Hari ini aku telah berjanji untuk mengikuti abg syafiq dan abg megat ke pasar basah bagi membeli keperluan makanan untuk seminggu. Sabtu pagi membawa suasana yang berbeza. Ramai orang membeli barang keperluan.
Kami memilih telur dengan berhati-hati bimbang terbeli telur tiruan. Selepas itu bawang dan pelbagai jenis sayur juga dibeli. Kami singgah sebentar untuk menikmati minuman panas seperti kopi dan roti.
Ain nak cakap boleh? ujarku dengan nada mendatar meminta pengertian abg syafiq dan abg megat. Cakaplah, Ain tak paya minta izin pun.
Abg syafiq, ain mintaa maaf sebab ain abg fiq kena marah dengab abg Arm. Ain yang salah, tak sepatutnya Ain cuai dalam melakukan pekerjaan. Abg Megat pun, ain nak minta maaf, Ain tegok kadang-kadang abg Megat tak bertegur sapa dengan Abg Arm. Semua tu mesti kerana Ain kan. Ain serba salah, Ain rasa kecewa dengan diri Ain.
Dah la ain, bukan salah ain pun. benda kalau nak jadi kat mana2 pun boleh terjadi. Cuma Arm ni sayangnya pada Ain lain macam. Semua hal melibatkan Ain boleh menyebabkan dia marah. Hari tu abg dengar dia marah Kak Jannah sebab suru ain buat kerja yang sepatutnya dia buat. Abg kawan dengan arm ni dah lama. Tapi pertama kali tgok dia sayang orang macam dia sayang Ain. Kalau tanya alasannya adik, tak mengaku pula kalau suka.
Memang dia selalu cakap kat Ain bang, yang dia sayang ain macam adiknya. Tak pernah lagi dia bagitahu suka ain ke apa. Lagipun ain takut, kak balqish, kak jannah, kak Shira tu semua peminat dia. belum masuk adik-adik junior.
Abg Syafiq ni tak kisah pun,Ain dah macam adik kami. Arm je tu angin satu badan sebab terlampau sayang. Kesian abg tengok dia sehari dua ni asyik mengelamun. Ain maafkanlah abg Arm tu , tak baik masam muka lama-lama. rindu nanti susah pulak kita nak belajar kan. Mereka berdua memujuk aku untuk lebih mengalah dengan abg arm kerana menurut mereka perangai ajak tunggal memang seperti itu. Apa sahaja yang dia miliki tidak mahu dikongsi dengan sesiapa.
Setiba diperkarangan asrama, kami lihat abg arman duduk bersama kak jannah dan kak balqish. Kami terus duduk bergabung bersana mereka untuk mengelak sebarang syak wasangka sepertimana nasihat kedua-dua abang tadi. Aku berbual bersama kak Jannah dan kak Balqish. Meskipun merah dimata masih ada, namun sudah beransur-ansur sembuh.
"i miss u adik, jqngan marah abg lama sangat k".
hurm, tak marah da. balasku cuba untuk mengalah.
Jom makan megi malam nanti. esk kan cuti. Jumpa kat pantry tingkat 3 jam 10 malam tau.
aku membalas ok sahaja kerana aku juga rindu untuk mendengar celotehnya itu
Share this novel