Ela siapa nama abg itu? tanyaku kepadanya. "yang mana satu, kat situ ada tiga orang" ujarnya. Itu abang yang baju kemeja lengan panjang .. hidung mancung, kulit putih tu". Rambut rapi tu ke? kalau yang tu namanya Amran... rasanya kami senegeri tu Pahang juga sebab aku terserempak beberapa kali perjumpaan mahasiswa/i Pahang. Kenapa Ain? crush kau ke? soal Izzah tersenyum . " eh, korang dua ni kesitu pula, aku tanye je sebab ang tu ada masa aku kena marah dengan Dr Khai.
Aku, Ela dan Izzah mengambil tempat di cafe fakulti untuk makan tengahari. "eh Ain, nanti jumpa saya ya, ada kerja nak bincang sikit...nanti ajak kawan berdua ni datang jumpa saya" satu suara menyapa. "baik Prof, lepas makan saya naik jumpa prof" ujarku kepada Prof Hanif. Prof Hanif mengajar kami pelbagai subjek sastera...dan ramai mahasiswa mengatakan bahawa aku ialah anak emas kepadanya. setiap kali kuliah pasti prof akan mencari keberadaanku. Aku senang untuk membantu Prof Hanif yang sudah ku anggap seperti ayah sendiri. Alhamdulillah aku dikelilingi tenaga pengajar dan sahabat-sahabat yang menyenangkan.
Ain, kami terus masuk ke perpustakaan. Ain pegi jumpa Prof dulu la, nanti datang jumpa kiteorang kat sana ya" bisik ela. Aku mengangguk dan terus memulakan langkah. Ketika masuk ke dalam lif, tanpa sedar ada mata yang sedang merenung ke arahku. Aku menoleh dan bertemu seraut wajah yang kebelakangan ini sering mencuri tumpuanku. "ain, kau baini... mo ke mana? " satu suara menyedarkan aku. "jumpa Prof Hanif, ko mau kemana?" aku berbasa basi kepada senior yang sekampung denganku. "Kami ada kelas, jumpa lagi nanti ain, bye" ujarnya dan ke luar bersama wajah yang merenungku.
Allah... kenapa setiap kali ku lihat wajah abg itu aku jadi hilang tumpuan...sedangkan abang tu tak kenal pun aku siapa. hurm...abaikan je la.
selesai bertemu Prof, aku memaklumkan ela dan izzah bahawa terdapat satu program besar fakulti yang memerlukan ketelitian. Program exchange student ke China, Korea, Thailand dan Indonesia. Prof meminta aku untuk memaklumkan rakan-rakan sebelum iklan dibuka. Setelah berbincang dengan ela dan izzah...kami akan mencuba nasib untuk menyertai pertukaran ke China kerana budaya dan kesusasteraan yang unik.
Malam itu, seperti biasa aku menerima pesanan dari insan yang amat ku rindui..
Assalamualaikum ain, apa khabar?
walaikumsalam Ash, Ain sihat. Ash dah makan?
Alhamdulillah Ash dah makan tadi. Letih seharian kerja, praktikal di Perodua memerlukan ketelitian dan menguras tenaga. tapi semua ok, Ash belajar banyak benda. Jaga diri kat sana ya, belajar rajin-rajin.
Ash, ain pun sibuk sekarang banyak tugasan nak disiapkan. Mungkin Ain akan sertai pertukaran pelajar untuk cuti semester.. jadi Ain mungkin tak sempat balik nanti.
Ikutlah apa yang Ain rasa terbaik k, asalkan jaga kesihatan dan diri dekat tempat orang. Ash ada masukkan duit dalam akaun Ain. Ain gunalah untuk perbelanjaan Ain kat sana.
Ash, kenapa bagi Ain duit. Kita kan sama-sama tengah belajar. Ain tak mahu Ash susah pula sebab Ain.
Tak perlu rasa macam tu Ain, Ash dah dapat elaun praktikal. lagipun duit utk Ash memang cukup. Ash risaukan ain, tolong jaga diri untuk Ash ya... Jaga hati dan cinta Ain baik-baik.
Ash.... i miss u so much..
Ain, miss u more. jangan lupa tidur awal ya. Ash kena tidur dulu sebab esk pagi kena masuk kerja. jangan lupa solat... sweet dream...
Alhamdulillah meskipun berjauhan tapi Ash tidak pernah lupa padaku... aku yang kadangkala tidak dapat untuk berbual atau berkirim pesan kerana faktor kesibukan dan jadual kuliah yang padat.
Ela dan Izzah adalah rakan yang mengetahui perihal hidup ini. Semua kisah kami kongsi bersama. Ela meskipun sibuk dengan latihan PALAPES tapi sentiasa bersama kami ketika berada di fakulti. Izzah pula sahabat yang sering mengingatkan kami mengenai solat dan hal ibadah. Izzah berperwatakan gadis yang pendiam dan sopan. Sikap Izzah agak berbeza denganku yang agak kasar dan slamber... tapi tetap terselit manja lantaran aku anak bongsu dalam keluarga.
Share this novel