JANJI

Romance Completed 14608

Kedinginan yang berlaku diantara diriku dan abg Arman menyebabkan situasi awkward setiap kali selepas mesyuarat. Aku akan bergegas keluar tanpa sebarang kata sepertimana selalunya. Izzah dan Ela mengerti kenapa aku bertindak sedemikian. Aku hanya mahu melindungi hatiku, juga tidak mahu terus hanyut. Aku memang anak yang manja dan tidak pernah berkasar dengan siapa pun juga. Apabila berteman aku lah yang paling menyayangi sahabat-sahabatku tanpa mengira latar belakang mereka. Namun, kadang kala aku juga cepat merajuk dan terasa hati.

Ain, boleh abg Syafiq cakap sikit?. Ain ada masalah dengan Arman?.

aku menggeleng. "habis tu, abg tengok korang tak bertegur sapa, yang sorang kehulu dan sorang ke hilir. Kalau tak macam belangkas semua kerja buat sama-sama. Ain tak payah ambil hati tau hal sebelum ni. Arman dia ni baik, cuma bila dia sayang orang tu, kadangkala tindakan yang dia ambil tu salah sebab emosi letak kat depan. Dia sayang Ain tu, sebab abang selalu nampak dia belek-belek gambar kita semua tapi gambar Ain lebih banyak kot dia ambil dalam telefon bimbit. Bila korang tak berbaik macam ni, kita punya team dah hilang seri. Ain lah penyeri team kita, suka gelak, bahasa Sabah yang pekat tu la buat kiteorang rindu kat Ain.

Selepas kuliah, aku segera masuk ke bilik gerakan sambil menjinjit minuman yang telah ku beli dari cafe. Aku mengambil satu minuman tu dan duduk disebelah abang kesayanganku.

Nah, adik beli... ujarku menarik perhatiannya.

Dia senyum memandang wajahku. "Meh duduk sini, adik dah ok ke ni. Rindu tau dengar suara adik". Aku senyum dan tidak dinafikan terselit rasa rindu dalam diri setelah beberapa hari mengabaikan perasaan dan orang sekeliling.

Semasa khusyuk mendengar kuliah di sampaikan oleh Prof Datuk Dr Amri, aku menerima pesanan di whatsapp.

"adik, petang nanti tunggu abg kat bawah tau. Abg nak makan sama-sama adik" -abg Arman

"okey,"

Petang itu sepertimana yang dijanjikan. Aku dan Izzah menanti kehadiran Abg Arman. Kami bergelak ketawa bersama dan menikmati KFC yang menjadi idaman dan pilihan hatiku. Mereka sudah mengetahui sedia maklum selera Ain yang satu itu.

"tq abang, bawa izzah dan ain makan" ujar Izzahm. Aku tidak pernah rasa cemburu melihat kemesraan sahabat-sahabatku bersama abg Arman. Bagiku cukuplah kami bertiga selesa dan saling melengkapi.

"Adik, tq sudi keluar dengan abang, maafkan abang ya sebab dah berkasar dengan adik"- abg arman.

"its ok, adik pun minta maaf ya"

Abg sayang adik. dah pegila bersiap maghrib dah dekat. -abg arman

Ketika aku menelah buku Sejarah Melayu, aku teringat akan Ash. Apa khabar dirinya di sana. Aku rindu akan dirinya. Entah mengapa terbit rasa ragu dengan semua penjelasan Lydia. Ash yang aku kenal tak mungkin untuk meletakkan tangan dan menampar wajah orang lain sesuka hati.

pagi itu, di cafe fakulti semasa sedang menikmati sarapan pagi. Pesanan ku terima daripada Ash.

Assalamualaikum Ain, apa khabar? dah sebulan Ain pergi dari kehidupan Ash. Ash takkan paksa Ain untuk percaya dan terima Ash. Cukuplah kalau Ain masih sudi berteman dengan Ash. - Ash Haikal

Walaikumsalam..
Ain sihat, Alhamdulillah. Ash jangan risau, kita tetap sahabat. Kita berilah ruang untuk persahabatan kita. Soal masa depan kita letakkan lah sepenuhnya ditangan Allah. Ash jaga diri, berkawan jangan sampai melakukan hal yang buruk. -ain

Terima Kasih Ain, Ash akan selalu jaga diri. Terlalu banyak dugaan dalam hidup Ash sebulan ni. Banyak pengajaran yang Ash perolehi. Ain jaga diri dan jangan lupa khabarkan Ash sekiranya ada masalah.

okey Ash... dah jangan ingat lagi hal-hal menyakitkan hati. Ain dah maafkan Ash, tentang hati dan lain-lain kita tolak tepi dulu lah. berdoa semoga Allah berikan yang terbaik buat kita.

terima kasih Ain. Hati Ain terlalu baik dan Ash tetap akan tunggu Ain sampai bila-bila.

Adik dah berbaik semula? soal satu suara yang menyentak lamunanku.

As a friend - ujarku malas untuk memperpanjangkan kisah peribadi.

Apa istimewanya dia dik?

Aku pandang tepat anak matanya, sukar untuk ku membaca apa yang bersarang dihati dan mindanya.

"Dia seorang yang memahami, tidak pernah menggangu ketenteraman Ain. Pendek kata sangat pengertian dan paling menyenangkan. Tidak pernah mengongkong apatahlagi menjadikan Ain sebagai bahan amarah" aku berterus terang. Tanpa ku sedari aku mungkin telah menyinggung hati seseorang.

"Nak cakap abg ni tak baik ker?"

"eh, taklah...abg pun baik, kelakar, comel, handsome dan paling suka jaga ain". Ain sayang abg macam abg Ain sendiri. Aku ikhlas untuk kata hati yang satu itu... Dia ada tempat dihatiku dan akan sering menjadi abg dalam segenap memori yang ku miliki.

Dia tersenyum mendengar sambil terus menyedut minumannya. Aku gembira kerana beban yang ada di bahuku sudah terlerai. Ash akan tetap menjadi sahabatku seperti sebelumnya. Jodoh di tangan Allah. Aku pasrah dan reda dengan segala ketentuan takdir. Aku enggan bermusuh, maka teruslah menjadi insan yang baik dan berjiwa besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience