"Ain ke tandas dulu ya, barang semua ain tinggal kat sini. Jap lagi Ain terus check in dan masuk dalam" ujarku.
Ketika aku kembali ke kereta, ku lihat telefon bimbit milikku berada di tangan Ash. Ekspresi yang kurang senang dan agak dingin ditunjukkan oleh Ash.
"Kenapa?, aku cuba untuk bertanya.
Siapa Abg Amran?
Just my senior and like my brother also.
Takkan cuma abg kalau sampai dah cakap rindu?
Apa? Ash macam ni la. Jangan samakan Ain dengan Ash ya. Selama ini Ain tidak pernah ada apa-apa hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki kecuali Ash. Tapi akhirnya apa? . Jangan pernah atur hidup Ain lagi. Dan Jangan samakan diri Ash dengan Ain.
Jadi betullah llaki ni kekasih baru Ain?
Ash dah baca kan semua pesanan dalam telefon bimbit Ain...tanpa kebenaran. Ada tak perkataan sayang atau yang sewaktu dengannya Ain tuliskan untuk mana-mana lelaki?. Jangan ikut sedap mulut je Ash. Dah la, Ain malas nak fikir lagi soal peribadi. terpulang la pada pengamatan dan penerimaan Ash. Ain gerak dulu, sampaikan salam ain pada mama Ash. Terima kasih hantar ain sampai airport. Aku berlalu keluar bersama hati yang panas.
Im sorry sayang - pesanan yang dihantar Ash.
Jangan kusutkan lagi fikiran Ain. Cukuplah kita saling menyakiti. Jangan nilai Ain serendah itu, im not a Lydia...
Aku terus memilih flight mood dan cuba melelapkan mata. Berdoa semoga Allah terus memelihara kesihatan dan kesejahteraan ayah dan ibu. Aku tidak mahu perkara lain menghancurkan segala impian dan cita-cita ku.
Just move on and fly....
Share this novel