PERSEDIAAN

Romance Completed 14608

Tarikh untuk kami berlepas menimba ilmu ke negara China semakin hampir. 38 peserta bertungkus lumus untuk melakukan ulangkaji terutamanya persediaan Bahasa Mandarin kerana di sana kami akan berdepan dengan peperiksaan yang akan menentukan keputusan dan sijil yang kami perolehi.

Ain, malam nanti kita meting kejap kat cafe asrama ain ya. Abg ada benda nak bincang. ujar abang Megat yang seunit dengan ku. Memang unit kami menguruskan hal luar yang sangat mustahak. Kadang kala selesai mesyuarat pun jam dah menunjukkan angka 12 malam. Kalau banyak benda nak buat, subuh baru selesai. Aku sentiasa memberikan komitmen yang terbaik kerana inilah masanya aku menimba ilmu dari senior-senior yang berpengalaman. Kadang kala ada juga senior perempuan yang memandang aku dengan pandangan yang hurmmm.. susah untuk digambarkan. Tapi aku pasrah je, semua ni aku lakukan kerana tanggungjawab. Siapa pun yang berurusan dengan aku mesti akan tau sikap aku yang tidak suka bertangguh dan punctual dalam setiap kerja yang diamanahkan.

Perbincangan di cafe malam ini disertai oleh Abg Syafiq, Abg Megat dan Izzah bagi membincangkan elaun peserta yang perlu dimasukkan ke dalam akaun masing-masing. Surat permohonan dan setuju terima mesti disegerakan bagi mengelak sebarang kesulitan. Perbincangan kami selesai apabila Abg Megat sudah membuat pembahagian tugasan kepada aku dan abg Syafiq sementara Izzah menguruskan cenderamata yang perlu dipohon melalui pihak universiti.

Aku membersihkan diri kemudian menunaikan solat sebelum tidur. Lega rasanya dapat meluruskan badan di tilam yang empuk. Allah nikmat apa lagi yang hendak di dustakan. Belum sempat lena menjemput datang, masuk satu pesanan dari nombor yang aku tak kenali.

Ain, ni abang Lydia. Saya harap Ain jangan lagi berhubung dengan Ash Haikal kerana adik saya sedang berteman dengan Ash. Mereka sudah akrab dan hanya menanti masa untuk ke fasa selanjutnya. Awak jangan sekali-kali menjadi batu penghalang kepada hubungan mereka.

Aku yang tadi letih terus segar kembali dan dengan tangan bergetar aku gagahkan diri membalas pesanan tersebut.

Assalamualaikum terlebih dahulu ain ucapkan. Terima kasih atas peringatan yang diberikan. Tapi maaf, anda tidak berhak untuk mencampuri urusan saya dengan sesiapa juga termasuk Ash. Saya kenal anda, lydia dan seluruh keluarga anda. Tapi saya tidak mahu untuk membuka aib sesiapa. cukup saya katakan jangan sekali-kali menghantar pesanan seperti ini sekiranya kalian semua ingin berhadapan dengan ayah saya.

Mereka sudah silap apabila menggangu ketenteraman hidupku. Aku bukan perempuan yang lemah apatahlagi seolah-olah mengugut aku. Aku tahu Ash tidak bersalah dan jauh disudut hatiku aku tetap mempercayai Ash. Biar mereka tahu ini Ain bukan sembarangan orang.

satu lagi pesanan masuk

Ain, sekali lagi aku ingatkan. Jangan tertipu dengan Ash. Jangan jadi bodoh la untuk percaya lelaki macam tu. Ko tu pandai tapi bodoh bila berdepan dengan Ash. -Lydia

ini sudah lebih ni.... aku menahan amarahku yang semakin memuncak.

hei perempuan, kalau kau nak sangat ash tu, kau boleh ambil...tu pun kalau dia nak dengan kau. Oh ya mana boyfriend kau sebelum ni? dah putus? sebab tu kejar-kejar Ash? siap ugut pakai abang. Lydia dengar baik-baik ya, sebelum perkara ini sampai ke pengetahuan ayah aku, lebih baik korang anak beranak jangan ganggu aku. Aku boleh buat lebih teruk pada korang sekeluarga. Jadi jangan sampai aku hilang sabar.

aku mula block nombor lydia dan abangya. tak bermanfaat dan wajar untuk dinyahkan daripada kamus hidupku. Mata terasa sangat mengantuk kerana sudah beberapa hari kami berjaga untuk menyiapkan dokumen perjalanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience