Pagi itu, kami hadir ke fakulti bahasa dan mendengar taklimat yang disampaikan. Jadual kuliah juga telah diberikan kepada semua. Kami juga diminta untuk memberikan komitmen terbaik sepanjang tiga bulan berada di sana. Aku dan rakan-rakan yang lain menganggap peluang ini adalah sesuatu yang sangat berharga. Setiap Khamis jadual kami akan kosong untuk dibawa melawat ke tempat menarik.
Kami dibenarkan untuk berehat seketika sebelum kembali berjumpa untuk pembahagian jadual memasak bagi asrama. Aku, abg shafiq, abg megat dan kak balqish jalan beriringan sebelum tanganku digengam semasa melintas jalan. Siapa lagi kalau bukan abg kesayanganku itu. Kak Balqish aku tengok merenung dengan rasa tidak puas hati. Aku cuba menarik kembali tanganku selepas itu dan abg arm melepaskannya seolah-olah tahu diriku tidak selesa.
Sampai dibangunan asrama aku terus meminta izin naik mengambil wuduk dan menunaikan solat zohor. Aku baring ditilam dan meregangkan segala otot. Mata yang terlelap tergangu seketika apabila aku mendengar suara yang agak serius di luar.
"qish, ain tak bersalah dalam hal kita. Aku tak pernah janji apa-apa pada kau. Jadi please jangan sekali-kali reka cerita itu ini. Aku tak mau sebab tu hubungan aku dengan ain tak baik".
Arm, apa salahnya kalau kita luangkan masa bersama?, apa yang istimewa sangat budak ni pada kau sampai sanggup lupakan kawan sendiri. nada kak balqish mula meninggi.
Aku dengan kau memang kawan qish tapi hanya sebatas itu. Budak ni adik aku, sampai bilq-bila dia istimewa dalam hati aku. Jadi jangan pernah ganggu dan sakitkan hati dia lagi.
Oh adik? selama ni aku tak pernah pun nampak kau layan adik-adik yang lain tu. Are u sure, just a sister?
Dah la qish, jangan persoal lagi masalah ini. Biarlah hanya aku yang tahu, cuma satu je aku minta. Jangan sekali-kali racun fikiran Ain dengan khabar yang tak betul.
Aku termanggu seketika mendengar butir bicara mereka. Aku diam tak berkutik sepanjang mesyuarat tersebut.
Syafiq , Ain, Megat, Arman dan Amir akan bertugas setiap rabu dan sabtu.
aku mendengar dengan teliti sambil mengangguk. Abg syafiq berbisik "ain pandai masak"?. Aku menggeleng lemah dan jujur aku kurang arif bab masakan. Amir menjawab, tak pe kak ain, kiteorang kan ada.... jangan risau ya.
Abg Arman memandangku redup ketika kami bersama yang lain ke stadium untuk beriadah. Abg, Ain nak cakap boleh? aku cuba untuk memulakan perbualan ketika sudah duduk dibangku disediakan.
hurm apa dia ain? ujarnya. Abg, ain risau jadual memasak tu. Abg tau kan Ain tak reti masak-masak. Ain takut nanti semua orang tak makan masakan kumpulan kita. Aku luahkan rasa risau dan sedih agar abg Arman tahu ianya menggangu perasaanku.
Oh yang tu, Abg kan ada, Abg Syafiq pun pandai tu. Abang takkan letak adik di tempat yang sukar. Dah jangan risau lagi ya.
"abg ajar adik masak boleh"? aku kembali semangat.
"ok boleh, kat rumah adik memang tak masak"?
hurm bukan tak masak, tapi biasalah adik ramai kakak, jadi kebiasannya adik memang tak diberi ruang untuk masak pun. Semuanya akk yang buat jadinya adik tak reti la. Mak selalu cakap nanti dah kahwin lama-lama reti la.
kawin je dengan abang, nanti abang yang tolong adik masak. ujarnya mencuit hidungku.
eh tak mau la.. abang tu ramai sangat peminat. tu tengok kat depan tu tengah renung adik macam nak makan. Kak balqish dengan renungan membunuhnya melihat ke arah kami.
Abg Arman pun apalagi, menarik tanganku berlalu dari situ dan menuju ke kedai runcit untuk membeli minuman.
Abg, kak qish tu suka kat abang ke? Abg Arman hanya menjungkitkan bahu menjawab soalanku. ain nampak dia, ain tau la.
Kita manusia biasa Ain, abg pun tak boleh pegang hati abang. Apatahlagi paksa hati sendiri. Biar je la, Ain tak payah fikir masalah orang lain. Asalkan tak ganggu dorang ya, kalau ada orang ganggu ain cepat bagitahu abang. jangan diam dan pendamkan sorang.
Share this novel