Aku membantu Abg Arman dan kak balqis sebagai persediaan untuk menjadi pengacara majlis. Teks dan intonasi juga aku perbetulkan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Izzah dan Ela pula sibuk membantu team pemasangan banner dan hiasan pentas. Masing- masing cuba untuk memberikan komitmen yang terbaik. Meski aku mempunyai masalah dengan abg Arman, tetapi aku tidak mahu kak balqish menyedarinya.
Adik nama Ain ya? banyak dah akk dengar orang cerita tentang adik. kak balqish cuba beramah mesra.
eh, ye ke kak, harap-harap semua yang baik-baik saja. Tak mo la orang jaja keburukan Ain.
qish..nah air, minum dulu nanti haus pula -abg Arman mempelawa kak balqish untuk minum. Dia cuma membawa sebotol air mineral sedangkan di sini masih ada aku.
eh bawa satu je? kesian Ain. Jom kita kongsi minum sama.
tak pe kak.. Ain boleh ambil dekat team Ajk. Jangan risaukan Ain ya. Ain dah biasa hadap situasi macam ni. ujarku sengaja menyindir abg Arman. Aku kemudian meneruskan kerja menyemak teks dan salutasi program.
"Ain, jom abg ada belikan makanan. Marilah makan sekali, takkan tak sudi. Penat abg belikan tadi, tu minuman kegemaran ain pun abg dah beli... Abg Yusri cuba untuk mengambil hatiku. Ya seharian kami melaksanakan tugasan yang serba mencabar. Tanpa sengaja aku terpandang seraut wajah yang mulai kelat. Ini masanya aku balas dendam.
Jom, Ain pun lapar ni, tq abg yus selalu ingat pada Ain. Yalah dah buat kerja sama-sama, kebajikan kena jaga juga kan.
Aku duduk berhadapan dengan abg Yus sambil berborak riang. Sememangnya aku sengaja untuk memberi pengajaran kepada makhluk Allah yang sangat possesif tu. Biarlah apa pun yang dia fikirkan. Membuat dia marah dan cemburu adalah jalan terbaik melangsaikan hutang nya yang selalu menyakitkan hati.
Hari di nanti telah tiba, aku dan abg yus perlu mengikut segala protokol dan duduk bersama golongan vip. Letih dan lenguh rasanya kaki apatahlagi menggunakan heels yang agak tinggi.
Setelah 4 jam majlis berjalan lancar, aku segera meninggalkan dewan untuk melihat keadaan kawasan tapak niaga dan pameran buku. tanpa sedar hampir sejam juga aku bergerak memastikan semua lancar.
Aku masuk ke bilik gerakan untuk merehatkan diri. Sejenak aku terasa kakiku agak sakit. Aku cuba untuk membuka kasut yang ku pakai dan sah kakiku telah melecet dengan teruk. Bahagian belakang telah mengeluarkan darah. Aku meringis kesakitan mujurkah tidak ada sesiapa dibilik gerakan ketika ini.
Adik, are u ok? satu suara berbaur cemas. Abg Arman duduk mencangkung dan tanpa segan silu membelek kakiku.. eh dah berdarah ni, dia segera mengambil tisu dan sapu tangan dibasahkan. Belakang kaki di lap dan aku mengadu kesakitan. kemudian dia mengambil plaster untuk ditampal sementara bersama tisu agar kesakitan dapat dikurangkan. Selesai barulah dia duduk bersebelahan denganku.
adik ni, lain kali tak payah la pakai kasut tinggi macam ni. Nak tunjuk kat siapa? Adik pakai selipar Jepun pun dah comel. Tengok kaki dah berdarah, sakit plak tu. Balik ni mesti x boleh jalan.
Adik boleh la balik...jalan pn boleh ni...sakit sikit je..
tengok tu, abg cakap asyik nak melawan je. Dah tak mo bekurung kat dalam ni. kang kena tangkap basah kena kawin percuma.... Ha ni selipar abg, guna dulu, kasut tu tinggal je kat dalam ni. Jangan berlagak nak guna lagi..kang habis satu kaki berdarah.
Share this novel