sayang itu indah namun tidak cukup untuk menyatakan cinta.
Realitinya cinta itu apabila kita mampu untuk bersama, meberi dan merasa manis dan pahitnya kehidupan. Cinta itu bila kita mampu memberi ruang bukan pada diri sahaja tetapi lingkungan orang yang kita cintai. Kerana itulah, abg Arman perlu mencari cinta sejatinya kerana aku bukanlah insan yang tepat buatnya.
Aku menyayanginya ikhlas dan akan sering mendoakan kebahagiaannya. Kenangan bersama rakan-rakan adalah yang paling tulus dan indah. Namun cinta itu bukan suatu permainan. Aku menghormati mereka sepertimana selalunya. Membuatkan hati-hati mereka indah dengan gelak tawa. Namun jauh di sudut hati paling dalam aku mencintai Ash. Orang yang sangat memahami kedudukan, keluargaku, kata hatiku. Tidak ada yang kurang dalam layananya dan rasa hatinya padaku sehingga dibenua mana aku pergi dia akan selalu memberi sokongan tanpa rasa jemu. Satu yang mengikat hati ini padanya, dia positif dalam segala hal bahkan untuk cemburu juga dia tidak seperti kebanyakan orang. Dia kekal mempercayai berbanding menghukum sesuatu yang belum pasti.
Abg Arman, adik sayangkan abang sampai bila-bila. Sayang adik pada abang akan selalu kekal dalam hati. Adik tetap berdoa semoga allah temukan abg dengan jodoh yang paling tepat. Ain tahu abang keliru dengan kasih sayang seorang adik atau kekasih kerana abang tidak punya adik. Ketahuilah perancangan Allah adalah yang paling hebat. Maafkan adik andai ada salah silap sepanjang perjuangan dan kebersamaan kita. Semoga di kehidupan akan datang, adik akan bertemu abang lagi dan melihat kebahagiaan abang sekeluarga.
Ash, ain adalah gadis yang mengajar ash untuk setia. Kejauhan, kesunyian bukan alasan untuk kita berbalah. Sebaliknya itu adalah ujian dalam perhubungan. Ash sayang ain bukan kerana harta, cantik atau sebaliknya. Tetapi dalam hidup keserasian itulah yang paling mahal untuk diperolehi. Semoga kita akan dijodohkan bersama hingga ke jannah. - ash
Ain, terima kasih menyedarkan abang bahawa kasih sayang itu suci meski tanpa cinta. Cinta itu berbeza dalam cerita kita. Abg mengaku disebalik sayang terselit cinta pada Ain yang hanya abang sensiri yang mengetahui. Namun dikedekatan kita, abang masih mencari cinta pertama yang hilang. Mungkin kita tidak berjodoh namun ketahuilah ain adalah cerita indah dalam hidup abang. Semoga Allah merahmati perjalanan hidup Ain. Abg sayangkan ain - Arman.
TAMAT
Share this novel