Petang itu, aku membawa kaki melangkah ke taman rekreasi setelah beberapa hari berada di dalam bilik seorang diri. Aku ingin menghirup udara segar dan mengosongkan fikiran.
Aku pejamkan mata, menarik nafas dan menghembus ke udara beberapa kali. Ayah pernah berpesan kepadaku, amarah yang terimpan tidak akan membawa ketenangan sebaliknya lepaskanlah bersama hembusan nafas ke udara. Berdamailah dengan takdir dan hargai semua yang ada disekeliling kita. Pesan itulah yang selalu menjadi azimat dalam diri seorang Ain Airis.
Aku perlu bangkit, masih ada insan yang mahu melihat aku berjaya, menimba ilmu dengan baik dan menjadi manusia berjiwa besar. Memaafkan bukan bererti kalah, mengalah juga bukan bermaksud kita salah tetapi memaafkan untuk ketenangan dan mengalah untuk sebuah kebahagiaan.
Kunjungan yang berhormat Perdana Menteri Malaysia ke kampus kami membawa makna dan kebanggaan yang besar. Hari ini merupakan ulangtahun meraikan 45 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan China. Di kejauhan ku lihat abg Arman mengenakan Baju Melayu berwarna coklat gelap. Segak dan tampan dengan samping dan songkok. Siapa pun yang melihat pasti tertawan dengan imej dan kewibawaannya. Aku sudah mengingatkan diriku agar tidak terlalu hanyut memuja apatahlagi mengharapkan sesuatu yang melebihi daripada apa yang kami mampu. Prinsip hidup ini, jangan pernah memaksa sesuatu keadaan, tetapi terus maju ke hadapan tanpa menyakiti setiap insan disekeliling kita.
Abg Arman memberi senyuman sebelum bergerak ke arahku untuk bertegur sapa.
Cantiknya, sejak bila pakai bajunkurung coklat ni. Mesti tiru warna abg kan.
Hurm, bukan abg yang tanya adik bawa baju kurung warna apa ke China. Rasanya abang yang dah siap matchingkan baju kita.
Dia hanya melemparkan sebaris senyuman dengan pandangan redupnya. Alhamdulillah hubungan kami baik-baik sahaja sepertimana kebiasaanya. Aku tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan, malah aku tekad untuk berkongsi kisah dan masa sepanjang berada di sini dengannya. Kerana aku pasti sekembali kami ke bumi tercinta, cerita ini akan berbeza.
Adik, wahidah ada sms abang semalam. Dia tanya khabar.
Alhamdulillah, ok la tu. Tak baik putuskan silaturahim.
Adik tak marah? Dia merenung dengan pandangan serius.
Kenapa adik nak marah pula. Hidup ni sekejap je, lebih baik terus postif dengan semua orang daripada berfikiran negatif. Tak baik tau.
Adik betul-betul tak rasa apa-apa?. soalnya kembali.
Abang nak adik rasa macam mana?. Kalau abg bahagia adik jauh lebih gembira. Sebab dalam hati adik ni, ada tempat indah untuk abang duduk. you are my brother forever. Aku ikhlas dalam setiap bicaraku.
Memang abang gembira dapat pesanan daripada Wahidah. Tapi di sudut hati abg, adik jauh lebih penting daripada dia.
Aku menghela nafas berat "abg tak pernah ada adik, perasaan yang abang ada tu sebenarnya hanya sebagai seorang abang kepada adiknya. Adik faham situasi abang. Jangan sulitkan keadaan, kekallah sebagai abang yang baik buat adik".
Tapi dik, macam mana kalau perasaan ini lebih dari itu. Macam mana kalau andaian adik salah. Abg keliru dengan perasaan abg sendiri. Abg takut kehilangan adik.
Percayalah, perasaan abang itu hanya sebab kita jauh dari tanah air kita. Tidak ada sesiapa yang dapat memenuhi kekosongan hati abang. Selepas kita kembali, rasa itu akan perlahan-lahan pergi. Trust me and everything will be ok.
terima kasih dik, Ain adalah insan yqng pqling bqik abang pernah jumpa. Satu hari nanti andai takdir tidak menentukan kita bersama. Ingatlah abg dalam setiap doa adik ya.
Share this novel