Aku ditugaskan untuk menyelesaikan urusan surat menyurat bagi pihak fakulti dan kementerian. Perjalanan kami sebagai pelajar pertukaran telah ditentukan dan tarikhnya semakin hampir. Aku mula menyibukkan diri menyelesaikan beberapa tugasan penting bersama team yang telah dipilih. Alhamdulillah aku semakin bersemangat dan mula melupakan hal yang telah terjadi.
Team yang dibentuk terdiri daripada mahasiswa tahun 1,2 dan tiga. Kami kerap bermesyuarat menyelesaikan isu baju, tajaan, disiplin peserta dan kelas intensif Mandarin sebagai suatu syarat wajib sebelum berangkat ke sana.
Hubunganku bersama senior terutamanya abg arman, abg syafiq, abg Aris dan abg Megat semakin rapat lantaran merekalah teman yang banyak mengajar aku perihal organisasi. Namun masih ada kekeliruan yang menghimpit benak dan jiwaku.
Aku merasakan abg Arman tidak suka melihat aku berbual atau bergelak ketawa dengan sahabat-sahabatya. Bahasa tubuh dan mimik mukanya cukup aku terasa.
"Ain dah buat surat yang abang suru tu? Surat tu penting dan perlu dihantar segera untuk mendapatkan pelepasan di kedutaan"
Dah, abang tolong ain semak dulu boleh?
Ain buat surat ni macam tak pernah belajar. Kalau macam ni lebih baik Ain tak payah buat surat. Menyusahkan je nak kena edit sedangkan sah-sah surat ni tak boleh pakai.
Semua team yang ada dalam bilik khas itu memandangku dengan penuh simpati apatahlagi surat yang ku buat sudah direnyukkan oleh abang Arman. Air mataku cuba untuk ku tahan, sebab aku tidak mahu terlihat terlalu lemah.
Dah, meh sini abg betulkan apa yang nak dibuat' ujar abg Megat. Aku meminta diri terlebih dahulu ke tandas wanita. Aku melepaskan rasa sedih di sana kemudian mencuci muka.
"Arm kau tak patut la buat Ain macam tu, bukan besar salah dia pun. Jangan la buat dia macam tak ada perasaan. Kalau kai sayang dia bukan macam ni caranya. teguran abg Megat dipandang sepi oleh Abg Arman.
Aku menyelesaikan surat yang diminta dan menyerahkan kepada Abg Syafiq untuk diberikan kepada Abg Arman. Aku berlalu lebih awal untuk kembali ke asrama. Makin lama aku di sana, semakin diri ni dicengkam kesedihan tak bertepi. Sepanjang masa Abg Arman cuba menunjukkan dia sibuk bersama kak Jannah. Ya mungkin hanya ingin membuat aku menangis lagi.
Malam ini selesai menunaikan solat isyak, aku cuba membaca semua pesanan yang masuk.
Adik - Abg Arman
Adik dah tidur ? - Abg Arman
Abg kasar dengan adik? -Abg Arman.
aku mula membalas pesananya agar tidak ada lagi pesanan selepas inim
its ok, dont worry and thanks for everything.
belum sampai seminit, deringan telefon itu menggangu aku. Arman Call dan aku masih tidak ada hati untuk berbual.
Aku juga manusia, masih ada harga diri dan perasaan. Aku sedih, kecewa dan terhina. Menegur jangan sampai menjatuhkan maruah dan air muka.
Adik, please pick up my call - abg Arman
Pagi itu aku membentangkan progress laporan keseluruhan unit dan surat yang telah dihantar. sejurus selepas mesyuarat, aku mengemas keperluan yang telah dibwa dan ingin berlalu tetapi Abg Arman cuba untuk menghalang laluanku.
Adik, Look at me? Masih marah?
Tak, Ain tak marah dan tak layak pun untuk marah.
Adik, im so sorry. please gorgive me.
Abg tak salah, tujuan abg bertanya. As a professional matters, Ain terima dengan hati terbuka. Ain gerak dulu..
Share this novel