Izzah tidak dapqt hadir ke kuliah kerana mengalami demam panas. Aku terpaksa menunggu bas sendirian hari ini tanpa ditemani Izzah. Aku mengambil keputusan untuk menunggu bas sambil membaca novel kegemaranku. Ketika aku sampai di fakulti masa masih terlalu awal. Aku mengambil tempat di cafe sementara menunggu ela dan rakan-rakan yang lain. Muncul senior sekampungku bersama kekasihnya. Aku mengenali mereka sejak di sekolah menengah dan mereka memang pasangan sepadan dan baik hati. "eh makan sendiri, jom duduk meja sama" ujar kak fiza. "eh tidak mengapa kak, aku disini saja tunggu kawan" balasku dengan sopan bimbang mengguris perasaan mereka. Abg Fuad hanya tersenyum dan berkata "syg jangan kacau dia, mana tau dia ada temu janji" aku cuma tersenyum kerana abg Fuad memang suka mengusik.
Tanpa ku sedari dihujung sana, ku lihat abg arman bersama bersama seorang kakak senior yang cantik. "Mungkin kekasih kot, sepadan" komenku dalam hati... sepintas lalu aku lihat abg arman menoleh ke arahku. Sewaktu aku berdiri mengambil makanan, mereka juga berdiri untuk beratur sama. Kulihat Abg Arman tersenyum sambil mengambil beberapa jenis lauk untuk kakak senior tu. Senyuman Abg Arman ni manis dan wajahnya juga sejuk mata memandang ujarku dalam hati.
Kelas tersebut berjalan lancar dan aku menghadiri perbincangan dengan beberapa orang mahasiswa yang mengangotai persatuan untuk memilih tarik temuduga bagi semua pelajar pertukaran mengikut negara yang disenaraikan.
Ketika aku bersendirian untuk menunggu kelas seterusnya. Abg Syafiq seorang senior duduk di meja berdekatan aku. "Ain sorang,,? kawan Ain mana? ujarnya. Ya bang, Ain sorang, izzah demam, ela pula ada mesyuarat PALAPES. Jom teman abg minum sementara tunggu kelas...
Aku mengekori Abg Syafiq senior yang mengambil kelas kuliah sama dengan kami membasahkan tekak di cafe sebelum kuliah seterusnya bermula. Memandangkan aku juga sendiri dan malas untuk kemana-mana. Aku ekori saja langkahnya.
"eh, sejak bila ada kawan junior ni, comel pula tu" Abg Adam memberi komentar. "Diam-diam ya, Syafiq ni dah ada pilihan" tambah Abg Izhar. Abg Amran hanya memerhatikan rakan-rakannya menyakat Abg Syafiq. ketika itu, aku terasa nak lari jauh dan menyembunyikan wajahku. Mungkin Abg Syafiq mengerti perasaanku ketika itu lalu berkata "tak baik la korang ni, kesian Ain. Takkan korang tak kenal ain dan dua orang kawan baik dia tu. kita kan sekelas kuliah Dr. Khai. "Abg, ain gerak dulu la...abg dah ada teman minum kan" ujarku meminta izin. "ain kiteorang gurau je...kami nak gerak balik ni. Ain duduk la minum dengan Abg Syafiq dan abg Arman tu. Jangan segan dengan kiteorang..anggap je kami ni abg Ain k.
"Ain, kenalkan ni abg arman jabatan sama dengan ain dan abg juga" ujar Abg Syafiq. "bro aku pegi tandas dulu. ko borak dulu dengan ain ya. Aku jadi kaku setelah abg syafiq pergi. Lebih banyak menunduk pura-pura melihat telefon walhal tak ada yang penting pun. "Ain tinggal di asrama Sabah tu kan... aku hanya mengangguk kepala. Abg pun duduk kat sana, kadang-kadang nampak ain dan kawan ain tu. Tapi Ain sombong la, dengan abg Syafiq boleh pula berbual, kalau dengan abg, pandang pun tak nak. Aku menggelabah "eh tak la, tapi Ain takut dengan abg, abg serius sangat. Lagipun Ain takut nanti girlfriend abg serang Ain. Abg Arman senyum, Ain tau dari mana abg ada girlfriend?. Hari tu Ain nampak abg makan dengan akk tu. "Ain ni pun, yang tu classmate abg la. Orang tak laku, macam ni la ain...tak ada orang nak pun. Ain sendiri pun takut nak bercakap dengan abang.
Fiq, ko terlibat tak dalam pemilihan exchange student tu. Oh ya Ain dah tentukan nak masuk team mana? soal abg Arman setelah kedatangan abg Syafiq semula. "Ain nak cuba yang China, abg berdua team mana?" Bro...sangat kebetulan, bermakna adik tiga orang ji dah boleh join team kita kan... "ain bagi abg nombor telefon ain k, senang nak berurusan nanti" pinta abg Arman. Aku memberikan tanpa sebarang anggapan negative. Dia juga memasukkan nombor peribadinya ke dalam telefon milikku.
Ain balik dengan siapa nanti lepas kelas? ujar abg Syafiq ketika kami beriringan masuk ke dewan kuliah. Ain jalan kaki saja, dekat tak sampai 15 minit. Abg Syafiq ada hal lepas ji, kalau tak boleh temankan Ain balik asrama. Selesai kuliah, aku melangkah kaki ingin kembali ke asrama tetapi ada seseorang menyeru namaku. "Ain, jom abang hantar naik motor". " Tak apa la Abg Amran, Ain tak reti naik motor. biar Ain jalan kaki saja" jawabku jujur. Dia tercengang sebelum mengaru-garu kepalanya.
Share this novel