TERSAKITI

Romance Completed 14608

Tempat lawatan kami yang pertama ialah great wall iaitu Tembok Besar China yang sangat menakjubkan bagi kami semua. Tembok ini bukanlah tembok tunggal sepertimana yang selalu kita bayangkan namun ianya merupakan binaan kubu pertahanan terpanjang di dunia.

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan pemandu pelancong membawa kami naik ke atas binaan tembok berkenaan.

aku, izzah, ela, amir dan abg syafiq diletakkan sekumpulan. Manakala abg arman, abg megat, kak jannah dan kak balqish pula sekumpulan. Aku meluangkan masa dengan sahabat terbaikku. pelbagai gaya dan posisi kami abadikan dalam potret dengan bantuan amir dan abg syafiq. Aku sedikit pun tidak merasa letih meskipun kami mendaki anak tangga tersebut hampir dua jam.

Ketika kami berehat di atas, aku dapat melihat keindahan bangunan-bangunan dan kawasan yang sebelumnya dijadikan kubu pertahanan. Teringat pula kisah-kisah maharaja yang pernah ku baca misalnya zaman dinasti Ming yang terkenal dengan kemajuan dan baik pulih great wall.

Setelah menuruni anak tangga, kami berkesempatan mengambil video beramai-ramai dan mengabadikan kenangan sebagai bukti kedatangan dan keberadaan kami di tempat bersejarah ini.

Kami juga dibawa berkunjung ke sebuah masjid untuk menunaikan solat. Alhamdulillah satu perkara yang aku belajar sepanjang berada di bumi asing ini, masjid ada dimana-mana. Tidak sesukar yang kami bayangkan sebelum ini. Syukur perjalanan dan kembara ilmu kami dipermudahkan oleh Allah S.W.T

Kami singgah makan ke kawasan berhampiran dan melihat pelbagai juadah seperti sate kambing, ayam panggang, sup daging dan sebagainya.

Aku tanpa sengaja melihat ke seberang jalan. Terdapat pelbagai jenis gula-gula dan deretan selipar beraneka warna. Aku bergegas mengajak izzah untuk menemaniku melihat-lihat deretan kedai berkenaan. Entah bagaimana, mungkin terlalu teruja, aku tidak melihat kiri dan kanan. Hampir sahaja tubuhku melayang andai abang Arman tidak sempat menarik aku ketepi jalan.

Adik dah gila ka apa ni. Melintas jalan ikut suka hati. Adik ingat nyawa tu ada dua atau tiga. Lain kali guna otak sikit kalau nak buat apa-apa. Aku yang masih menggigil hanya mampu meratap hiba dan kemudian Izzah memeluk untuk menenangkan aku. Aku akui kebenaran kata-katanya tapi entah kenapa aku malu apabila dimarahi dihadapan beberapa orang rakan yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

Aku sedikit pun tidak menjawab, aku tahu salah itu berpunca dariku. Teruja apabila melihat pelbagai jenis selipar berkepala Mickey Mouse di seberang jalan. Abg Arman masih terus melemparkan kata-kata amarah yang aku sendiri sudah tidak mampu mendengarnya.

Tegur sikit menangis, esok-esok buat lagi. Melintas macam la kedai tu semua hilang dalam sekelip mata. Kalau jadi apa-apa, nanti siapa yang akan dipertanggungjawabkan. Silap hari bulan bawa jenazah balik ke Malaysia.

Aku berkecil hati mendengar butir bicara yang akhir itu. Aku salah, tapi jangan lah sehingga mengeluarkan kata-kata seperti itu. Setiap butir bicara yang kita lafazkan adalah satu doa. Air mata ini terus mengalir sepanjang perjalanan balik ke kampus.

Beberapa malam yang berlalu aku tidak hadir ketika rakan-rakan makan malam bersama. Entah kenapa sejak peristiwa tersebut aku lebih banyak menyepi. Mengulangkaji pelajaran dan berbual hanya apabila bersama izzah dan ela. Aku rasa terasing dan ingin segera kembali ke Malaysia walhal baru seminggu berada di bumi ini.

Arm tu melampau la fiq, boleh tak ko nasihatkan dia jangan permainkan perasaan Ain tu. Kita semua tahu budak tu baik, polos dan naif. Jangan gunakan kekurangannya untuk terus mengikat Ain tu. Kalau betul dia sayang Ain tu, kenapa sampai hari ni aku tak pernah pun dengar dia putuskan wahida kat USM tu. Apa cer tu?.

Aku buntu la Megat, lately ni perangai Arm tu memang melampau. Semua benda yang Ain buat salah kat mata dia. Bukan ko tak nampak cara dia layan budak tu istimewa sangat. Aku takut Ain tu hanya jadi tempat persinggahan dia je sedangkan wahidah tu nak letak mana. Memang la kita tau depa dua tu bermasalah, tapi sungguh ka dah putus. Tu yang kita tak tahu.

Ain tu baik, aku kesian kat dia. Cara dia layan semua orang pun baik, hormat dan tak mengada-ngada. Semua orang sayang kat dia. Cuma aku pelik kat Arm ni, sampai bila nak jdi macam budak-budak. Silap sikit mengamuk, marah dan paling tak boleh blah dia biar je Ain tu macam tak de perasaan. Aku pula yang sakit hati tengok.

Air mataku sudah tidak mampu dibendung lagi. Aku ingin berlalu dan tidak mahu mendengar butir bicara abg Megat dan Abg Syafiq lagi. Alasan aku menemui mereka adalah ingin meminta bantuan menyiapkan tugasan bahasa Mandarin. Namun tidak sangka ini yang aku dengar. Saat kaki mula berpaling ke belakang, aku lihat abg Arman sedang mengamati aku. Mungkin dia juga mendengar perbualan sahabatnya kerana pintu tidak tertutup rapat.

Tanpa memberi ruang, aku terus berpaling dan mengambil arah yang bertentangan untuk naik semula ke tingkat 3. Aku dengar dia memanggil namaku tetapi semuanya sudah tidak bererti lagi. Biarlah hari esk yang akan menentukan segalanya. Aku letih dan aku pasrah dengan semua yang terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience