Pagi yang mendamaikan setelah melalui minggu orientasi mahasiswa baharu. Rindu pada kampung halaman semakin menggebu walhal baru minggu kedua diperantauan.
" Apa khabar dia di sana, semoga Allah selalu menjaga dia untukku sepertimana kesetian yang tidak berbelah bahagi untuknya".
Enggan terus hanyut dengan rasa yang menyesakkan jiwa, aku gagahkan diri menghadapi hari-hari yang mendatang. Ela dan izzah merupakan sahabat baik aka bff sepanjang melalui tempoh pengajian.
Hubungan kami kekal sebatas bertanya khabar melalui telefon. Aku pula mula sibuk dengan pelbagai kegiatan fakulti keeana telah berjaya menjawat jawatan penting dalam pergerakan mahasiswa.
Inilah diriku, seorang ain tidak akan mampu duduk diam melainkan beraktiviti untuk mengisi masa lapang. Alhamdulillah kehadiranku sentiasa disenangi teman-teman meski aku berasal daripada negeri "land below the wind".
Pantang ada aktiviti di fakulti aku pasti melibatkan diri. Tujuanku hanya untuk menuntut ilmu, berinteraksi dan berlatih berorganisasi. Semua kakitangan dan pensyarah fakulti kami mengenaliku. Bukan kerana paras rupa tetapi adab dan sopan yang aku tunjukkan bahkan kesemua pensyarah meletakkan harapan padaku dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Aku bahagia menuntut ilmu di fakulti dan University yang berprestij seperti ini.
Namun, kadangkala kebaikan kita juga belum tentu digemari oleh semua orang. aku juga mengalami kisah sedih disamping kisah yang membahagiakan.
"Tugasan seperti ini? budak tadika juga boleh buat, please get out from my room" wasting my time. ketika itu airmataku seolah-olah berasak-asak minta dimuntahkan ditubir mata. namun aku tahankan saja kerana di dalam bilik itu terdapat dua orang senior lelaki yang sedang memerhatikanku. Mungkin dengan pandangan sayu, sedih atau mengejek. aku juga tidak dapat meneka hati mereka. Aku keluar dengan rasa sebal dan sedih tetapi didepan ela dan izzah aku cuba tersenyum. Selepas itu baru aku ceritakan kepada sahabatku mengenai peristiwa di dalam bilik Dr Khai.
Aku, ela dan izzah mengambil pengkhususan Budaya dan sastera. Kadangkala kursus yang kami daftarkan pula diambil oleh pelajar senior. Jadi secara tidak sengaja aku terpandang wajah seorang senior ketika kelas pertama bagi kursus tersebut. Aku tergamam sama seperti dirinya dan fahamlah aku, abang ini yang melihat aku dimarahi oleh Dr Khai. "Allah malunya, tak tahu bagaimana hendak memberikan reaksi.
Share this novel