Aku terpaksa meluangkan masa untuk menguruskan festival tahunan fakulti bersama abg yusri. Aku tahu sudah menjadi tanggungjawab kami melakukan yang terbaik memandangkan program ini adalah program tahunan yang sentiasa dinantikan ole semua mahasiswa.
Abg Yusri sentiasa memberi tunjuk ajar kepadaku bersama adik-adik junior yang lain. Izzah dan ela aku tempatkan di unit publisiti yang bertugas mewar-warkan program kepada warga kampus. Abg Arman dan rakan-rakannya menguruskan persediaan tempat yang melibatkan kanopi, meja, dewan dan kelengkapan P.A system.
Manakala aku dan abg Yusri memantau semua sudut agar tidak berlaku kecacatan yang jelas sepanjang tiga hari festival tersebut. Sepanjang seminggu ini aku hanya tidur sejam atau dua jam sahaja. keletihan jelas terpancar pada raut wajah dan rasa mengantuk kadang kala tidak dapat dibendung.
Aku perhatikan abg Arman mengelak untuk berbual denganku. Entah apa lagi silap yang telah aku lakukan. Cuma aku malas memperpanjangkan masalah lantas membiarkan sahaja.
"Ain, ko kenapa dengan Arman?, aku tengok bercakap pun tak". Abg Yusri berkomentar ketika kami duduk berdua minum di cafe.
"Ntah, Ain pun tak tahu..biar je la kalau dia rasa bahagia macam tu. Orang tak mahu dekat takkan la kita paksa". aku membalas dengan nada mendatar.
"Ain, Arman tu sayang ain, takkan la ain tak nampak" Abg Yusri senyum dan kemudian menggeleng.
"Sayang apa macam tu, balik-balik tak layan Ain. Tu bukan sayang kot...
"Abg rasa dia tak suka Ain selalu dengan abg. Yalah panas hati, ye dok?
"Kan dah jadi tugas kita, mana boleh hal peribadi masuk dalam kerja yang kita buat. Ain anggap abg yus macam abg-abg yang lain juga. Sama la dengan Abg Arman tu. Ain belajar sini bukan untuk mencari musuh melainkan menimba ilmu.
"Entah la Ain, Abg sendiri rasa risau nak dekat dengan Ain. Kiteorang semua tahun Arman macam mana. tapi sebelum ni ok je dia dengan orang lain. tapi kalau melibatkan Ain memang dia akan jadi orang yang berbeza. itu pandangan abg la. kami kan sama-sama lelaki.
Petang itu, ketika aku selesia menunaikan solat asar, aku singgah ke bilik gerakan untuk pelajar pertukaran China. Sudah seminggu bilik itu tidak ku jenguk. Aku membantu izzah menyiapkan kad nama pelajar untuk kegunaan di sana sebelum satu susuk tubuh masuk tanpa salam.
"Izzah siap da kerja yang abg suru tadi" ujarnya kepada Izzah tanpa melihat.
"Sudah siap, Izzah letak kat meja depan" balas Izzah.
Abg Syafiq masuk dan kemudian menegurku..
"Hai, timbalan kita dah masuk sini ke? hari ni tak sibuk ya, abg tengok Yus cari Ain tadi kat luar".
aku melihat telefon bimbitku dan sah, memang abg Yus tengah mencari keberadaanku.
"okey tq abg Syafiq beritahu Ain. nanti ain jumpa abg Yus lepas ni.
"Dah kalau rasa sibuk sangat, tak paya datang sini pun tak apa. Semak je" suara itu bagai pisau yang dapat menghiris hatiku. Aku cuba untuk mengabaikan kata-kata itu.
pintu utama diketuk, Sorry semua saya nak jumpa ain sekejap. "Ain kita kena uruskan booth dan jumpa vendor luar. Jom pegi sekali malas nak pergi sendiri" abg Yusri berkata dengan cukup perlahan tetapi mampu didengari.
Naik apa? aku bertanya lagi. "Motor abg kan ada", aku melihatnya tidak berkedip. sungguh hal ini paling aku takuti.
Yus, boleh tak ko ajak orang lain? Ain ada task nak kena buat tu untuk team. Aku tak mau la dia asyik hilang saja, goyang kaki tak buat apa-apa kerja- abg Arman bersuara memecah kebuntuan. Semua yang ada disitu hanya berpura-pura tak mendengar malah sibuk menyelesaikan tugas masing-masing.
okey la kalau macam tu, abg pegi dengan kak Tira je la. Ain siapkan kerja ain dulu ya balik nanti tunggu abg tau. Nak bincang sedikit sebelum finalize semua task.
Aku hanya mengangguk dan kemudian terdengar abg Arman berkata. Hari tu bukan main menolak, takut naik motor tapi tadi tak fikir pula. Kalau dah syok berkepit tu semua benda pun jadi tak risau dan takut".
" Apa yang abg tak puas hati sangat dekat ain ni" aku bersuara lantang sehingga yang lain seperti patung merenungku. "Kalau abg ada masalah dengan ain boleh cakap sekarang. depan ain, tidak perlu menyindir dan buat muka annoying kat situ.
u know what "kalau macam ni la gaya abg takkan ada orang yang sudi berteman dengan abg. Urusan kerja hanyalah urusan kerja tidak payah campurkan dengan personal matters. Kenapa abg ada dengar ain terima ajakan abg yus naik motor?
think before speak... aku melangkah keluar dari bilik tersebut sebelum aku sedar langkahku di ekori oleh abg Syafiq.
"dah la tu, tak baik marah-marah macam ni. Arm tak sengaja tu. Ain rest dulu ya minum air kat cafe..jom abg belanja" ujarnya.
"Ain rasa lebih baik ain tarik diri je daripada menyertai delegasi tu, biar semua orang puas hati"
" Apa pula cakap macam tu, dah enam bulan kita semua berjuang dan berusaha takkan la Ain nak give up sekarang".
Serabut fikiran ain sekarang, lagipun keberadaan Ain hanya akan buat dia bad mood dan marah-marah. so lebih baik Ain tak da....
Share this novel