DINGIN

Romance Completed 14608

"aku suru kau jaga dia kan, macam mana sampai cili masuk mata. Ko jangan bagitau aku yang kau paksa dia memasak. Lunyai muka kau aku tumbuk fik. aku dengar suara abg arman memarahi abg syafiq di pantri. ketika itu aku baru membersihkan bekas makanan tadi dan ingin mencuci pinggan ku yang kotor.

"aku tak bagi dia masuk pun Arm. Dia tolong tumbuk bawang dan cili je. Tak tahu macam mana biji cili tu masuk mata dia.

"habis tu ko tak da mulut ke nak bagitau aku?. Kalau budak Amir tu tak cakap korang semua tak bagitahu aku pn adik aku tu cedera. Nasib baik tak buta budak tu. Korang tak reti nak bawa dia jumpa doktor pun kan" dia masih dengan nada keras.

"aku dah pujuk g klinik kampus. tapi Ain yang tak mau. Memang aku risau, mata dia merah tu. Aku serba salah Arm. Kalau ko ada dengan kami tadi benda ni takkan jadi. Aku minta maaf sebab tak jaga Ain betul-betul.

Aku pura-pura berdehem dan sibuk mencuci pinggan mangkuk tanpa melihat ke arah mereka. Selepas habis mencuci tangan aku meluru terus ke bilik dengan hati yang berbolak balik. Aku kesiankan abg Syafiq kerana aku dia juga terkena tempias api kemarahan sang ketua.

pintu bilik diketuk, aku cuba meneka gerangan insan yang menunggu di luar. tepat sangkaanku abg arman berada di luar bilik.

"adik, pandang abg jap, nak tengok mata adik.".

aku mengangkat wajah dan memandang tunak ke dalam anak matanya.

Dia memegang rahangku dan cuba membelek-belek muka ku kiri kanan sebelum mengajak aku bertemu doktor.

"tak perlu, Ain ok esk nanti hilanglah merah ni. Tak da apa-apa pun, sakit lagi hati ain ni daripada mata yang merah tu.

"Ain ni degil la, kalau jadi apa-apa macam mana. Jangan melawan boleh tak. Jom la jumpa doktor.

Ain tak perlukan perhatian abg pun. Abg pergi tidur eak ada kelas pagi. Ain pun nak rehat, lama-lama mata ain sakit nanti. aku tidak memberikan ruang malah terus menutup pintu meskipun dia masih mengetuk untuk memintaku membuka pintu.

Terlanjur sakit hati, aku bergerak seawal yang mungkin ke kuliah tanpa ditemani sesiapa. Aku memilih duduk dibahagian depan dan tidak mahu berbual dengan sesiapa. Muka datar dan kelat aku tunjukkan walaupun aku benci berkelakuan seperti ini. Tidak ada sesiapa yang berani menyapa aku melainkan izzah dan ela. itu pun aku membalas acuh tak acuh saja.

telefon bimbit bergetar

"abg minta maaf, adik jangan la macam ni"-abg arm. aku mengabaikan saja pesanan tadi sebelum satu lagi pesanan masuk.

"Abg sayangkan ain, Abg tidak tahu ungkapan apa lagi yang abg boleh gunakan untuk menggambarkan perasaan abg pada Ain. Abg risau kalau sesuatu berlaku pada Ain. Ain adik abg selamanya".

aku tersenyum sinis dan kemudia terus menyimpan telefon tersebut tanpa ada rasa untuk membalasnya.

"Abg tau adik marah sebab kak balqish, abg tak sengaja. Abg tak suka ain dekat dengan Megat. Abg tak suka kepunyaan abang dekat dengan orang lain. tapi cara abg salah, abg sakitkan hati ain dengan cara bersama kak balqish. Im so sorry adik.

telefon berdering dan aku mengangkat panggilan itu. Assalamualaikum ash, kenapa call ain? mahal kan nanti kita chat saja. kesian ash bayar bil mahal-mahal.

walaikumsalam ain, sekali sekal nak juga dengar suara ain. Ash rindu sebab tu ash call ain.

kami berbual dan sesekali bergelak ketawa selama 15 minit sebelum ash mengakhiri perbualan kami. Dia sempat berpesan untuk selalu menjaga diri dan pergaulan. Ash adalah insan yang sentiasa memahami perasaanku. Namun kesilapan yang dilakukannya telah menyebabkan hatiku tawar untuk bersama dalam perhubungan itu. akhirnya kami begini dengab suatu keadaan yang tidak pasti.

Ash, andai kau jodohku semoga Allah tetap kekalkan hubungan baik kita. Andai kau bukan jodohku, temukanlah dia dengan insan terbaik kerana Ash Haikal adalah seorang pemuda yang baik dan bertanggungjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience