Para penumpang diminta untuk masuk ke pintu berlepas yang telah ditetapkan.
Hari ini adalah sejarah bagiku, aku pergi meninggalkan keluarga, ayah, ibu dan adik beradik untuk mengejar cita-citaku. Univeristi Malaya tempat yang bakal ku jejaki... sungguh hati ini tidak mampu menyembunyikan rasa teruja.
Sesat sebelum berlepas aku sempat mengirim pesan lewat whatsapp menyatakan keberangkatanku ke Tanah Malaya. Rindu... memang tidak mampu disangkal lagi. Dia adalah kekuatanku sepanjang dua tahun.
Ash Haikal insan yang sering mengerti perasaanku. Meski hubungan ini teman tapi mesra, namun aku mengerti keperluan kami mengejar cita-cita dalam hidup.
dia sering meyakinkan aku untuk terus berjaya tanpa diganggu oleh emosi dan rasa cinta. Aplikasi whatsapp dan pelbagai media sosial akan menjadi medan menghubungkan kami.
aku akui ash seorang lelaki yang baik, sepanjang tempoh pengajiannya tidak pernah sekalipun dia gagal mengirimkan khabar berita. malah sentiasa berusaha untuk menasihatiku menjaga waktu belajar. "STPM peperiksaan yang sukar, cuba untuk berikan sepenuh tumpuan...nanti masuk u boleh pilih di Tanah Melayu...kita boleh jumpa nanti disini" pesannya. Alhamdulillah akhirnya salah satu impian itu telah aku capai. namun, Ash pula telah kembali ke Sabah dan menjalani praktikal di Kota Kinabalu.
Kami reda dan akur dengan perjalanan hidup yang terpaksa ditempuhi. meski kami berjauhan, namun rasa cinta itu tetap ada dan semakin kuat.
Aku berdoa andai jodoh itu milik kami Allah akan sentiasa menjaga dia untukku dan begitu juga dirinya.
Share this novel