Hari penutupan yang dirancang pada sebelah pagi agak terjejas lantaran pengacara majlis kak balqish pula diserang demam. Aku buntu untuk mencari pengganti.
"Ain je la jadi pasangan Amran. Kita dah tak ada masa nak pilih-pilih ni. Lagipun Ain yang sediakan teks semua.
Allah apa lagi dugaan yang perlu ku hadapi. Abg Amran menyetujui cadangan ajk yang lain dan aku juga tidak punya masalah untuk menjadi pengacara majlis.
Kami hanya sempat melakukan latihan penuh sekali sahaja. Nampaknya aku dan abg Amran tidak mempunyai masalah kerana kami mengetahui peranan masing-masing.
Akhirnya lega juga setelah tiga hari bertungkus lumus menjayakan festival tahunan. Sempena meraikan ajk dan petugas, kami telah menjemput rakan-rakan untuk makan lunch bersama dengan Pengarah Fakulti.
Kami mula mempersiapkan diri melalui fasa terakhir dengan kelas intensif mandarin agar perjalanan pembelajaran di China lancar fan dipermudahkan.
Setelah bertanya khabar keluarga di kampung, aku kuatkan hati untuk menekan nombor ash haiqal... deringan kali ketiga disusuli suara gemersik ash..
Assalamualaikm Ain, apa khabar?
walaikumsalam Ash, ain khabar baik. Ash sihat?
Sihat ain, begini la... Ain bila bertolak ke China?
Lagi seminggu Ash, Ain minta maaf kalau ain pernah sakitkan hati ash ya... doakan perjalanan ain dipermudahkan.
Ash tak pernah pun marah Ain. Hal yang berlaku antara kita memang dah takdir dan kesalahan Ash. Ash doakan semoga apa yang Ain impikan akan terlaksana. Jaga diri di tempat orang.
Ash, kalau ada apa-apa berita tentang keluarga ain cepat-cepat hantar khabar ya. nanti ain bg nombor telefon China bila sampai di sana.
Jangan risau Ain, nanti ash akan sampaikan berita dari sini ya. terima kasih masih sudi jadi kawan Ash. Ash tetap sayangkan Ain sampai bila-bila.
Aku sebenarnya tersentuh melihat layanan Ash kepadaku. Dia masih tetap melayan dengan baik dan tidak pernah dingin kepadaku. Sepanjang memiliki kawan-kawan lelaki, Ash adalah yang terbaik pernah hadir dalam hidupku . Meski keakraban itu bukan seperti dahulu sekurang-kurangnya kami tidak bermusuhan.
aku mengakhiri perbualan bersama Ash dengan rasa yang tenang. Semoga urusan akan dipermudahkan kelak.
Share this novel