SUNYI

Romance Completed 14608

Aku Arman yang mereka gelar sebagai boss, ketua, abang dan sahabat. Aku sayangkan mereka semua sebagai adik dan sahabat serta rakan seperjuangan. Banyak yang aku korbankan sebenarnya yang mereka semua tidak tahu. Masa, tenaga, wang ringgit dan waktu belajar untuk menyiapkan semua persediaan keluar negara. Aku boleh menjadi emosi kerana penat dan letih yang ku tanggung. Belum lagi karenah birokrasi untuk pengesahan visa dan sebagainya. Sebelum berlepas, aku diasak lagi dengan kes pelajar sabah sarawak yang tidak memperolehi pasport dalam waktu singkat. Macam-macam perkara yang aku hadapi tetapi aku memilih untuk simpan dalam hati.

Wahidah tika ini semakin menjauh, aku sendiri tidak mengetahui apa puncanya bahkan kebisuannya selama ini terjawab apabila aku melihatnya menaiki motorsikal bersama seorang pemuda yang cukup tampan. Apabila aku bertanya perpisahan yang dipintanya. Aku pendam segalanya, andai dia bahagia aku akan merelakan pemergiannya.

Ain Airis, nama yang muncul saat aku rasa kehilangan. Semangat yang aku kumpul untuk melihat dia bahagia. Jujur ada satu aura yang membuat aku enggan berpaling daripadanya. Kebijaksanaan dan manja Ain mampu menghiburkan hatiku. Jujur ku katakan bukan aku sahaja, malahan senior-senior di fakulti amat menyenanginya. Ain baik dengan semua tanpa ada rasa prejudis meskipun aku mengetahui ada beberapa orang yang tidak menyukainya.

Aku merasakan jiwa ku kosong dan sunyi kini. Aku hilang kepercayaan Ain meskipun dia tidak nyatakan. Aku sayangkan Ain kadang kala melebihi diriku sendiri. Pada awalnya aku hanya menganggap Ain sebagai adik. Namun lama kelamaan perasaan asing semakin menghantui diri ini. Aku menjadi manusianyang tamak, tidak boleh berkongsi kasih sayang dan perhatian Ain dengan sesiapa. Hati aku jadi sakit dan kerap terlepas kendali apabila melihat Ain bersama orang lain. Allah, aku juga tidak tahu sejak bila rasa ini muncul dalam diriku.

Tapi aku tidak dapat membahagiakan hati Ain. Aku tahu satu hari nanti qku pasti akan membuatnya terluka. Kerana jauh dilubuk hatiku, nama Wahidah masih tersemat utuh meskipun aku cuba untuk menafikannya. Malam ini aku ingin berbicara pada langit malam soal hati dan perasaanku. Entah sampai bila semua rasa ini akan bertapak. Hanya satu pintaku, aku tidak mahu menyakiti hati sesiapa terutamanya Ain kerana dia terlalu baik untuk manusia sepertiku.

Aku Ain Airis, seorang insan yang positif dan menghargai sahabat-sahabat disekelilingku. Suatu ketika, aku menjalin hubungan cinta dengan Ash Haiqal tetapi akhirnya gugur juga meski kami telah cuba mempertahankannya. Namun aku tidak pernah berdendam, mungkin bukan jodoh kami. Terus jalani sahaja kehidupan tanpa bermusuh dengan sesiapa. Aku memaafkan Ash meski jauh di sudut hati rasa sayang itu masih ada.

Mengenali abg Arman pula adalah satu rezeki. Abg Megat, Abg Syafiq dan beberapa senior lain yang telah membantu aku memahami selok belok persatuan dan urusan rasmi. Aku bersyukur dapat menimba ilmu daripada sahabat-sahabat yang baik hati.

Izzah dan Ela sahabat yang takkan aku pernah lupakan kerana kebahagiaan dan kegembiraan kami kongsikan bersama. Umpama adik beradik yang diperantauan dan tidak pernah berpisah sepanjang pengajian.

Arman satu nama yang sering menghantui hidupku. lelaki yang lengkap dengan pakej raut wajah sempurna, kulit cerah, serba serbi menarik dan tutur kata yang lembut. Siapa juga pasti tertarik dengan kewibawaannya. Aku dapat rasakan dia memang menaruh hati padaku. Tetapi kadang kala aku juga merasakan dia sedaya upaya menafikan perasaannya. Entah kenapa aku bingung apabila memikirkannya. Jujur aku memang menyayangi abg Arman seperti abgku sendiri. Tetapi layanan dan perhatiannya sedikit sebanyak menyuntik rasa aneh dalam hati ini. Rasa yang kadang kala menyebabkan aku benci dan menangis, suka dan tertawa.

Selepas beberapa ketika aku bersama dengannya, aku mula selesa dan bahagia. Arman pula kadangkala menjauh namun adakalanya terlalu hampir. Aku buntu apabila memikirkan soal hati dan perasaan. Andai boleh dipilih, aku tidak invin jauh dari Ash kerana dialah yang paling memahami diriku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience