Pagi ini, aku bergerak terus ke lapangan terbang kerana menerima perkhabaran mengenai kesihatan ayah di kampung. Enggan menunggu lama kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku. Aku sudh menghubungi Pengarah fakultiku memaklumkan kepulangan ke Sabah. Alhamdulillah aku diberikan masa seminggu.
Izzah sahaja yang mengetahui mengenai kepulanganku ke kampung halaman. Segala tugasan dan dokumen penting persatuan serta team China telah ku serahkan pada Izzah.
Ash, tolong ambil Ain di airport ya... Ain dah masuk dalam kapal terbang... jumpa nanti.
ok sayang... Ash tunggu
Aku abaikan gelaran sayang yang sering digunakan Ash. Tak luak pun kalau dia masih gunakan panggilan itu. Yang pasti aku masih berdebar kerana bimbangkan ayah... dialah kekuatanku selama ini. Apa jua masalah tetap akan kami kongsi bersama.
Setibanya kami di Hospital Besar, aku segera melangkah kaki dan masuk ke bilik rawatan yang menempatkan ayah. Sungguh air mata tidak dapat dibendung lagi. Aku sedih melihat wayar berselirat di tubuh ayah. Allahuakhbar ucapku dalam hati.
"kak, kenapa dengan bapa?" aku memandang kakakku penuh harapan.
" paru-paru bapa kena jangkitan kuman dan ada air, esok dr akan buat rawatan lagi untuk sedut dan tarik keluar air dari paru-paru. Ain jangan risau ya, sabar banyak.
" Ash terima kasih sudh ambil Ain" ujar kakaku
"eh tak apa kak, Ash anggap kakak dan semua mcm adik beradik Ash".
tidak dinafikan, ash bukan sahaja selesa bergaul bersama aku, bahkan semua adik beradik ku juga menyenangi Ash. Malahan mereka melayannya lebih baik daripada aku. Ibu bapa Ash juga datang melawan dan aku sempat bersalaman dengan mereka. Mereka memang sangat baik, jadi cukuplah aku dan Ash sahaja yang mempunyai masalah. Aku tidak akan mengheret mereka semua di dalam masalah yang ku hadapi bersama Ash.
"Sampai hati balik tak bagitau abg" - abg amran
"Ayah adik sakit, panic punya pasal terus bergegas dan tidak sempat text abg.
"Izzah bagitahu abang tadi. Abg doakan ayah adik diberi kesembuhan". Baru sehari adik tak ada, abg rasa rindu sangat nak gaduh dengan adik. miss u dik.
"hahaha... ade je la nak mengusik abg ni. nanti adik free adik chat semula. adik nak tengok ayah dlu. Salam pada abang-abang yang lain.. minggu depan adik balik kl ya.
Ayah semakin beransur pulih dan selepas 5 hari dibenarkan untuk berehat di rumah. Aku terasa sangat lega dan berharap kejadian ini tidak berulang lagi.
"Ain, dalam hidup ni apa yang kita dengar, apa yang kita lihat tidak semestinya betul. Ain kena bijak buat keputusan apatahlagi berkenaan masa depan kita. Ayah tau Ash dan Ain ada masalah. tetapi jangan larut dalam masalah tu. sentiasa muhasabah diri. Siapa pun pilihan ain, tetap akan ayah restui.
Aku memeluk ayah seeratnya, cuma ayah yang boleh meneka hati ini. meskipun aku tidak pernah berkongsi masalah dengan Ash kepadanya.
Share this novel