aku melihat lagi ke barisan abg arman dan dia berdiri memberi laluan kepada kak balqish untuk ke tandas. Aku enggan melihat dia lagi kerana terlanjur sakit hati. Entah mimpi apa, kak balqish duduk pula dikerusi kosong itu.
"ain jangan ambil hati tau, kak akish duduk dengan abg arm. Kami dah setahun lebih tak bertegur sapa kerana dia tak suka akk kawan dengan seorang senior. akhirnya kami memang langsung tak bertegur sapa sehingga la beberapa hari ni. Kami berjanji akan luangkan banyak masa bersama sampai di China nanti untuk gantikan masa kami bersengketa tu. Akk harap ain faham apa yang akk maksudkan" ujarnya dan akhirnya langsung meminta diri kembali ke barisan hadapan.
Aku melihat keluar pemandangan indah, awan putih bersusun dan cuaca yang sangat baik.
Abg Amran mempermainkan hati dan perasaanku. Dia berjanji dan akhirnya dia memungkiri janji. Aku bukan tunggul dan aku juga takkan menangih simpati. tanpa sedar gugur juga airmata yang sedari tadi ku tahan. Aku akan menempuh perjalanan 3 bulan di sana dan akan berhadapan dengannya selama tempoh tersebut. Ya Allah kuatkan hatiku, jangan lah engkau palingkan aku daripada jalan yang benar. Andai benar mereka telah berjanji untuk berdua, aku yakin inilah masa terbaik aku melangkah pergi.
"kami menungu bagasi masing-masing dan beg galas yang memang tersedia dibahuku. Aku tidak lagi menanti kehadirannya apatahlagi mencari-cari.
"Meh sini, beg galas adik, abang tolong bawakan". suaranya menyapa gegendang telingaku.
aku berpaling dan sakit hati ini melihat dia berdiri bersebelahan dengan akk balqish. "tak pe, ringan je lagipun tu beg kak aqish lagi berat, abg tolong dia la"ujarku tanpa melihat ke arahnya.
ketika sibuk mengambil bagasi masing-masing, aku tersedar beg galas tadi aku tinggalkan di troli beg tetapi telah tiada. Aku terpinga-pinga dan ku lihat beg tersebut telah berada di bahu abg arm. Aku mengeluh dan membiarkan saja keadaan tersebut.
Sampai di asrama foreigner, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Sebahagian di blok A dan sebahagian di blok B. Blok B dihuni oleh semua peserta perempuan tetapi ada sebahagian peserta yang akan menghuni blok A bersama pelajar lelaki. Izzah dan ela ditempatkan sebilik di blok B manakala aku di blok A. Roomate ku masih berada di malaysia atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Hanya selepas dua minggu kak zay akan berada di China.
Aku bertemu abg megat. "Bang boleh tak ain join sekali dengan izzah dan ela untuk tinggal di blok B". Alasan paling kukuh adalah aku tidak mahu lagi menjadi penggangu kepada kak balqish dan abg arm. Bukankah kak balqish telah memberi peringatan kepadaku. "abang tak berani la ain, nama semua ni arm yang susun. Kita kena ikut arahan dia, ain pun tau kalau isu melibatkan ain dia memang tak akan bagi excuse" ujar abang Megat dengan harapan aku memahami keadaan mereka.
Aku melangkah longlai ke tingkat 3. Di tingkat 3 juga aku melihat kak balqish bersama dengan roomatenya awin seorang junior kami. Bilikku selang 3 bilik dengan mereka.
Arif dan Aqim iaitu adik junior ku pula selang dua bilik dengan bilikku. Budak berdua ni la yang akan menceriakan hidupku. Burhan dan Qayyim pula berada di bilik hadapan tingkat 3. nampaknya kami searas. Abg Megat, Abg Arm, Abg Saiful dan Abg Shafik pula berada di tingkat 1. Manakala Abg Farhan pula duduk di tingkat dua. selebihnya adalah perempuan yang berkumpul di blok B.
Ketika sibuk mengemas barang-barang ke dalam loker yang di sediakan, aku teringat ayah dan ibu. entah kenapa aku mula diterpa rindu dan akhirnya aku menangis sendiri. Adakah aku terbawa-bawa rasa sepi dan rindu atau aku menangisi kedekatan abg arm dengab kak akish.
Pintu bilik di ketuk, aku cepat-cepat mengelap air mata dan mengambil tudung sarung. Aku membuka pintu untuk melihat siapa yang ada di sana.
"jom jalan beli simkad, nanti senang nak call mak ayah kat kampung". Aku menggeleng tanda tidak berminat. Baru sahaja berniat untuk menutup pintu, abg arman sudah menerobos masuk ke bilik dan menutup pintu.
"adik ni kenapa? dari tadi abg tengok macam tak mahu bercakap dengan abg. Abg ada buat salah ke?. Jangan la macam ni, abg minta maaf ya.
Air mata yang ku tahan gugur juga. aku tidak dapat membendungnya. Abg Arman terkejut melihat keadaanku. Tanganku digengamnya dan aku ditarik masuk dalam pelukannya.
"adik janganlah macam ni, abg risau la. Cuba bagitahu abang kenapa adik nangis?.
adik nak duduk sekali dengan izzah dan ela. ujarku cuba untuk berbohong.
"Abang kan ada, kat sini abang boleh tengok kan adik tapi di sana abang tak boleh masuk sebab asrama tu semua perempuan". dia cuba menerangkan padaku.
"abang tak perlu jaga adik, kan abang dah janji nak spend time dengan kak balqish" aku cuba berterus terang padanya.
"mana adik tau ni, jangan cakap bukan-bukan la, abang tak pernah janji macam tu pun. Setahu abang, abg cuma berjanji pada adik bukan pada mana-mana perempuan. Abang tak suka la adik cakap macam ni" suaranya agak meninggi. mungkin tidak menyangka akan mendengar jawapan seperti itu.
Share this novel